Jumaat, 28 Mac 2014

Dalam Kenangan....

Al-Fatihah buat arwah....

Terkejut apabila mendengar berita pada pagi ini. Sebenarnya hati dah start rasa lain sejak dari kelmarin sebab kawan ada bagitau, dia dah kritikal. Masuk ICU. Nak melawat tapi tak dapat. Dia di Selayang. Saya di Kota Kinabalu. Tiba-tiba hari ni kawan maklumkan yang dia dah tak ada. Tersentak sebentar....

Sedih memang sedih. Dia kawan saya sejak kecil. Sama-sama sekelas. Walaupun sekarang dah jarang jumpa... rasanya paling last saya bersemuka dengan dia masa saya tengah cuti semester. Dan paling last saya berbicara dengan dia masa dia nak bertunang. Dia minta saya tolong jadi jurugambar untuk dia, tapi masa tu saya tak dapat sebab ada komitmen kerja. 

Baru ingat nak tempah kek kahwin ngan dia. Dia pandai buat kek. Cantik. Sangat cantik. Tapi hasrat tu tak kesampaian..... Masa dia kahwin pun saya tak pergi. Rasanya masa tu saya ada komitmen kerja juga. Sekarang arwah dalam perjalanan di bawa balik ke Sabah, pun saya tak dapat datang juga buat kali terakhir... pun kerana komitmen kerja. Segala benda penting berada di tangan saya..... Saya minta maaf kepada arwah jika arwah ada terasa hati...

Kena kuatkan semangat. Walaupun tak dapat menemui dia, dalam hati masih mengingati dia. Saya masih ingat dia sebagai kawan. Semua kenangan yang lama kembali keluar dalam kepala otak saya... Fikiran sedikit kusut. Sehingga sekarang, dah dua orang kawan saya masa sekolah dulu telah kembali ke Rahmatullah.... hidup mati di tangan Allah S.W.T.

Innalillah wa innalillai rojiun....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!