Selasa, 29 April 2014

Nak Makan Best... Datang Penang

Tak habis ceta Penang lagi. Kali ni nak highlight pasal makanan sahaja. Kalau saya lama sikit kat Penang, confirm tambah naik la berat badan saya ni. Hahaha.

Tak apa. Tahun ni In Shaa Allah akan ke Penang sekali lagi atau beberapa kali lagi. 

Masa pergi Penang hari tu saya sempat makan beberapa makanan best. Kat Sabah pun ada cuma rasa dan cara hidangan tentulah berbeza sedikit.


Sotong kangkung. Saya peminat sotong kangkung. Kalau kat Sabah kita order sotong kangkung, dia tak bagi besar macam ni. Cukup makan untuk sorang saja. Kat Penang hari tu orang tu offer nak makan sotong kangkung dua rasa. Saya pun OK OK sajalah. Sekali sampai datang sotong kangkung dalam pinggan besar, then ada satu pinggan besar lagi sotong kering. Puas makan. Makan 5 orang pun susah nak abis. Total RM33 untuk sotong kangkung dua rasa.

Makan kerang bakar pinggan besar memang best. Memang best!!

Gado-gado.... Superb!

Laksa Penang yang wajib dimakan kepada sesiapa yang pergi Penang

Lai Chi Kang. Untuk buang panas dalam badan

Ada banyak lagi makanan Penang yang saya miss. Misalnya Pasembur, kue tiaw goreng (ada udang besar)... etc... Ingat hari tu nak try Pasembur tapi sotong kankung pun ada juga. Takkan nak pilih semua sekali. Jadi kena amik salah satu. Woooo.....

Tak apa! Next time!

Isnin, 28 April 2014

Kuala Lumpur Here I Go Again

Okay! Nampaknya fly sekali lagi ke Kuala Lumpur. Kali ni trip tak lama. ^^

Mula-mula duduk menunggu sambil makan nasi ayam madu. Nak komen sikit pasal nasi ayam madu di airport KKIA 1. Sedap. Rasa cam nak makan lagi. Cam berat pula beg saya kali ni. Padahal pergi tak lama. Sebenarnya beg sarat ngan cenderamata. Terima kasih kepada lugage TUMI yang sentiasa setia bersama saya. 

Masuk dalam kapal.... mula-mula tengok movie Night At the Museum. Banyak kali tengok pun tak bosan. Ceta dia best. Pas makan... confirm tertidur sekejap. Kali ni tido tak lama. Hahaha XD Then bangun dengar lagu-lagu favorite. Tapi yang buat saya stress... kenapa tak ada lagu Coldplay!! Nyah!

Sampai sahaja kat KL, ada orang datang amik... check-in bilik, tengok pemandangan kat luar... nampak KLCC. Masa tu baru lepas hujan, jadi puncak KLCC tu dilitupi kabus. Saya selalu juga ke KL tapi ni 1st time la nampak pemandangan macam tu. :-) Orang yang tinggal dekat sana dah biasa tengok dah kot... Kan? Kan?

Malam makan makanan Thailand di area Kampung Baru. Best! Tak ingat apa nama restoran tu tapi makanan terbaik. 

Then esoknya ada meetings dari pagi sampai petang. SOGO ada sale harga terbaik barangan Bonia, Sembonia dan yang seangkatan dengannya. Hafiz minta beli perfume tapi tak sempat pergi beli. Saya tanya kawan saya nak minta kirim apa dari KL tapi dia pun blur tak tau apa benda yang nak di kirim. Sebelum balik KK sempat makan sate kajang dan buat apa yang orang Sabah must do....beli roti Gardenia banyak-banyak di KLIA! Kita orang Sabah kilang Gardenia beza sikit banding yang Semenanjung. Dah sukaria beli bun, naik kapal... tengok movie LOTR Part 3, makan ayam Kung Pao dengan steam rice... bla bla bla... selamat sampai ^^ 

Habis ceta.... 

Duduk menunggu. Kasut tak bawa banyak. Pakai kasut kerja terusss

Pemandangan dari Concorde

Jumaat, 25 April 2014

Dreamcatcher, Bukan Seni Semata-Mata

Sekarang dreamcatcher dah banyak berjual di merata-rata tempat. Ada pelbagai warna dan saiz. Dulu pernah ada dreamcatcher gantung kat dalam keta. Cantik. ^^ Dan tiba-tiba terfikir nak lukis dreamcatcher....

Untuk anda yang mempunyai dreamcatcher, anda harus mengetahui asal-usulnya juga.

Apakah dreamcatcher?

Dreamcatcher atau dalam kata lain penangkap mimpi berasal dari suku kaum Ojibwa (Chippewa) dari Native America. Kewujudan dreamcatcher bertujuan untuk mendidik tentang kebijaksanaan dan kekuasaan alam. Bagi mereka, alam merupakan guru bagi segalanya. Untuk mengekalkan keamanaan dan mimpi yang indah kepada anak-anak mereka... ibubapa meletakkan dreamcatcher ini di bilik tidur anak-anak. Mereka juga percaya bahawa dreamcatcher mampu menangkap mimpi buruk serta mencegahnya dari memasuki tidur seseorang. 

Bagi kaum India Lakota pula mempercayai bahawa mimpi yang baik akan ditangkap memasuki jaring dreamcatcher manakala mimpi buruk akan berlalu begitu sahaja melalui lubang penangkap mimpi. Bukan itu sahaja, malah benda ini dianggap sebagai azimat untuk menarik tenaga positif.

Walaubagaimanapun, pada zaman ini banyak dreamcatcher dijual dan digunakan sebagai fesyen. Selain itu, dreamcatcher juga begitu popular digunakan oleh budaya Hippies pada tahun 60-an. 

