Rabu, 19 Mac 2014

Apa Perlu Kita Buat Apabila Orang Tak Suka Kita?

Neh..... tak payah fikir sangat. Dia tak suka kat kita... dia punya pasal. Tak perlu layan sangat orang cam gitu. Buang masa, buang tenaga, buat sakit kepala otak. 

Seriously, orang yang tak suka kita ni auranya sentiasa negatif apabila mendekati kita. Mukanya juga murung. Boleh jadi... dia tak suka sebab jealous, rasa tergugat, dihasut atau rasa terancam. Tentulah! Kalau boleh dia nak singkirkan kita kerana takut kita akan mendahuluinya. Jadi apa perlu kita buat kalau ada orang tak suka ngan kita?

1. Ignore Saja
Yalah. Tak perlu layan sangat orang macam begitu. Bukannya dapat faedah malah membuang masa. Masa itu emas. Lebih baik isi dengan perkara berfaedah. Buat kerja bersungguh-sungguh. Sentiasa maju ke hadapan. Life kita... hak kita. 


2. "Senyum"
Maksudnya di sini, jangan benci pula dengan orang yang tak suka kita tu. Nanti lebih memburukkan keadaan. Contohnya orang tu di satu tempat kerja ngan kita. Jangan tak layan terus. Buat kerja macam biasa. Tegur dia. Mesti dia akan rasa tak best. Jangan buruk-burukkan dia depan kawan sekerja yang lain. Tak baik. Biar orang lain buat jahat, jangan kita yang buat jahat. 


3. Don't Show Your Weaknesses
Bila seseorang tak sukakan kita, mereka akan sentiasa mencari kesalahan kita. Cara terbaik adalah menunjukkan kekuatan yang ada pada diri. Tentu mereka akan lebih rasa tercabar.


4. Question Yourself
Tanya kepada diri sendiri, apa yang kita dah buat kat dia sampai dia tak suka kita. Adakah kita ada buat salah kat dia? Atau sebenarnya dia yang salah tapi tak nak ngaku. Apa-apa la. Yang penting kita berfikiran positif. ^^

Sifat benci-membenci itu perbuatan Syaitan. Tingkatkan prestasi diri, sentiasa maju ke hadapan. Hidup ini singkat. Gunakan dengan sebaik-baiknya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!