Jumaat, 28 Mac 2014

Dalam Kenangan....

Al-Fatihah buat arwah....

Terkejut apabila mendengar berita pada pagi ini. Sebenarnya hati dah start rasa lain sejak dari kelmarin sebab kawan ada bagitau, dia dah kritikal. Masuk ICU. Nak melawat tapi tak dapat. Dia di Selayang. Saya di Kota Kinabalu. Tiba-tiba hari ni kawan maklumkan yang dia dah tak ada. Tersentak sebentar....

Sedih memang sedih. Dia kawan saya sejak kecil. Sama-sama sekelas. Walaupun sekarang dah jarang jumpa... rasanya paling last saya bersemuka dengan dia masa saya tengah cuti semester. Dan paling last saya berbicara dengan dia masa dia nak bertunang. Dia minta saya tolong jadi jurugambar untuk dia, tapi masa tu saya tak dapat sebab ada komitmen kerja. 

Baru ingat nak tempah kek kahwin ngan dia. Dia pandai buat kek. Cantik. Sangat cantik. Tapi hasrat tu tak kesampaian..... Masa dia kahwin pun saya tak pergi. Rasanya masa tu saya ada komitmen kerja juga. Sekarang arwah dalam perjalanan di bawa balik ke Sabah, pun saya tak dapat datang juga buat kali terakhir... pun kerana komitmen kerja. Segala benda penting berada di tangan saya..... Saya minta maaf kepada arwah jika arwah ada terasa hati...

Kena kuatkan semangat. Walaupun tak dapat menemui dia, dalam hati masih mengingati dia. Saya masih ingat dia sebagai kawan. Semua kenangan yang lama kembali keluar dalam kepala otak saya... Fikiran sedikit kusut. Sehingga sekarang, dah dua orang kawan saya masa sekolah dulu telah kembali ke Rahmatullah.... hidup mati di tangan Allah S.W.T.

Innalillah wa innalillai rojiun....

Rabu, 26 Mac 2014

Cara Buat Jus Oren Segar

Bahan-bahan yang diperlukan
  • Buah oren (dalam 2 atau 3 biji)
  • Gula
  • Ais


Peralatan yang diperlukan
  • Gelas
  • Pemerah jus


Cara-caranya:

 Belah buah oren menjadi dua bahagian

 Sediakan pemerah jus

 Perah buah oren

Masukkan ke dalam gelas. Masukkan sedikit gula untuk rasa manis (optional). Masukkan beberapa ketul ais. Jika rasa terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

Bukan Cinta

Cinta.... boleh membuatkan seseorang bahagia dan juga boleh "membunuh". Terpulang bagaimana seseorang itu menguruskannya.... Walaubagaimanapun, jodoh itu di tangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu buat yang terbaik, selebihnya diserahkan kepada yang Maha Esa. :-)

Bijak dalam memilih cinta? Ya betul. Harus bijak dalam memilih cinta. Disini saya ingin bercerita mengenai cinta antara dua orang individu...


Cinta Memerlukan Kesetiaan
Jika inginkan cinta yang berpanjangan, kesetiaan adalah salah satu perkara yang harus diutamakan. Pasangan harus jujur terhadap diri masing-masing. Batas pergaulan juga hendaklah dijaga. Kita harus sedar dan peka mengenai perasaan pasangan kita. Contohnya jika dah bertunang atau berkahwin, then ada rakan sekerja nak bawa keluar makan tengahari, lebih baik kita memohon kebenaran dengan pasangan kita terlebih dahulu... dan elakkan keluar berdua-duaan. Takut menimbulkan fitnah.

Bagaimana pula jika mempunyai pasangan yang tidak setia? Jangan bertindak terburu-buru. Seboleh-bolehnya berbincanglah terlebih dahulu. Boleh jadi masalah itu datangnya dari kita sendiri, atau mungkin dia tak inginkan komitmen lagi atau.... dia memang seorang player. Berikan masa untuk dia berubah. Jika dia tak berubah juga... buat apa nak tunggu lagi? Ya. Susah untuk meninggalkan orang yang kita cintai. Bagi saya... kalau nak merubah diri, sentiasalah maju ke hadapan. Kenapa perlu menunggu seseorang yang mensia-siakan hidup kita? 


Cinta Palsu
Pernahkah anda merasa jauh dengan pasangan walaupun sebenarnya dia hanya di sebelah anda? Adakah anda benar-benar mengenalinya walaupun perhubungan anda mencapai jangka masa yang lama? Awas! Mungkin anda tergolong dalam cinta palsu. Cinta palsu = cinta tergantung. Kenali hatinya betul-betul sebelum memulakan langkah seterusnya.


