Isnin, 24 Mac 2014

Lawatan ke Kampung Padang Sepulut di Daerah Pensiangan

Just nak share kenangan semasa melawat Kampung Padang Sepulut bersama YABhg Tun Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, rakan-rakan PERKIM dan kakitangan UMS yang lain.

Lawatan diadakan pada 15hb Mac 2014. Kami bertolak dari UMS pada jam 7 pagi pada 14 Mac 2014 kerana nak singgah ke Ranau terlebih dahulu. Ada lawatan lain di sana. Then tido kat Keningau, lepas tu baru pergi melawat ke Kampung Padang Sepulut pada keesokan harinya. Perjalanan tidak begitu jauh, seawal jam 7.30 pagi dah bertolak selepas bersarapan. Hati gembira, teruja ingin berjumpa dengan penduduk kampung di sana.

Kampung yang indah, ada sungai yang bersih dan penduduk kampung yang sentiasa ramah serta sedia membantu. Satu pengalaman yang indah sekali buat saya dan yang lain. Jika hendak sampai ke kampung ini, satu jambatan gantung sepanjang 400 meter perlu dilalui terlebih dahulu. Seronok kerana jarang-jarang dapat merasa seperti ini. Sudah lama tak merasa masakan kampung yang begitu enak sekali. Sayur pucuk labu, ikan masak lemak, tuhau, sayur tarap muda... memang best!

In Shaa Allah akan ku jejakkan kaki ke sini lagi. 



Anak kucing




Ni bapa kucing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!