Khamis, 17 April 2014

Di Airport Dah ^^

Huuuaaaa..... dah nak balik Sabah. Flight jam 10 lebih. Tengah duduk tunggu nak masuk kapal. Suka Penang sebab banyak makanan best... nanti kalau pergi Penang lagi memang nak round habis la.

Mula-mula beg tak berat tapi lepas ramai orang office kirim itu ini... beg dah jadi 15KG. Kena masuk kargo. Haha. Kat sini famos jeruk. Tu yang ramai minta kirim tu. Sebenarnya hari ni kurang sihat. Selsema sebab hari tu kena hujan lebat di Batu Feringghi.

Hari ni masuk office terus. Pakai baju T-Shirt sajalah. Nak buat macam mana. Haha. Esok cuti Good Friday. Ingat nak pergi buat medical check-up. Lusa hari Sabtu kerja sebab Chief Minister turun UMS dengan Tan Sri YTL. Ahad boleh duduk rumah. Isnin kerja cam biasa. 28hb meeting di UM tapi saya rasa saya tak perlu ikut kot... harap tak perlu ikutlah!! >.< nyahh!!

Tadi berkenan sangat ngan souvenir tu tapi mahal. Tak jadi beli terus. Sebenarnya tu adalah bekas tapi cantik. Shining-shining. Suka tengok. Ni lagi saru. Handphone saya yang satu ni pun kalau off pandai on balik. Cam berhantu pula. Bukanlah.... sebab nak masuk kapal kena off hp. So saya kena tanggalkan batery. Harap-harap pas ni tak on sendiri lagi.

Ingat saya hari tu time nak pergi Penang.... boleh-boleh saya tertidur masa kapal nak naik. Baru tu tak sedar pula tu. Buka mata... kapal dah atas awan. Lucu juga kalau ingat. Saya ni kalau di kapal confirm tido. Bayangkan flight ke Labuan yang 30 minit tu pun boleh tertidur. Sowt betul la. -_-

Hasil belian. Hahah XD

Pemandangan di hadapan saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!