Jumaat, 4 April 2014

Konvokesyen Komemoratif Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah kepada TYT Kay Rala Xanana Gusmao, PM Republic Demokratik Timor-Leste : My Perspective

Okeh! Tugas menjadi LO bermula lagi. Dan pada kali ini saya bertugas menjaga Vice Chancellor Universiti National of Timor-Leste (Rektor) dan Executive Directornya sekali.

Di akui kaki sangat lenguh (sejak kelmarin lagi urat di ibu jari kaki tegang -_-). Walaubagaimanapun, kerja dilakukan dengan perasaan yang seronok. Jadi tak rasa penat tu. Dah siap tugasan... baru terasa penat! Phew!

Pagi awal dah bersiap-siap dan terus menuju ke hotel untuk menjemput para delegasi. Yang seronoknya kan.... kitaorang ada rider. Memang syok. Ada lima buah Alphard dan yang lain tu kereta sedans. Lepas tu polis suruh keta lain bagi laluan... hulamak. Cam best. Jalan raya yang traffic jam pun jadi tak jam terus. Mana tak nya.... ada Prime Minister sekali dalam kereta. Hehe... ^^

Delegasi daripada Timor-Leste semuanya baik-baik sekali. Bersopan santun, murah senyuman dan merendah diri. Walaupun delegasi semuanya adalah orang kenamaan, tetapi senang kita nak bercerita dengan mereka. Mereka fasih berbahasa dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Tetun, Bahasa Portugis, Inggeris dan Indonesia. 

Dan selepas pertemuan ini, secara tak langsung ia menyedarkan saya bahawa semua orang di muka Bumi ini tidak kira berbangsa apa, berkulit warna apa dan siapa pun mereka... sikap hormat-menghormati adalah penting. Jika kita menghormati seseorang, mereka juga pasti akan menghormati kita. They are very nice and I hope someday I will go visit Timor-Leste. Nak terbang ke sana... kena amik flight ke Denpasar terlebih dahulu. Lepas tu baru dapat fly ke destinasi. Mereka kata negara mereka terkenal dengan white sand beach dan fresh seafood. Juga banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati. ^^

Sekian.

Suasana konvokesyen

TYT Kay Rala Xanana Gusmao (berambut putih)

Delegasi dari Timor Leste

Bergambar beramai-ramai


OLE-OLE DARI TIMOR-LESTE
 Akhirnya saya dapat ole-ole dan ni adalah kain tenunan handmade by gadis-gadis Timor. Cantik tenunannya

Dan CD lagu-lagu Timor. Saya dah dengar. Boleh tahan. She is a catwalk model and a singer. Waw!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!