My sketch

Gambar sumber dari Wikipedia

P/S - Sebagai orang Islam tidak patut mempercayai amalan syirik. Doa dan bacaan ayat suci adalah pelindung daripada gangguan makhluk halus. 

Makan Mi Goreng di Sri Keningau, Putatan. Minum Cincau Susu di Grace Point

Kalau nak makan sedap area Putatan, boleh singgah ke Sri Keningau. Restoran ni ada beberapa cawangan lain tapi bagi saya the best adalah cawangan Putatan. Kedai ni sentiasa ramai orang, terutama di hujung minggu. Juadah yang disediakan amat menyelerakan terutama lauk pauk. Selain tu, boleh juga order makanan seperti nasi goreng, mi goreng, soto dan lain-lain. Petang tu saya order mi goren ayam dan teh o ais. Memang sedap! Nampak menyelerakan. Pisang goreng, roti john, sotong kangkung dan roti canai juga adalah dijual di restoran ini dengan harga yang amat berpatutan dan masakan yang sedap. Jom datang ke Sri Keningau, Putatan. 
Mi goreng ayam, kuah sup dan teh o ais. Info - Kebanyakan restoran di Sabah akan menghidangkan makanan bersama sup kosong. ^^
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni pula favorite drink saya kalau datang ke Grace Point, Sembulan. Cincau susu. Rasanya berbeza sedikit ngan cincau lain sebab susu yang dituang adalah susu segar. Selain itu, ada banyak jenis minuman lagi yang dijual tapi the best for me adalah cincau susu. Thumbs up!

Khamis, 24 April 2014

Mei Akan Datang

Uuuuhhhuuuu tak lama lagi bulan Mei.

Bulan yang mungkin akan jadi bulan paling kelam kabut. Mungkin lepas ni saya boleh buat title untuk setiap bulan. Bulan Januari bulan azam baharu... bulan Februari bulan one step closer. Bulan Mac bulan bla bla bla... bulan April bulan asyik terbang... bulan May bulan kelam kabut... bulan Jun? Bulan relax kot. Tak pasti -_-

Nak cakap pasal bulan banyak terbang, ya. Nampaknya saya kena fly ke Kuala Lumpur sekali lagi minggu ni. Bestkan asyik terbang sahaja. ^^ Sebenarnya penat juga. Badan jadi lenguh. Duduk selama 2 jam 30 minit... makan dan tido sajalah. Tak pun baca buku or main game.

This coming May.... several friends nak kahwin dah. ^^ Dah dapat beberapa jemputan tapi tarikh lebih kurang sama. Tak tau nak pergi yang mana satu. Saya pula yang rasa berdebar-debar. Hih. Yalah. Kengkawan saya belajar dulu ramai dah yang kahwin. Tumpang gembira ni ^^. Syukur alhamdulillah....

Saya tertarik ngan artikel dalam Internet, berkata-kata tentang Differences Between Dating a Girl and a Woman. Jadi saya copy paste perbezaan itu untuk dikongsikan bersama. :-) 

1. A girl throws tantrums. When displeased, upset or angry, she reacts just as she did as a child when she didn't get her way with her parents. This often consists of screaming, pouting, giving the silent treatment, being passive aggressive and/or punishing. A woman still feels the emotions of being upset/displeased, but has cultivated the skill of responding versus reacting. She comes to the table as an adult, and communicates clearly what is bothering her.
2. A girl perceives herself as a princess and believes people should treat her like so. She is entitled and feels that she is owed and therefore expects more than she appreciates. A woman, has standards (what she holds herself to) not expectations (what she projects on to others).
3. A girl uses her physical beauty as her currency and basis of value. A girl may be so used to feeling validated through her looks and sexuality, that she uses this as her primary tool to get what she wants in life. A woman, knows her worth is beyond her physicality. A woman bases her value on her intelligence, her strength, her integrity, her values, her contributions, her humanity.
4. A girl banks on a man to be her financial strategy. A woman plans to be financially independent -- she banks on... herself. And if she so happens to enter a relationship dynamic where it makes sense for her partner to be the primary breadwinner, it's considered a bonus, not the expected life line.
5. A girl sees the world from a place of lack and scarcity. She competes and will even tear down another in order to secure resources or a mate. A woman helps other women. She knows that there's plenty enough to go around and takes the high road of integrity to get what she wants.
6. A girl cannot be bothered with anything domestic and is proud of the fact that she cannot cook or clean. A woman understands that being domestic is not a duty, but understands that it is one way of taking care of herself and others. She also understands that in the event she wants to create a family, having a person in the household who can contribute domestically is important.
7. "A girl wants attention, a woman wants respect". A girl wants to be adored by many. A woman wants to be adored by one." -anonymous
8. A girl does not respect her body. She has not yet understood that her body and heart are sacred, and that it's important to be mindful of how she treats it and who she shares it with. 
9. A woman takes the time to reflect on the type of human she wants to be, the example she wants to leave and the vision for her life. She has put thought into her values and what she stands for. A girl has not established her moral compass or values and consequently, is often inconsistent.
10. A girl has a checklist that prioritizes superficial qualities above anything else.Here is an example of how this checklist may look: Hot, popular, wears skinny jeans, over six feet tall, rich.. This is the checklist of what a woman may look for: High integrity, intelligent, kind, good communicator, emotionally available...
Now, a lot of these differences require taking the time to know someone to figure out if the apple of your eye is indeed a mature woman, or someone with an immature mindset. However, one of the quickest filters that you can notice from the beginning is this:
11. A girl plays games. A woman doesn't.

Rabu, 23 April 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 1

Dah janji hari tu nak ceta kisah kulit muka saya yang tak best ni....

Okay. Kulit saya jenis berminyak dan perlu dibersihkan selalu. Kulit saya juga jenis yang sensitif dan tak boleh guna produk sembarangan....

