Selasa, 18 Mac 2014

Surprise and Smile

Hari ni dengan semangatnya saya kembali ke office ^^. Tengok meja dah ada beberapa dokumen yang perlu dikerjakan. Tak apa. Semangat!! Petang tu pula ada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat daripada Universiti Wolverhampton kepada TYT Sabah. Majlis berjalan dengan lancar dan saya mengucapkan tahniah kepada team UMS yang bertungkus-lumus serta bekerja keras bagi memastikan event ini begitu tip top.

Nak bagi hadiah tak semestinya kena tunggu birthday atau ulangtahun. Bila-bila pun boleh bagi hadiah. So I decided to give something to Hafiz. I appreciate our relationship, I respect him. Jadi saya harap dia sukakan hadiah yang saya berikan. Happy happy happy!  :-)


By the way, saya juga dapat bunga yang cantik dan bermacam jenis. Ada lily, kekwa, carnation dan rose. Sampai rumah terus hiaskan ke dalam pasu. ^^ Ya. Saya sukakan bunga. Dan saya juga suka tanam bunga. Huhuhu....

Sebelum balik, kami berdua singgah makan di Lucy's Kitchen. Tak rasa nak makan nasi tapi nak makanan yang pelbagai. Jadi restoran ini adalah yang terbaik untuk lepak. Hari ni order chicken boxing and fish fingers. Hafiz makan lambchop. Wah!! Sedap. Servis pun bagus. Persekitaran juga selesa ^^ Saya cadangkan restoran ini kepada anda semua. Nak tau lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh klik ke link Lucy's Kitchen.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!