Cemburu Buta dan Mengongkong
Cemburu itu perlu tetapi cemburu buta itu bukanlah sesuatu yang baik. Ia lebih bersifat self-love. Pasangan tiada kebebasan terhadap diri sendiri. Mana tidaknya... Facebook kita digodam. Telefon bimbit kita seringkali di check.  Pantang nampak ada nombor telefon yang tidak dikenali, mulalah hendak marah dan bertanyakan pelbagai soalan. Tiada siapa pun yang tahan kalau pasangan kita seperti ini. Cinta itu adalah saling hormat-menghormati... percaya antara satu sama lain. 

Buat pilihan dengan bijak ;-)

Selasa, 25 Mac 2014

Jom Manjakan Diri Anda

Balik dari pejabat tentu tak rasa fresh. Bukan itu saja, malah akan terasa badan lenguh dan tidak bermaya. Tiba masanya untuk kita manjakan diri kita! Jom!


H Bella Relaxing Shower Cream Blackberry & Black Tea daripada Watsons. Harga RM17.90 dan boleh didapati di farmasi Watsons berhampiran anda. Sabun cecair H Bella ini begitu wangi dan lembut. Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Warnanya juga menarik. Saya dah cuba menggunakan produk ini dan so far saya amat berpuas hati. Selain sabun, H Bella juga mempunyai pelbagai jenis produk lain seperti krim tangan dan body butter.


Ni special sikit. Sebenarnya saya beli sabun mandi lulur ni masa saya di Indonesia. Tak mahal sangat. Dalam Rupiah 35,000 (RM10). Ni perisa coklat. Bila dilumurkan di badan, bau coklat semerbak! Di negara kita juga ada jual pelbagai jenis mandi lulur dengan harga yang murah. (RM4.50 pun ada). Mandi lulur ni bagus untuk menjadikan kulit lebih halus, mulus, bersih dan cerah. Gunakan seminggu sekali pun okay. ;-)

Sebelum tidur, rehatkan kulit dengan mask. Ni adalah mask yang digunakan dibawah mata. Hari tu beli di kedai Sasa dapat harga best. RM10 untuk empat pek. Gunakan mask ni selama 15 minit then urutkan di bawah mata untuk make sure cecair menyerap dengan sempurna.

Isnin, 24 Mac 2014

Majlis Makan Malam Amal Semarak Budi KESUMBA - My Perspective

Semua orang pun cantik dan kacak pada malam tu.

Majlis makan malam amal ini diadakan pada 22 Mac 2014 (Ahad), bertempat di Pan Pacific Sutera Ballroom, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Majlis disempurnakan oleh Toh Puan Hjh. Norlida RM Jasni, isteri kepada Tun TYT Sabah. 

Pada malam tu, ada juga selebriti yang hadir dan tampil membuat persembahan. Suara Adira memang best! Makanan yang disajikan juga begitu enak sekali iaitu masakan Melayu. Lantaklah. Sebenarnya tak boleh makan udang tapi tak tau malam tu berapa banyak udang goreng yang saya bantai. Hehehe..... Tak apa la... Sekali sekala. Majlis berakhir tepat jam 10 malam. Seronok dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan dari Sekolah Perubatan dan lain-lain jabatan. 

Apa-apa pun, kami semua enjoy the dinner... semua orang happy, semua orang cantik-cantik.... tahniah kepada yang dapat lucky draw. ;-)

Me and Hammie
Me and Khai - rakan sekerja


Adira
Tarian Daling-Daling

Lawatan ke Kampung Padang Sepulut di Daerah Pensiangan

Just nak share kenangan semasa melawat Kampung Padang Sepulut bersama YABhg Tun Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, rakan-rakan PERKIM dan kakitangan UMS yang lain.

Lawatan diadakan pada 15hb Mac 2014. Kami bertolak dari UMS pada jam 7 pagi pada 14 Mac 2014 kerana nak singgah ke Ranau terlebih dahulu. Ada lawatan lain di sana. Then tido kat Keningau, lepas tu baru pergi melawat ke Kampung Padang Sepulut pada keesokan harinya. Perjalanan tidak begitu jauh, seawal jam 7.30 pagi dah bertolak selepas bersarapan. Hati gembira, teruja ingin berjumpa dengan penduduk kampung di sana.