Dulu masa saya sekolah, muka saya tak ada jerawat. Kalau ada pun jerawat sikit-sikit sahaja. Sampai saya diploma, muka masih licin. Haha XD. Masuk belajar Bachelor Degree.... sama juga tak ada jerawat. Kalau ada pun memang satu dua biji  sahaja. Kerja kat UMS (Sekolah Perubatan)... kalau ada jerawat pun sikit sahaja.. Sampai la saya pindah jabatan bulan Oktober 2012, pun okay lagi. 

Dalam bulan Mei 2013 cam gitu muka dah start naik jerawat. Makin lama makin teruk. Rasanya bulan Jun dan Julai dah tambah teruk sampai ke bulan seterusnya. Nak kata kerja, memang rasa stress berbanding di jabatan sebelumnya. Mula-mula tak peduli. Asyik fokus kerja, sampai muka pun malas dah nak jaga. Mana lagi problem lain kena settle..... nah! Tangan kadang-kadang suka kacau jerawat sebab geram. Nah!!

Mummy dah bising dan suruh guna produk itu ini. Tak juga menjadi. Dah macam-macam benda try. Pencuci muka ni la, lotion itu la.... adei. Boss sampai belikan set penjagaan muka untuk saya. My colleague pun sampai suruh guna satu produk ni... tak berkesan juga. My lecturer bagi nasihat itu ini. Tapi keadaan tetap sama. Berlarutan sampai awal bulan November 2013. Lepas tu mum dan Hafiz suruh saya pergi klinik. Akhirnya saya pergi jugalah. Sebab ramai dah asyik tegur kenapa muka teruk sangat.

Doktor maklumkan hormon imbalance sebab stress bekerja. Jadi ada sedikit nasihat daripada doktor iaitu:
  • Gunakan produk pencuci muka yang sesuai
  • Elakkan makan banyak seafood dan telur
  • Elakkan mengambil Vitamin E kerana akan membuatkan parut jerawat menjadi hitam


Dipendekkan cerita, saya diberi beberapa ubat untuk merawat kulit muka saya iaitu:


1. Pil perancang kehamilan untuk makan selama 3 bulan = 3 kotak (untuk stabilkan hormon - bukan untuk elak hamil XD). Peringatan - Jangan amik pil ini sembarangan. Dapatkan nasihat dan syor dari doktor terlebih dahulu. Nak makan pil ni pun ada aturannya. Harga pil berjenama Diane 35 adalah dalam RM56+. 

2. Lotion Aknicare, RM135. Memang bagus untuk rawatan bagi muka berjerawat. Dah masuk tiga botol saya amik untuk kurangkan jerawat. Selain dari beli kat Poliklinik Permai, boleh purchase through online dengan kadar yang lebih murah di TheSkinMed Shop, United Kingdom. Atau cari di mana-mana online store yang ada jual produk ini. 

Selain itu, semasa keadaan dalam pantang (masih berjerawat) saya juga:
  • Tak guna sebarang produk. Kalau nak cuba produk baru, beli yang trial dulu. Then kalau tak sesuai, jangan terus gunakan produk tersebut. Saya hanya menggunakan cleanser Hada Labo (Deep Clean & Pore Refining. - Gosok kat muka sekejap sahaja. Jangan lama-lama). Saya tak gunakan sebarang krim pemutih, lotion dan lain-lain.


  • Tak pakai foundation muka. Kadang-kadang hanya sapu nipis compat powder atau tak mengenakan sebarang mekap.
  • Selalu ganti / cuci span dan berus mekap
  • Selalu lap / cuci muka yang berminyak
  • Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.


  • Jarang dah minum soda. Ganti dengan minuman teh
  • Banyakkan minum air putih
  • Jangan pakai bedak sejuk atau clay mask. Walaupun rasa sejuk tapi sebenarnya ia panas. Jerawat akan naik balik. Kadang-kala saya hanya gunakan peel-off mask sahaja.
  • Jangan gatal tangan kacau jerawat kerana akan meninggalkan parut dan jerawat akan membiak
  • Untuk menambahkan seri, minum Innershine. 
  • Dan kepada Muslimin dan Muslimat, wuduk itu penenang hati dan penyeri wajah :-)

-
-
-
-
-
-
-
Ooo yaaa! Ada satu lagi produk yang betul-betul bagus dan banyak menyumbang untuk menghilangkan jerawat muka saya. Walaupun dah makan pil hormon + Aknicare... muka memanglah masih ada sedikit jerawat (mustahil hilang terus 100%). Pil hormon ni saya tak boleh dimakan dalam jangka masa yang panjang dan nak beli Aknicare tu agak mahal. Jadi saya try this new product called Waazu. Saya sangat sangat sangat syorkan Waazu kepada anda yang mengalami masalah jerawat. Very effective, cheap and multipurpose. Sebelum apply bedak, saya akan spray kat muka saya. Dan malam sebelum tidur pun sama juga... saya akan spray kat muka saya. 

Masa saya gunakan produk ini, ia masih tak ada di pasaran lagi. (Actually pengasas produk ini adalah rakan my boss... jadi dia bagi saya guna dulu untuk tengok okay atau tak). Dan sebenarnya sangat sangat bagus.  

By the way, sekarang jualan dah meluas, terus saya share untuk rakan-rakan semua. (Updated 12/4/2016). Produk ini bukan sekadar sanitizer sahaja, tapi sebagai pencuci luka, menghilangkan gatal-gatal akibat allergic (habuk), mata yang penat, merah atau gatal pun boleh digunakan, muka berjerawat pun sangat berkesan dan banyak lagi manfaat Waazu. Produk ini disahkan Halal oleh JAKIM dan tidak mengandungi alkohol (boleh dibawa solat). Selain itu, produk ini tidak mengandungi racun, multipurpose, boleh dibawa travel dan sesuai digunakan oleh semua orang dan semua jenis kulit. 


