Rabu, 26 Mac 2014

Bukan Cinta

Cinta.... boleh membuatkan seseorang bahagia dan juga boleh "membunuh". Terpulang bagaimana seseorang itu menguruskannya.... Walaubagaimanapun, jodoh itu di tangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu buat yang terbaik, selebihnya diserahkan kepada yang Maha Esa. :-)

Bijak dalam memilih cinta? Ya betul. Harus bijak dalam memilih cinta. Disini saya ingin bercerita mengenai cinta antara dua orang individu...


Cinta Memerlukan Kesetiaan
Jika inginkan cinta yang berpanjangan, kesetiaan adalah salah satu perkara yang harus diutamakan. Pasangan harus jujur terhadap diri masing-masing. Batas pergaulan juga hendaklah dijaga. Kita harus sedar dan peka mengenai perasaan pasangan kita. Contohnya jika dah bertunang atau berkahwin, then ada rakan sekerja nak bawa keluar makan tengahari, lebih baik kita memohon kebenaran dengan pasangan kita terlebih dahulu... dan elakkan keluar berdua-duaan. Takut menimbulkan fitnah.

Bagaimana pula jika mempunyai pasangan yang tidak setia? Jangan bertindak terburu-buru. Seboleh-bolehnya berbincanglah terlebih dahulu. Boleh jadi masalah itu datangnya dari kita sendiri, atau mungkin dia tak inginkan komitmen lagi atau.... dia memang seorang player. Berikan masa untuk dia berubah. Jika dia tak berubah juga... buat apa nak tunggu lagi? Ya. Susah untuk meninggalkan orang yang kita cintai. Bagi saya... kalau nak merubah diri, sentiasalah maju ke hadapan. Kenapa perlu menunggu seseorang yang mensia-siakan hidup kita? 


Cinta Palsu
Pernahkah anda merasa jauh dengan pasangan walaupun sebenarnya dia hanya di sebelah anda? Adakah anda benar-benar mengenalinya walaupun perhubungan anda mencapai jangka masa yang lama? Awas! Mungkin anda tergolong dalam cinta palsu. Cinta palsu = cinta tergantung. Kenali hatinya betul-betul sebelum memulakan langkah seterusnya.


Cemburu Buta dan Mengongkong
Cemburu itu perlu tetapi cemburu buta itu bukanlah sesuatu yang baik. Ia lebih bersifat self-love. Pasangan tiada kebebasan terhadap diri sendiri. Mana tidaknya... Facebook kita digodam. Telefon bimbit kita seringkali di check.  Pantang nampak ada nombor telefon yang tidak dikenali, mulalah hendak marah dan bertanyakan pelbagai soalan. Tiada siapa pun yang tahan kalau pasangan kita seperti ini. Cinta itu adalah saling hormat-menghormati... percaya antara satu sama lain. 

Buat pilihan dengan bijak ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!