Selasa, 22 April 2014

Kegunaan Duit Syiling

Sebelum keluar jalan, jangan lupa tengok dompet / poket ada duit syiling atau tak ada... kerana duit syiling ini banyak kegunaannya :-)  Bukan sahaja digunakan untuk berjual beli... tetapi juga mempunyai kegunaan lain.

Antara kegunaan duit syiling:
  1. Untuk buat bayaran masuk tandas di mana-mana shopping complex (tandas berbayar). Bayaran bermula daripada 20 sen ke atas.
  2. Untuk menyenangkan aktiviti jual beli kerana kadang-kadang kedai tak ada duit kecil. Selalu akan kena tanya.... "ada 10 sen?" atau "ada duit kecil?"
  3. Duit syiling memberatkan dompet dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup terutama di bulan tua. (Terus jadi cam banyak duit)
  4. Untuk bersedekah dan amal jariah.
  5. No plastic bag on Saturday. Kalau ada duit syiling senang sikit nak beli plastik. Hanya masukkan duit ke dalam tabung di atas kaunter yang disediakan.
  6. Kalau kita nampak cashier tak bersemangat untuk bekerja, kita bayar dia ngan duit syiling. Nescaya selepas itu dia akan menjadi lebih aktif dan bergerak pantas. 
  7. Memudahkan pembayaran parking dilakukan terutama untuk mesin parking yang kadang-kadang tak nak terima duit kertas.  
  8. Kalau kita menabung duit syiling, mesti malas nak korek balik sebab malas nak kira satu persatu. Secara tidak langsung kita akan menjadi penabung yang baik. Sikit-sikit... lama-lama jadi bukit. Dah banyak baru tukar kat bank. Tengok berapa jumlah tabungan.
  9. Duit syiling digunakan untuk melukis corak dan membuat bentuk bulat terutama kepada budak sekolah.
  10. Boleh digunakan untuk bermain silap mata atau permainan rakyat seperti batu seremban dan congkak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!