Alhamdulillah... lepas tu jerawat dah beransur pulih. Makanan saya kena berpantang walaupun kadang-kadang tu langgar pantang juga. Haha...! XD

Jom tengok muka saya sebelum saya mendapat rawatan hingga sekarang.

15 Oktober 2013 (Sebelum saya mendapat apa-apa rawatan)

27 Disember 2013 (Dua bulan setelah saya mendapat rawatan di klinik)

28 Februari 2014 (Masa ni tak makan pil hormon lagi. Hanya teruskan dengan penggunaan lotion Aknicare + Waazu)

23 April 2014 (Tidak menggunakan sebarang foundation muka. Original picture ^^) - Tak menggunakan Aknicare dah... dan hanya teruskan menggunakan Waazu

Terima kasih kerana sudi membaca page saya ini. Moga-moga ia memberi manfaat kepada pembaca sekalian. ^^

P/S - Kecantikan semulajadi bermula dari sifat yang  indah, kata-kata yang menyenangkan dan personaliti yang mengagumkan.

Jom tengok keadaan dan produk yang saya gunakan selepas jerawat saya makin berkurangan.

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 2
Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 3

Selasa, 22 April 2014

Kegunaan Duit Syiling

Sebelum keluar jalan, jangan lupa tengok dompet / poket ada duit syiling atau tak ada... kerana duit syiling ini banyak kegunaannya :-)  Bukan sahaja digunakan untuk berjual beli... tetapi juga mempunyai kegunaan lain.

Antara kegunaan duit syiling:
  1. Untuk buat bayaran masuk tandas di mana-mana shopping complex (tandas berbayar). Bayaran bermula daripada 20 sen ke atas.
  2. Untuk menyenangkan aktiviti jual beli kerana kadang-kadang kedai tak ada duit kecil. Selalu akan kena tanya.... "ada 10 sen?" atau "ada duit kecil?"
  3. Duit syiling memberatkan dompet dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup terutama di bulan tua. (Terus jadi cam banyak duit)
  4. Untuk bersedekah dan amal jariah.
  5. No plastic bag on Saturday. Kalau ada duit syiling senang sikit nak beli plastik. Hanya masukkan duit ke dalam tabung di atas kaunter yang disediakan.
  6. Kalau kita nampak cashier tak bersemangat untuk bekerja, kita bayar dia ngan duit syiling. Nescaya selepas itu dia akan menjadi lebih aktif dan bergerak pantas. 
  7. Memudahkan pembayaran parking dilakukan terutama untuk mesin parking yang kadang-kadang tak nak terima duit kertas.  
  8. Kalau kita menabung duit syiling, mesti malas nak korek balik sebab malas nak kira satu persatu. Secara tidak langsung kita akan menjadi penabung yang baik. Sikit-sikit... lama-lama jadi bukit. Dah banyak baru tukar kat bank. Tengok berapa jumlah tabungan.
  9. Duit syiling digunakan untuk melukis corak dan membuat bentuk bulat terutama kepada budak sekolah.
  10. Boleh digunakan untuk bermain silap mata atau permainan rakyat seperti batu seremban dan congkak.



Koleksi Novelty Item Saya - Lampu Lava

Nah! Kalau sebut pasal novelty item... ada juga beberapa barangan yang dikumpul. Antara koleksi kesayangan saya adalah Lava Lamp. Lampu ni saya memang nak sejak dari dulu lagi. Yalah. Mungkin sebab famos kat dalam movie terutama ceta budak-budak nerd. Lastly terbeli juga akhirnya. Lampu ni dah lama... seingat saya, saya beli pada tahun 2009 atau 2010 kot. Masa tu masih ada satu kedai lampu kat Karamunsing Shopping Complex. Rasanya kat sana saya beli. Harga tak ingat dah tapi tak ada mahal sangat. Dalam RM30+

Sekarang lampu ni banyak dijual di mana-mana kedai dengan harga yang lebih murah. Ada pelbagai warna dan jenis. Cecair bewarna di dalam kaca adalah wax dan bila ia terkena panas oleh haba lampu... ia akan mula bergerak dan terapung-apung. 

Mula-mula kita on lampu ni, wax tu tak terus gerak macam tu. Ini kerana wax perlu dipanaskan terlebih dahulu oleh haba lampu. Means kena tunggu beberapa minit, then lepas tu baru boleh enjoy tengok lava lamp. :-)

Ni lampu lava saya. Ingat lepas ni nak beli beberapa lampu lava lagi untuk koleksi. Nak hias kat rumah ^o^

-
-
-
-
-
-
-
-


Gambar sumber dari Internet

P/S - Masih ada novelty item yang saya berminat nak kumpul. Antaranya Big Mouth Billy Bass, Garden Gnome, Newton's Cradle dan Plasma Globe.

Anti-Dust Plug Cover for Smartphone daripada Jordan

Sekarang ada pelbagai jenis aksesori handphone yang dijual termasuk anti-dust plug cover. Ada yang nampak meriah dan ada juga yang lebih berbentuk elegant. The latest collection of mine adalah berbentuk gigi dengan muka excited begini -------> o_0.

Sebenarnya saya beli berus gigi jenama Jordan dan dapat free gift ini. ^^ Thank you! Yang paling best anda boleh kumpul anti-dust plug cover ni sebanyak enam unit dengan ekspresi muka yang berlainan. Sangat cute!
Berus gigi Jordan boleh didapati di supermarket berhampiran anda dengan harga RM10+ (tertakluk kepada harga dan jenis barangan yang dijual). ^^

Nak tau lebih lanjut mengenai produk Jordan, sila log in ke website ini atau ke Facebook Jordan Asia Pacific.

