Jumaat, 25 April 2014

Makan Mi Goreng di Sri Keningau, Putatan. Minum Cincau Susu di Grace Point

Kalau nak makan sedap area Putatan, boleh singgah ke Sri Keningau. Restoran ni ada beberapa cawangan lain tapi bagi saya the best adalah cawangan Putatan. Kedai ni sentiasa ramai orang, terutama di hujung minggu. Juadah yang disediakan amat menyelerakan terutama lauk pauk. Selain tu, boleh juga order makanan seperti nasi goreng, mi goreng, soto dan lain-lain. Petang tu saya order mi goren ayam dan teh o ais. Memang sedap! Nampak menyelerakan. Pisang goreng, roti john, sotong kangkung dan roti canai juga adalah dijual di restoran ini dengan harga yang amat berpatutan dan masakan yang sedap. Jom datang ke Sri Keningau, Putatan. 
Mi goreng ayam, kuah sup dan teh o ais. Info - Kebanyakan restoran di Sabah akan menghidangkan makanan bersama sup kosong. ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni pula favorite drink saya kalau datang ke Grace Point, Sembulan. Cincau susu. Rasanya berbeza sedikit ngan cincau lain sebab susu yang dituang adalah susu segar. Selain itu, ada banyak jenis minuman lagi yang dijual tapi the best for me adalah cincau susu. Thumbs up!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!