Selasa, 4 Mac 2014

Trip to Jakarta - Part 1

Dah beberapa hari tak update blog.

Sebenarnya saya berada di Jakarta. Bulan ni macam banyak kali pula fly. Lepas ni pergi Labuan. Then pergi Sandakan pula. In Shaa Allah kalau tak ada halangan akan fly ke Johor lagi. Nak sangat pergi ke my bestfriend's wedding. ^^

So sekarang jadualnya begini:
KK-KL KL-JKT JKT-KL
KK-LBU LBU-KK
KK-SDK SDK-KK
Dan kalau jadi... tambah lagi
KK-KL-JHR JHR-KL-KK
............... okay!

Cuaca di sini cerah tapi macam biasalah... Macet dong. Tapi makanan di sini sedap!

Kami sampai di terminal lapangan terbang pada tengahari waktu tempatan. Sini beza satu jam awal dari waktu di Malaysia (-1). Kiranya kalau sini jam 10.00AM... di Malaysia jam 11.00AM.

Masa first day sampai.... tak ada apa-apa program. Free and easy. Jadi jalan ke Thamrin City. Banyak jual baju cantik. Tapi saya tak pergi membeli. Window shopping saja sebab dah ada tempat yang lagi best untuk shopping. Ngehehehe.....! Nak shopping murah boleh datang Jakarta. Pergi ke Tanah Abang dapat beli dengan harga yang terbest. Nak beli baju kahwin pun banyak choice dan sangat cantik!

Malam tu makan bersama rombongan UMS. Makan seafood. Oleh kerana saya kena berpantang.... jadi tak dapat la makan ketam... udang.... etc. Makan ikan dan sayur sajalah. :-( Tak apa la. Sebab sebenarnya dah terlanggar pantang juga masa dalam kapal terbang. Kena serve makanan nasi lemak sambal udang. Then lepas transit, makan omelette pula. Kan dah langgar pantang tu. Haiyoooo.... -_-

Tempat penginapan pula tinggal di Millenium Sirih Hotel, Jakarta. Betul-betul di tengah kota dan berdekatan dengan shopping malls yang best. Hehe. Teringin lagi nak naik bajai. Kali ni mesti naik. Sebenarnya ini adalah kali ketiga saya ke Indonesia. Dua kali ke Jakarta dan sekali ke Bali. ^^

Okay. Tunggu next part punya cerita.

Rombongan tengah nak naik bas


Pemandangan dari dalam bas

Hotel Millenium Sirih Jakarta

Makanan pertama di Jakarta. Kek coklat.

Jom tengok:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!