Gigi yang comel

Ahad, 20 April 2014

Good Smell, Fragrances from Marc Jacobs

Hari tu masa di KL sempat pergi beli perfume. Sebenarnya tak tau mana satu nak pilih. Nak perfume dari Taylor Swift, Katy Perry, Elizabeth Arden bla bla bla.... lastly dah tau mana satu nak dipilih. Sebelum ni dah pernah cuba Corious dan Believe.... memang the best (dah boleh teka perfume apa ek) ^o^ so happylah!

Then salesgirl tu terus bagi free tester perfume Marc Jacobs iaitu Daisy Marc Jacobs Eau So Fresh dan Honey Marc Jacobs. Suka ngan kedua-dua wangian ni. Untuk Daisy MJ (esf)... baunya fresh dan tak terlalu kuat. Very romantic. And the bottle very cute. Ada bunga daisi. ^^ Tapi kalau nak dibandingkan dengan Honey MJ, rasanya saya lebih suka yang ni. Baunya sedikit sweet seperti madu, juga fresh dan bau tidak terlalu kuat. Lebih fun dan delicious. Haha :-b

Maklumat yang terdapat dalam kotak perfume juga kita perlu ketahui. Ni ada sedikit info untuk dikongsikan.

Ada perbezaan antara eau de toilette (EDT) dan eau de parfum (EDP). Bau EDP lebih tahan berbanding EDT. Manakala vaporisateur spray pula bermaksud fine mist. Maksudnya kalau kita spray di kulit... tak akan ada berlaku apa-apa gumpalan cecair. Fl oz pula adalah singkatan untuk fluid ounce.

P/S - Dah ada perfume Daisy Marc Jacobs (bukan Daisy MJ esf). Mum bagi masa birthday yang ke 24 tahun kot... 0_o tak ingat.

I ♥ Marc Jacobs! for more info.. log on to the Marc Jacobs Fragrances


 Daisy Marc Jacobs Eau So Fresh

 Daisy Marc Jacobs (ni yang mum bagi saya ^^)

Honey Marc Jacobs 

Review : Oishi Green Tea

Oishi (dalam bahasa Jepun) bermaksud sedap.

Dulu Oshi Green Tea hanya boleh didapati di Thailand dan kini juga boleh didapati di Malaysia setelah F&N Beverages Marketing Sdn Bhd bersetuju untuk membuat penjualan dan pengedaran minuman ini di Malaysia.

Rasanya sedap, tak terlalu manis dan menyegarkan. Boleh didapati di kedai runcit /runcit 24 jam berhampiran anda dengan harga serendah RM1.80. Dijual di dalam botol dan mempunyai beberapa perisa berlainan. Apa yang best adalah botol minuman ini lebih slim berbanding minuman yang lain. Oshi Green Tea menggunakan 100% daun teh sebenar dan bahan-bahan semulajadi yang lain. 

Antara perisa yang available adalah:

- Oishi Green Tea Black Tea Lemon
- Oishi Green Tea Genmai
- Oishi Green Tea Honey Lemon
- Oishi Green Tea Original

Saya minum Oishi Green Tea Honey Lemon

:-) Happy! 
(After almost one year my skin terribly grown by acnes... then I managed to reduce em back. I am happy to share with you the advice soon ! ^^)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sebelum tu hadir ke majlis perasmian YES 4G di Bangunan Pascasiswazah UMS. Dihadiri oleh Tan Sri YTL dan Chief Minister of Sabah

Me and my colleague, First Officer for Deputy Vice Chancellor (Student Affairs & Alumni) UMS

Khamis, 17 April 2014

Di Airport Dah ^^

Huuuaaaa..... dah nak balik Sabah. Flight jam 10 lebih. Tengah duduk tunggu nak masuk kapal. Suka Penang sebab banyak makanan best... nanti kalau pergi Penang lagi memang nak round habis la.

Mula-mula beg tak berat tapi lepas ramai orang office kirim itu ini... beg dah jadi 15KG. Kena masuk kargo. Haha. Kat sini famos jeruk. Tu yang ramai minta kirim tu. Sebenarnya hari ni kurang sihat. Selsema sebab hari tu kena hujan lebat di Batu Feringghi.

Hari ni masuk office terus. Pakai baju T-Shirt sajalah. Nak buat macam mana. Haha. Esok cuti Good Friday. Ingat nak pergi buat medical check-up. Lusa hari Sabtu kerja sebab Chief Minister turun UMS dengan Tan Sri YTL. Ahad boleh duduk rumah. Isnin kerja cam biasa. 28hb meeting di UM tapi saya rasa saya tak perlu ikut kot... harap tak perlu ikutlah!! >.< nyahh!!

Tadi berkenan sangat ngan souvenir tu tapi mahal. Tak jadi beli terus. Sebenarnya tu adalah bekas tapi cantik. Shining-shining. Suka tengok. Ni lagi saru. Handphone saya yang satu ni pun kalau off pandai on balik. Cam berhantu pula. Bukanlah.... sebab nak masuk kapal kena off hp. So saya kena tanggalkan batery. Harap-harap pas ni tak on sendiri lagi.

Ingat saya hari tu time nak pergi Penang.... boleh-boleh saya tertidur masa kapal nak naik. Baru tu tak sedar pula tu. Buka mata... kapal dah atas awan. Lucu juga kalau ingat. Saya ni kalau di kapal confirm tido. Bayangkan flight ke Labuan yang 30 minit tu pun boleh tertidur. Sowt betul la. -_-

Hasil belian. Hahah XD

Pemandangan di hadapan saya

Rabu, 16 April 2014

Sikki Sikki

Hehe. Sebenarnya sikki sikki tu meaning dia sikit-sikit la. Cuma ni ayat special. Haha. Ada international student baru belajar cakap Malay. Tapi dia tulis dalam slide, ejaan dia macam tu pula. Tapi best la bengkel hari ni. Fun sangat!

I love Penang dan akan selalu ke sana juga nanti with Hafiz ^^ Yeah!

