Selasa, 1 April 2014

Bla... bla.... bla....

Bila tengok kalender.... cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam tahun 2013. Rupanya dah masuk bulan April 2014. Umur pun makin meningkat..... Sebenarnya pernah terlintas di fikiran saya dulu nak kahwin pada umur 25 tahun. Hahaha! Tapi macam mana juga, jodoh tak sampai lagi time tu. Nak kahwin macam mana, kan?

Ada banyak lagi cita-cita saya yang belum tercapai. In Shaa Allah saya akan cuba melaksanakannya satu persatu. Teringin nak buat kek coklat moist ^^ dan akan cuba sedaya upaya untuk belajar masak kari yang best. Bukan.... ceta dia sebenarnya begini. Saya minat kari terutama kari ikan dan nenas tapi cakap pasal kari ayam dan daging... saya tak berapa minat. Sebab dulu pernah makan kari daging, pas tu demam teruk. (Sebenarnya bukan demam pasal kari tapi memang nak demam). Then terus tak minat ngan certain kari. Maggi kari dan karipap pun tak berapa minat sangat. Haha. Apalah ceta pasal kari pula. Ni la ni. Kari tu sedap cuma saya yang tak berapa minat. Yoiiii....... -_-

Nah. Kalau tak ada halangan, bulan April ni nak pergi Semenanjung sekali lagi. Ingat nak jumpa kawan-kawan tapi kena tengok keadaan juga since semuanya agak sibuk. My...... April dan Mei memang kira tough juga. Macam-macam aktiviti yang dianjurkan. Dan pada penghujung bulan Jun dah nak puasa. Lepas tu Hari Raya Aidilfitri..... ^^ Dan seterusnya.....

Teringat kat budak yang jaga di stesen minyak Shell tempat saya selalu isi minyak. Kalau saya pergi isi di sana mesti dia akan tegur saya tanya khabar etc. Bagus budak tu. Sekarang dia dah tak ada. Mungkin dah kerja tempat lain kot. Ntah la. Nak kata saya peramah sangat pun tak juga. Tapi seronok kalau dapat bercerita dengan orang lain.

Okay.... :-)