Isnin, 14 April 2014

Kuala Lumpur.... Asyik Makan Saja -_-

Ini la ni.... semua nak rasa. Lepas tu asyik makan saja -_-

Lenguh juga badan sepanjang di Kuala Lumpur. Balik tengok jam dah pukul 11 malam. Tapi kalau kat sini jam 11 tu relax lagi. Orang still duduk makan minum lepak. Jadi saya pun buat benda yang sama juga. Haha XD. Jom tengok kronologi makan saya.

1st day
Turun saja dari kapal terbang... terus pergi beli sandwhich dan milo. Blah ke Negeri Sembilan, singgah makan nasi ayam best di Chicken and Duck Restaurant. Teringat nasi ayam Singapore Chicken Rice yang dulu. Macam tu la rasa dia. Then straight pergi MidValley. Makan lagi. Fishmarket Manhattan. Makan roti, bersama mussels dan soup herba yang best. Dah tu malam singgah di Bukit Antarabangsa makan mi goreng ayam lagi. Neeeehhh......


2nd day
Macam biasa. Kena ada breakfast dulu. Makan nasi lemak kat umah. Then keluar ke KLCC. Sana makan lagi. Makan di Dome. Menu saya adalah roti, scramble eggs (habislah langgar pantang) dan sosej ayam. Pas tu blah ke Jala Masjid India. Pusing punya pusing... sakit tulang belakang... duduk minum di Kopitiam Station. Straight jalan ke Bangsar makan di tempat favorite iaitu di Restoran Rebung. Sana makan buffet. Memang marvelous la masakan kat sana. Ownernya adalah Chef Dato Ismail tapi sayangnya hari tu dia not available.


3rd day
Hari ketiga pun asyik makan juga. Pagi makan nasi lemak dengan paru goreng di area berdekatan Bukit Antarabangsa juga. Lepas tu jalan ke Bukit Bintang mencari barangan. Makan lagi di Sungai Wang Plaza. Makan nasi Indosiam (nasi putih, ikan goreng, sayur dan kuah kicap). Then straight ke Jalan Masjid India sekali lagi. Tarpau Domino's Pizza yang best. Balik umah... malam makan di Johnnys'. Makan steamboat. Ramai orang di sana!


4th day
Pagi makan nasi goreng dan ayam goreng. Dah sampai airport makan mihun goreng + buah-buahan pula. Pas tu sampai KK bawa abang saya pergi beli burger kampung. Lepas tu saya juga bawa banyak bun Gardenia daripada KL. Adei!!


Kesimpulannya..... asyik makan. -_-

Roti dan mussels

Nasi Indosiam

Makan steamboat

2 ulasan:

Terima kasih!