Tak kisah siapa yang baca saya punya blog, I welcome all of you. Kepada yang enjoy baca, thank you very much! ^^ 

.
.
.
.
.

Hrrrrmmmmm.... nak ceta apa ek.


Okaylah. Sebenarnya baru tengok countdown application yang saya installed dalam handphone. Rupanya majlis dah tak lama lagi akan berlangsung! Dengar berita pagi ni my lecturer from Sekolah Perubatan baru meninggal semalam. Agak terkejut juga dengar. Dulu beliau selalu ceta ngan saya dan suka belanja saya. Bulan ni memang agak stress. Tambahan lagi dengan....tak nak cakap. Allah bless me. Amin.

Okay sambung ceta majlis. Setakat ni semua persiapan dah hampir sempurna. Tinggal sikki sikki saja lagi nak diuruskan. Alhamdulillah. List tetamu dah okay dan surely akan jemput my friends yang still with me dari dahulu hingga sekarang. ^^ Hoho. Kawan-kawan from SPU, beloved lecturers, kawan-kawan Canselori, Bendahari, PKPP dan lain-lain. Tak lupa juga kengkawan masa belajar di UiTM dulu... kawan sekolah menengah dan rendah. Rindu nak jumpa. ^^

Walaupun sekarang ni ada rasa nervous sikki sikki... harapan saya pada majlis itu semua akan berjalan lancar. :-) Saya dah jumpa ngan keluarga Hafiz yang sebelah mum. Pak Lang, Mak Lang, Acu, MinMin dan lain-lain. So far semua okay. 

Pas ni nak belajar masak kari yang best. Ni la kelemahan saya. Sebab kari bukan kegemaran saya (kecuali ikan kari), jadi saya jarang masak style tu. Hari tu try buat acar timun masak kari... hadddeeiii fail!! -_- ni semua adek punya pasal. Hafiz suka makan kari. Biasa tu... ada mix Penang. Memang suka kari. So kena pandai masak kari juga! Jia you jia you!

Dua tiga hari ni suka ceta hal yang lebih soul soul sikki. Hahaha. (Ceta apa yang ada dalam hati). Ntah dari mana saya dapat perkataan tu. Talking about friendship.... yes. I love my friends. Walaupun semuanya dah berubah... but friendship will never end.

Nanti sambung.

Hujan Yang Menggembirakan

Semalam punya ceta....

Batu Feringghi memang best. Banyak jual souvenir. Dan saya dapat juga la sikit apa yang saya nak sejak dulu lagi. Matryoshka Doll. Suka sangat kat patung ni. Lastly saya beli. :-3 Hih.

Semalam masa pergi Batu Feringghi cuaca dah lain macam. Pas tu tak peduli lagi. Jalan punya jalan, lama-lama hujan lebat. Saya jalan ngan pelajar praktikal nama Diana dan 2 orang peserta bengkel from UiTM dan UM. Dah hujan lebat tu..... baju memang basah la. Janji nak jumpa kat Petronas. Jauh sikit kat hujung lagi. Redah saja hujan! Tapi cam best juga. Kat sana la kami kenal ntah ngan sorang lagi kot umur dalam awal 20-an. Sama-sama lari dalam hujan lebat. Then ketawa berabis. Dah sampai Petronas saya ingatkan Diana kenal dia. Diana pun ingat saya kenal dia. Layan sajalah. Then dia balik naik bas Rapid. Tapi bagus orang tu. ^^

Huhu. Macam tu la cetanya. Sampai bilik dalam 11 lebih juga sebab jauh skit dari hotel. Hari ni dah rasa nak flu. Wawawa! Apa-apa pun... tetap best :-)

Selasa, 15 April 2014

With Love.... Catatan Hari Ini

Still in Penang. Heading to Batu Feringgi. Hari ni discussion boleh tahan. Prof tiba-tiba called suruh pulang hari ni juga. Ada hal urgent. Tak sempat. Esok dah cek available flight pada jam 4.40PM. Masih kerja lagi masa tu.. so akan balik on the next day dan terus masuk office petang.

Okaylah. Nak ceta pasal nangia. Perempuan menangis? Biasalah tu. Orang kata tu senjata wanita untuk buat lelaki lemah. Haha. Perempuan yang asyik-asyik menangis? Hrmmmm.... tu bukan nangis betul kot. Tapi di sini nak ceta pasal lelaki menangis pula.

Pernah tak lelaki menangis untuk anda? Jika lelaki menangis, bermakna dia memang cintakan anda sepenuh hati. Ya... lelaki jarang menangis. Hilang macho wo.....! Tapi tahukah anda bahawa lelaki yang menangis itu sweet? :-)) mia mia mia! Sama dengan lelaki yang sukakan kucing, adalah lelaki yang romantik. :-3 ♥

Yah. Saya seorang pencinta kucing. Apa-apa kucing pun saya on. Sejak dari kecil memang dah pelihara miaw. Now I have a Perssian dan warnanya putih. Nama dia Si Putih. Actually kucing tu datang sendiri ke rumah. Kurus. Lepas tu pipi dia ada kesan luka. Kucing lain pun jahat tak suruh Si Putih tinggal sana. Tapi dah redakan keadaan dan akhirnya kekucing lain boleh terima. Nakal ek. Jadi sampai sekarang kami jaga Si Putih. ^^

Dulu pun ada satu kucing ntah dari mana datang. Kurus gila. Masih kecil lagi. Mungkin dalam dua bulan umurnya. Kami bagi nama dia Si Tikus sebab dia makan banyak macam tikus. Sampai la satu masa tu badan dia yang kurus dah jadi gemuk gila. Apa tak... asyik makan saja. Then yang paling tak best, kucing tu tiba-tiba hilang. Sedih tau... sedih.... gemuk sangat kucing tu. Dan memang tamak.

