Ahad, 20 April 2014

Good Smell, Fragrances from Marc Jacobs

Hari tu masa di KL sempat pergi beli perfume. Sebenarnya tak tau mana satu nak pilih. Nak perfume dari Taylor Swift, Katy Perry, Elizabeth Arden bla bla bla.... lastly dah tau mana satu nak dipilih. Sebelum ni dah pernah cuba Corious dan Believe.... memang the best (dah boleh teka perfume apa ek) ^o^ so happylah!

Then salesgirl tu terus bagi free tester perfume Marc Jacobs iaitu Daisy Marc Jacobs Eau So Fresh dan Honey Marc Jacobs. Suka ngan kedua-dua wangian ni. Untuk Daisy MJ (esf)... baunya fresh dan tak terlalu kuat. Very romantic. And the bottle very cute. Ada bunga daisi. ^^ Tapi kalau nak dibandingkan dengan Honey MJ, rasanya saya lebih suka yang ni. Baunya sedikit sweet seperti madu, juga fresh dan bau tidak terlalu kuat. Lebih fun dan delicious. Haha :-b

Maklumat yang terdapat dalam kotak perfume juga kita perlu ketahui. Ni ada sedikit info untuk dikongsikan.

Ada perbezaan antara eau de toilette (EDT) dan eau de parfum (EDP). Bau EDP lebih tahan berbanding EDT. Manakala vaporisateur spray pula bermaksud fine mist. Maksudnya kalau kita spray di kulit... tak akan ada berlaku apa-apa gumpalan cecair. Fl oz pula adalah singkatan untuk fluid ounce.

P/S - Dah ada perfume Daisy Marc Jacobs (bukan Daisy MJ esf). Mum bagi masa birthday yang ke 24 tahun kot... 0_o tak ingat.

I ♥ Marc Jacobs! for more info.. log on to the Marc Jacobs Fragrances


 Daisy Marc Jacobs Eau So Fresh

 Daisy Marc Jacobs (ni yang mum bagi saya ^^)

Honey Marc Jacobs 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!