Selasa, 18 Mac 2014

Review : Jia Duo Bao a.k.a Wong Lo Kat untuk Kesegaran Badan

Saya penggemar sof drink terutama Cola. Kebanyakkanya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tak boleh minum selalu. ... Sebab tu saya pilih Cola Light kerana zero sugar dan rasa macam gas dia lebih dari yang biasa. :-b Tapi tak juga bagus minum soft drink terlalu banyak. Bahaya untuk kesihatan. Air putih itu perlu bagi mengelakkan dehydration.

Okaylah. Nak promote minuman herba Jia Duo Bao. Dulu dikenali sebagai Wong Lo Kat  (atau Wang Lao Ji dalam bahasa Mandarin) tapi sekarang dah tukar nama. Rasa tetap sama iaitu sedikit manis dan menyegarkan (Macam rasa Lo Han Guo). Minuman ini juga telah mendapat sijil halal oleh JAKIM. Harga dalam RM2.50 - RM2.70 dan boleh didapati di kedai runcit berhampiran. Kenapa nama boleh bertukar kepada Jia Duo Bao? Menurut dalam artikel Wikipedia, terdapat pertikaian berkenaan isu trademark. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link ini. 

Apa-apa pun, minuman ini tetap sedap dan sangat disukai ramai. Antara kebaikannya termasuk:
  •  Mengurangkan toksik dalam badan
  • Menyahtoksin buah pinggang, hati dan limpa
  • Mngurangkan sakit tekak
  • Membuang panas
  • Menggalakkan aliran Qi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!