Baru-baru ni pun kucing saya Carlitto terperangkap di atas atap. Kucing tu selalu panjat naik atap tapi tak tau kenapa hari tu dia takut nak turun balik. Pas tu dia masuk pula dalam zink and tak dapat nak keluar lagi. Sampai keesokan harinya saya fly ke Kuala Lumpur. Ingat nak panggil JPAM untuk amik kucing tu tapi my mum ada bising sikit pasal hal ni. Lastly abang saya bocorkan tepi ceiling. Nak buat macam mana. Kalau tak kucing tu tak leh keluar. Syukur sangat-sangat. Hati masa kat KL asyik tak tenteram. Tambah lagi hal-hal lain. Kepala naik migrain teruk. 

Kelmarin pun gila teruk sakit kepala. Terlalu berfikir kot. Betul-betul tak boleh blah... people also keep asking why I deactivated my Facebook. Tak ada apa-apa sebenarnya. Takut pula ada yang terasa hati kalau tak bagitau.

End dulu la

Isnin, 14 April 2014

Why Men Marry Bitches

Oh yeah! This is what I am talking about. Saya beli buku ni di Borders, Queensbay Mall di Penang. Harga RM59.90.

So, don't look down with them bitxxxx. They are smarter and hotter than anyone who calling them with that name. LoL XD

Okay. Kenapa beli buku ni?

Actually tengah jalan-jalan then masuk ke kedai buku. Usha punya usha.... terjumpa ni buku pula. Tengok content cam best. Jadi angkat satu. Yay! Despite hari ni sakit kepala yang kuat kerana bermacam-macam kejadian berlaku... tapi tak melunturkan semangat untuk beli buku baharu yang cam best.

Let me share several interesting Sherry' Relationship Principles.

  • He doesn't marry a woman who is perfect. He marries the woman who is interesting.
  • Men admire women who want to elevate themselves and pull themselves up by their own bootstraps, and fear women who are social climbers at a man's expense.
  • He doesn't want to marry a helpless little girl whom he will have to take care of.
  • Set your own timelines and limits, and leave if it's time to get out. Until then, don't let him know about your timelines or deal breakers. Then keep ypur eyes open and watch how he manage his 50 percent of the relationship. Then you'll get the real deal much quicker.
Okay. Lain-lain principles kena beli dulu buku ni baru boleh tau. :-)

Actually this book memang menarik. So that's it.


Depression is Just Awesome!

Finally.... I'm in Penang. Cuaca baik ^^ Dan saya rasa saya peserta paling muda kot. Yang lain saya tengok cam dah tahap senior. O_o Glup!

Ya Allah.... what a tough month. And next month also will be tougher than this... I know.... So I hope everything will be fine. I fly non-stop..... working non-stop... problems non-stop.... preparation non-stop.... calling non-stop, SMS non-stop... makan pun non-stop. Hahaha. What an awesome life. I just can't believe it. I never tought I can be like this. Syukur Alhamdulillah.... But next month I think I need to let go trip to Cambodia and Brunei. Tak dapat join kot..... sebab dah start very very busy!! Aarrggghhh..... bila fikir balik.... wuuuuu.... dalam bayangan nampak ada banyak buku tebal jatuh satu-persatu atas kepala. T.T (tasks datang bertimpa-timpa).


Talking about beauty. I believe in natural beauty. For me natural beauty means only using light makeup or no makeup at all (no foundation... no thick eyeliner. Miah? Hehe) Doesn't swallow too much tablets. Most important.... no surgery! ^^ Ada yang agree kah dengan saya? Its my opinion only. To promote the beauty from inside, drink Innershine. The glow is different. Must try. Bagus untuk mata dan kulit muka. A bit expensive but can get a discount if you buy more. RM84 for double dozens at Guardian. Ada juga pati prune jenama lain seperti Nur Kasih dan Watsons.


I have so much to say but maybe in the next entry. Ada beli buku dan the book punya tajuk memang terbaik. I can say it is a beautiful ugly punya title. Good one la.

End.

Another Destination.... Penang

Okay. Baru semalam balik dari Kuala Lumpur... today fly ke Pulau Pinang pula. Like I said... travel sorang ni best. Tak ada apa yang perlu dirisaukan melainkan diri sendiri. Baru lepas makan fried rice yang cam ala Western tapi Eastern pun ya juga. Haha! Bersama sup cendawan + milo ais. Nyam nyam!

Flight hari ni akan mengambil masa beberapa jam dan confirm akan tido dalam kapal terbang la. 1st time menjejakkan kaki ke Penang. Cadang memang nak ke Penang tapi tak terfikir pada masa ni pula. :-) Rezeki travel. Ngeh. Oleh itu... ramailah yang bersuka-ria mengirim itu ini.

Ngeh. Terasa macam nak deactivate akaun FB. Gatal tangan. Haha. Tapi dah berjaya buat. Tak ada la. Akaun tu dah lama sangat. Zaman saya belajar dulu lagi. Ntah dalam tu terkandung macam-macam benda. Kita pun mana nak tengok satu persatu. Jadi cara nak membersihkannya sekaligus adalah dengan buat akaun baharu. Ya.... seronok ada FB ni. Boleh keep in touch dengan kengkawan xpecially yang dah lama menghilang. :-)

Walaubagaimanapun, berhati-hati apabila memilih kawan. Ada yang hanya akan datang disaat memerlukan. Bila senang, duduk dekat ngan orang lain. I experienced it two or three times. Terrible!  (Footnote - the statement is not for someone. Generally for everybody including me. Unacceptable for some persons, however this is the reality).

Hope next week tak ada travel ke mana-mana lagi. Ingat nak rehatkan skit badan. ^^ hehe....

