Selasa, 25 Mac 2014

Jom Manjakan Diri Anda

Balik dari pejabat tentu tak rasa fresh. Bukan itu saja, malah akan terasa badan lenguh dan tidak bermaya. Tiba masanya untuk kita manjakan diri kita! Jom!


H Bella Relaxing Shower Cream Blackberry & Black Tea daripada Watsons. Harga RM17.90 dan boleh didapati di farmasi Watsons berhampiran anda. Sabun cecair H Bella ini begitu wangi dan lembut. Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Warnanya juga menarik. Saya dah cuba menggunakan produk ini dan so far saya amat berpuas hati. Selain sabun, H Bella juga mempunyai pelbagai jenis produk lain seperti krim tangan dan body butter.


Ni special sikit. Sebenarnya saya beli sabun mandi lulur ni masa saya di Indonesia. Tak mahal sangat. Dalam Rupiah 35,000 (RM10). Ni perisa coklat. Bila dilumurkan di badan, bau coklat semerbak! Di negara kita juga ada jual pelbagai jenis mandi lulur dengan harga yang murah. (RM4.50 pun ada). Mandi lulur ni bagus untuk menjadikan kulit lebih halus, mulus, bersih dan cerah. Gunakan seminggu sekali pun okay. ;-)

Sebelum tidur, rehatkan kulit dengan mask. Ni adalah mask yang digunakan dibawah mata. Hari tu beli di kedai Sasa dapat harga best. RM10 untuk empat pek. Gunakan mask ni selama 15 minit then urutkan di bawah mata untuk make sure cecair menyerap dengan sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!