Jumaat, 7 Mac 2014

Trip to Jakarta - Part 2

Okay. Pada hari kedua pula tak ada program apa-apa. Sepatutnya ada perjumpaan dengan satu universiti tapi lastly tak jadi. Jadi awal pagi lagi dah turun ke Tanah Abang, favorite shopping mall untuk beli barang dengan harga yang murah. Tempat tu besar dan ada beribu kedai kecil menjual barang seperti baju, tudung, kasut, souvenirs, kain dan lain-lain. Paling kurang kalau nak shopping sana memerlukan masa selama tiga jam. Itu masa minimum! Sebab tak tau mana satu yang nak dipilih.... mata pun jadi rambang. Kepala asyik tengok kedai sebelah kiri dan kanan.

Hari tu cuaca cerah sekali. Jalan macet bangat. Padahal tempat yang nak dituju tak la jauh. Susah nak cari traffic light kecuali di jalan raya besar. Orang sana drive ikut kepala sendiri tapi masih bertimbang rasa. Tak ada marah-marah kalau keta lain cross the line. Hon keta tu dah jadi budaya mereka. Kalau tempat kita.... baru kena hon skit dah marah ek. 

Makanan di Jakarta sedap. Dah siap pergi membeli belah.... terus rehat di hotel. Oleh kerana malas nak turun balik beli makanan, jadi pesan makanan hotel saja. My colleague makan Mee Goreng Jawa dan saya makan Nasi Goreng Istimewa. Sedap. Sebelum tu masa first day ada try makan mi goreng tapi rasanya macam kon lou mee. Juga dah rasa martabak manis (kalau di sini dipanggil kuih bulan). Tapi campurannya berbeza sedikit sebab ada letak cheese dan coklat. Okay la. Rasanya saya sampai ke Jakarta asyik makan saja. Bila la nak kurus kalau gini. Malam pula makan di Garuda. Nasi padang. 

Setakat ni semua baik-baik saja di Jakarta. ^^

View of Jakarta

Macet!

Tanah Abang. Yeah

Nasi goreng Istimewa. Served dengan keropok goreng, satay, ayam, acar dan udang

Restoran Garuda - Masakan Padang

Nasi goreng Gila?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!