Kuala Lumpur.... Asyik Makan Saja -_-

Ini la ni.... semua nak rasa. Lepas tu asyik makan saja -_-

Lenguh juga badan sepanjang di Kuala Lumpur. Balik tengok jam dah pukul 11 malam. Tapi kalau kat sini jam 11 tu relax lagi. Orang still duduk makan minum lepak. Jadi saya pun buat benda yang sama juga. Haha XD. Jom tengok kronologi makan saya.

1st day
Turun saja dari kapal terbang... terus pergi beli sandwhich dan milo. Blah ke Negeri Sembilan, singgah makan nasi ayam best di Chicken and Duck Restaurant. Teringat nasi ayam Singapore Chicken Rice yang dulu. Macam tu la rasa dia. Then straight pergi MidValley. Makan lagi. Fishmarket Manhattan. Makan roti, bersama mussels dan soup herba yang best. Dah tu malam singgah di Bukit Antarabangsa makan mi goreng ayam lagi. Neeeehhh......


2nd day
Macam biasa. Kena ada breakfast dulu. Makan nasi lemak kat umah. Then keluar ke KLCC. Sana makan lagi. Makan di Dome. Menu saya adalah roti, scramble eggs (habislah langgar pantang) dan sosej ayam. Pas tu blah ke Jala Masjid India. Pusing punya pusing... sakit tulang belakang... duduk minum di Kopitiam Station. Straight jalan ke Bangsar makan di tempat favorite iaitu di Restoran Rebung. Sana makan buffet. Memang marvelous la masakan kat sana. Ownernya adalah Chef Dato Ismail tapi sayangnya hari tu dia not available.


3rd day
Hari ketiga pun asyik makan juga. Pagi makan nasi lemak dengan paru goreng di area berdekatan Bukit Antarabangsa juga. Lepas tu jalan ke Bukit Bintang mencari barangan. Makan lagi di Sungai Wang Plaza. Makan nasi Indosiam (nasi putih, ikan goreng, sayur dan kuah kicap). Then straight ke Jalan Masjid India sekali lagi. Tarpau Domino's Pizza yang best. Balik umah... malam makan di Johnnys'. Makan steamboat. Ramai orang di sana!


4th day
Pagi makan nasi goreng dan ayam goreng. Dah sampai airport makan mihun goreng + buah-buahan pula. Pas tu sampai KK bawa abang saya pergi beli burger kampung. Lepas tu saya juga bawa banyak bun Gardenia daripada KL. Adei!!


Kesimpulannya..... asyik makan. -_-

Roti dan mussels

Nasi Indosiam

Makan steamboat

Khamis, 10 April 2014

Perasaan Naik Kapal Terbang Dahulu dan Sekarang

Eating mushroom soup while waiting for departure. :-)

Cara-cara untuk mengelakkan sakit kepala otak.... baik jalan-jalan ke luar negeri... teragak nak pergi Kuala Lumpur... jadi teruskanlah niat.

First time sekali saya ke Kuala Lumpur... hrrrmmm.... rasanya tahun 1996 kot. Baru darjah tiga. Hahaha. Masa tu pergi dengan family. Masa sampai ke KL cam best saja. Excited. Jalan ke Zoo Negara, bergambar dekat menara Kuala Lumpur.... etc. Bila balik Sabah, ceta ngan kawan-kawan. Yalah... itu dulu.

Dulu jarang dapat naik kapal terbang. Tiket mahal... siapa yang ke luar negeri dah rasa cam best. Sekarang ni sesiapa pun boleh pergi melancong. Ada banyak penerbangan yang boleh dipilih. Selain tu, lagi banyak destinasi yang boleh dilawati. Yalah.... zaman makin maju... manusia makin advance. Bebudak sekarang dah boleh travel sendiri. Kalau dulu... tak berapa nak berani.

Actually travel alone ni best juga. Tak ada banyak benda yang perlu dirisau. Risau keadaan diri sendiri sahaja. Haha. Lepas ni agak nak terus jalan-jalan. Mungkin ke Negeri Sembilan, Pahang atau Selangor. (Mungkin....)

Okay la kot.

Selasa, 8 April 2014

Guardian Supports Recycle Campaign

Beli barangan di Guardian minimum RM80 ke atas dan akan mendapat mug free. ^^ Eyyyaii!

Gini cetanya. Semalam pergi beli stok Innershine saya sebab dah nak abis. Beli di Guardian dapat murah skit iaitu 2 dozen Innershine untuk RM84 sahaja. Bayar di kaunter terus dapat free mug. Yeah.

Suka ngan mug tu sebab warna putih hijau. Dan yang paling best.... ada tulis "recycle today". Kami di UMS juga mengamalkan green campus dan mug yang saya dapat ni memang sesuai digunakan di pejabat la. Boleh buat promotion terus. :-b Saya suka mug dari Guardian! ♥

Jom membeli belah di Guardian.



My Friend dah Kahwin!! ^^ Zetty dan Wazli

Tahniah diucapkan kepada pengantin baru, Zetty dan Wazli. Mereka selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Mac 2014 (Jumaat) dan persandingan pada keesokan harinya, bertempat di Segamat, Johor. Walaupun saya tak dapat hadir kerana hari tu ada dinner bersama Toh Puan sempena malam amal KESUMBA, In Shaa Allah saya akan hadir majlis resepsi di Ranau pada bulan Jun nanti. Nak sangat hadir!!! X-( Uhuuuuu........

Suka sangat tengok Zetty dalam gambar ni. Nampak comel!

Kredit foto... amik dari Facebook Zetty..... . . . .

Oh ya. Kalau sesiapa yang tinggal area Batu Pahat dan berminat nak amik gambar wedding, pertunangan dan bermacam lagi.... boleh tengok di website Hakim Ismail Photography.  

Ni antara sample gambar yang diambil. Romantiknya... ^^

Apa-apa pun, saya doakan semoga mereka berdua dikurniakan anak yang comel-comel.... dan hubungan berpanjangan hingga ke syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ni kek perkahwinan zetty. Suka tengok!