Ahad, 9 Mac 2014

Trip to Jakarta - Part 5

Tiba masanya rombongan kami pulang ke tanah air..... (2hb-6hb Mac 2014)

Walaupun dah kena cari dan menyebabkan telefon tak henti berbunyi, ia langsung tak merosakkan mood saya. Beg dah penuh dengan souvenirs untuk keluarga dan kawan-kawan. Tentunya excited nak pulang ke rumah. :-)

Awal pagi dah gerak ke airport sebab flight jam 11 lebih. So gerak dalam 730AM. Keadaan cuaca agak berjerebu. Kadang-kala membuatkan tekak terasa sedih. Rasa rindu pula ngan Indonesia dan teringin nak pergi lagi. Makan dan barang-barang murah berbanding Malaysia. Still ada simpan duit rupiah, untuk kenangan dan mungkin boleh digunakan pada masa akan datang. Tak la banyak sangat. Cuma beberapa puluh ribu rupiah.

Masa si airport sempat makan puff yang sungguh sedap. Satu puff berharga rupiah 10,000 hingga 11,000. Saya amik sardine puff. Dan ada yang amik curry puff, durian puff dan pastel puff.

Rombongan kami naik MAS. Jadi kena transit to Kuala Lumpur terlebih dahulu. Memang kena keluar kejap beli bun Gardenia. Itu kiriman dari orang, perlu tunaikan juga. Hehehe...

That's all. Welcome back to Sabah :-)

I love Jakarta

Orang nak pergi kerja

Jerebu

Muka ntah apa-apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!