Selasa, 22 April 2014

Koleksi Novelty Item Saya - Lampu Lava

Nah! Kalau sebut pasal novelty item... ada juga beberapa barangan yang dikumpul. Antara koleksi kesayangan saya adalah Lava Lamp. Lampu ni saya memang nak sejak dari dulu lagi. Yalah. Mungkin sebab famos kat dalam movie terutama ceta budak-budak nerd. Lastly terbeli juga akhirnya. Lampu ni dah lama... seingat saya, saya beli pada tahun 2009 atau 2010 kot. Masa tu masih ada satu kedai lampu kat Karamunsing Shopping Complex. Rasanya kat sana saya beli. Harga tak ingat dah tapi tak ada mahal sangat. Dalam RM30+

Sekarang lampu ni banyak dijual di mana-mana kedai dengan harga yang lebih murah. Ada pelbagai warna dan jenis. Cecair bewarna di dalam kaca adalah wax dan bila ia terkena panas oleh haba lampu... ia akan mula bergerak dan terapung-apung. 

Mula-mula kita on lampu ni, wax tu tak terus gerak macam tu. Ini kerana wax perlu dipanaskan terlebih dahulu oleh haba lampu. Means kena tunggu beberapa minit, then lepas tu baru boleh enjoy tengok lava lamp. :-)

Ni lampu lava saya. Ingat lepas ni nak beli beberapa lampu lava lagi untuk koleksi. Nak hias kat rumah ^o^

-
-
-
-
-
-
-
-


Gambar sumber dari Internet

P/S - Masih ada novelty item yang saya berminat nak kumpul. Antaranya Big Mouth Billy Bass, Garden Gnome, Newton's Cradle dan Plasma Globe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!