Isnin, 24 Mac 2014

Majlis Makan Malam Amal Semarak Budi KESUMBA - My Perspective

Semua orang pun cantik dan kacak pada malam tu.

Majlis makan malam amal ini diadakan pada 22 Mac 2014 (Ahad), bertempat di Pan Pacific Sutera Ballroom, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Majlis disempurnakan oleh Toh Puan Hjh. Norlida RM Jasni, isteri kepada Tun TYT Sabah. 

Pada malam tu, ada juga selebriti yang hadir dan tampil membuat persembahan. Suara Adira memang best! Makanan yang disajikan juga begitu enak sekali iaitu masakan Melayu. Lantaklah. Sebenarnya tak boleh makan udang tapi tak tau malam tu berapa banyak udang goreng yang saya bantai. Hehehe..... Tak apa la... Sekali sekala. Majlis berakhir tepat jam 10 malam. Seronok dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan dari Sekolah Perubatan dan lain-lain jabatan. 

Apa-apa pun, kami semua enjoy the dinner... semua orang happy, semua orang cantik-cantik.... tahniah kepada yang dapat lucky draw. ;-)

Me and Hammie
Me and Khai - rakan sekerja


Adira
Tarian Daling-Daling

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!