Isnin, 28 April 2014

Kuala Lumpur Here I Go Again

Okay! Nampaknya fly sekali lagi ke Kuala Lumpur. Kali ni trip tak lama. ^^

Mula-mula duduk menunggu sambil makan nasi ayam madu. Nak komen sikit pasal nasi ayam madu di airport KKIA 1. Sedap. Rasa cam nak makan lagi. Cam berat pula beg saya kali ni. Padahal pergi tak lama. Sebenarnya beg sarat ngan cenderamata. Terima kasih kepada lugage TUMI yang sentiasa setia bersama saya. 

Masuk dalam kapal.... mula-mula tengok movie Night At the Museum. Banyak kali tengok pun tak bosan. Ceta dia best. Pas makan... confirm tertidur sekejap. Kali ni tido tak lama. Hahaha XD Then bangun dengar lagu-lagu favorite. Tapi yang buat saya stress... kenapa tak ada lagu Coldplay!! Nyah!

Sampai sahaja kat KL, ada orang datang amik... check-in bilik, tengok pemandangan kat luar... nampak KLCC. Masa tu baru lepas hujan, jadi puncak KLCC tu dilitupi kabus. Saya selalu juga ke KL tapi ni 1st time la nampak pemandangan macam tu. :-) Orang yang tinggal dekat sana dah biasa tengok dah kot... Kan? Kan?

Malam makan makanan Thailand di area Kampung Baru. Best! Tak ingat apa nama restoran tu tapi makanan terbaik. 

Then esoknya ada meetings dari pagi sampai petang. SOGO ada sale harga terbaik barangan Bonia, Sembonia dan yang seangkatan dengannya. Hafiz minta beli perfume tapi tak sempat pergi beli. Saya tanya kawan saya nak minta kirim apa dari KL tapi dia pun blur tak tau apa benda yang nak di kirim. Sebelum balik KK sempat makan sate kajang dan buat apa yang orang Sabah must do....beli roti Gardenia banyak-banyak di KLIA! Kita orang Sabah kilang Gardenia beza sikit banding yang Semenanjung. Dah sukaria beli bun, naik kapal... tengok movie LOTR Part 3, makan ayam Kung Pao dengan steam rice... bla bla bla... selamat sampai ^^ 

Habis ceta.... 

Duduk menunggu. Kasut tak bawa banyak. Pakai kasut kerja terusss

Pemandangan dari Concorde

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!