Jumaat, 25 April 2014

Dreamcatcher, Bukan Seni Semata-Mata

Sekarang dreamcatcher dah banyak berjual di merata-rata tempat. Ada pelbagai warna dan saiz. Dulu pernah ada dreamcatcher gantung kat dalam keta. Cantik. ^^ Dan tiba-tiba terfikir nak lukis dreamcatcher....

Untuk anda yang mempunyai dreamcatcher, anda harus mengetahui asal-usulnya juga.

Apakah dreamcatcher?

Dreamcatcher atau dalam kata lain penangkap mimpi berasal dari suku kaum Ojibwa (Chippewa) dari Native America. Kewujudan dreamcatcher bertujuan untuk mendidik tentang kebijaksanaan dan kekuasaan alam. Bagi mereka, alam merupakan guru bagi segalanya. Untuk mengekalkan keamanaan dan mimpi yang indah kepada anak-anak mereka... ibubapa meletakkan dreamcatcher ini di bilik tidur anak-anak. Mereka juga percaya bahawa dreamcatcher mampu menangkap mimpi buruk serta mencegahnya dari memasuki tidur seseorang. 

Bagi kaum India Lakota pula mempercayai bahawa mimpi yang baik akan ditangkap memasuki jaring dreamcatcher manakala mimpi buruk akan berlalu begitu sahaja melalui lubang penangkap mimpi. Bukan itu sahaja, malah benda ini dianggap sebagai azimat untuk menarik tenaga positif.

Walaubagaimanapun, pada zaman ini banyak dreamcatcher dijual dan digunakan sebagai fesyen. Selain itu, dreamcatcher juga begitu popular digunakan oleh budaya Hippies pada tahun 60-an. 

My sketch

Gambar sumber dari Wikipedia

P/S - Sebagai orang Islam tidak patut mempercayai amalan syirik. Doa dan bacaan ayat suci adalah pelindung daripada gangguan makhluk halus. 

5 ulasan:

  1. Assalamulaikum... tapi, jika dream catcher tu kita memeng berniat nak gantung dalam bilik hanya hiasan semata2 pasal tangkap mimpi bagai tu memeng xpercaya, so cm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam... bagi saya bole kita nak jadikan hiasan. Saya juga ada menggantung beberapa dream catchers di rumah dan office sebab cantik ^^

      Padam
    2. Hukum gantung dream catcher haram. Sma mcm kita gantung tanda salib. Dream catcher gunakan simbol dewa labah2 utk menjaga tanaman dan kanak2. Kita dilarang mengantung apa2 alat simbolik keagamaan lain. Kalo tanda salib tu cantik penuh berlian kita nk gantung jgak ke wlaupn hiasan? Ni agama dan culture native american. Bukan agama kt dunia ni ada islam, budha, christian dan hindu sja

      Padam
    3. Saya hormati pandangan saudari berkenaan dreamcatcher.

      Walaubagaimanapun, perbandingan antara agama tidak sesuai untuk dibicarakan disini kerana ianya sensitif.

      Saya maklum di dunia ada banyak agama, begitu juga budaya. Agama dan budaya mempunyai maksud yg berbeza.

      Walaubagaimanapun, Native American adalah bersifat animistic dan dreamcatcher merujuk kepada budaya kaum Chippewa. Sehingga ia popular di kalangan tribes yg lain, dreamcatcher menjadi simbol unity antara kaum2 Native American di seluruh dunia.

      Untuk maklumat lanjut, boleh baca artikel berkenaan Native American.

      Padam
  2. Klo haram..kenapa x da mufti atau ustaz² tegur..sb skrg nie brsepah kot dreamcatcher nie..

    BalasPadam

Terima kasih!