Kampung yang indah, ada sungai yang bersih dan penduduk kampung yang sentiasa ramah serta sedia membantu. Satu pengalaman yang indah sekali buat saya dan yang lain. Jika hendak sampai ke kampung ini, satu jambatan gantung sepanjang 400 meter perlu dilalui terlebih dahulu. Seronok kerana jarang-jarang dapat merasa seperti ini. Sudah lama tak merasa masakan kampung yang begitu enak sekali. Sayur pucuk labu, ikan masak lemak, tuhau, sayur tarap muda... memang best!

In Shaa Allah akan ku jejakkan kaki ke sini lagi. 



Anak kucing




Ni bapa kucing


Ahad, 23 Mac 2014

Review : Hello Kitty Kids Wipes dari Guardian

Pastikan wet tissue sentiasa berada di dalam handbag anda kerana ia amat penting sekali untuk kebersihan diri.

Ada pelbagai jenis wet tissue yang dijual di pasaran sekarang. Ada yang kecil dan mudah dibawa, bermacam scent dengan harga yang berbeza-beza.

Saya bukan peminat kipas-susah-mati Hello Kitty. Tapi saya tertarik dengan wet tissue Hello Kitty berwarna pink daripada Guardian. Harga satu plastik berisi dua pek tisu adalah RM7+ tapi saya dapat harga best iaitu RM10+ untuk dua plastik (jadi dapat empat pek tisu). Setiap pek mengandungi 30 sheets. Senang dibawa, berbau lembut dengan wangian Chamomile. Paling syok warnanya juga menarik perhatian.

Dapatkan Kids Wipes Hello Kittu di Guardian sekarang ;-)

Rabu, 19 Mac 2014

Apa Perlu Kita Buat Apabila Orang Tak Suka Kita?

Neh..... tak payah fikir sangat. Dia tak suka kat kita... dia punya pasal. Tak perlu layan sangat orang cam gitu. Buang masa, buang tenaga, buat sakit kepala otak. 

Seriously, orang yang tak suka kita ni auranya sentiasa negatif apabila mendekati kita. Mukanya juga murung. Boleh jadi... dia tak suka sebab jealous, rasa tergugat, dihasut atau rasa terancam. Tentulah! Kalau boleh dia nak singkirkan kita kerana takut kita akan mendahuluinya. Jadi apa perlu kita buat kalau ada orang tak suka ngan kita?

1. Ignore Saja
Yalah. Tak perlu layan sangat orang macam begitu. Bukannya dapat faedah malah membuang masa. Masa itu emas. Lebih baik isi dengan perkara berfaedah. Buat kerja bersungguh-sungguh. Sentiasa maju ke hadapan. Life kita... hak kita. 


2. "Senyum"
Maksudnya di sini, jangan benci pula dengan orang yang tak suka kita tu. Nanti lebih memburukkan keadaan. Contohnya orang tu di satu tempat kerja ngan kita. Jangan tak layan terus. Buat kerja macam biasa. Tegur dia. Mesti dia akan rasa tak best. Jangan buruk-burukkan dia depan kawan sekerja yang lain. Tak baik. Biar orang lain buat jahat, jangan kita yang buat jahat. 


3. Don't Show Your Weaknesses
Bila seseorang tak sukakan kita, mereka akan sentiasa mencari kesalahan kita. Cara terbaik adalah menunjukkan kekuatan yang ada pada diri. Tentu mereka akan lebih rasa tercabar.


4. Question Yourself
Tanya kepada diri sendiri, apa yang kita dah buat kat dia sampai dia tak suka kita. Adakah kita ada buat salah kat dia? Atau sebenarnya dia yang salah tapi tak nak ngaku. Apa-apa la. Yang penting kita berfikiran positif. ^^

Sifat benci-membenci itu perbuatan Syaitan. Tingkatkan prestasi diri, sentiasa maju ke hadapan. Hidup ini singkat. Gunakan dengan sebaik-baiknya. 

Selasa, 18 Mac 2014

Surprise and Smile

Hari ni dengan semangatnya saya kembali ke office ^^. Tengok meja dah ada beberapa dokumen yang perlu dikerjakan. Tak apa. Semangat!! Petang tu pula ada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat daripada Universiti Wolverhampton kepada TYT Sabah. Majlis berjalan dengan lancar dan saya mengucapkan tahniah kepada team UMS yang bertungkus-lumus serta bekerja keras bagi memastikan event ini begitu tip top.

Nak bagi hadiah tak semestinya kena tunggu birthday atau ulangtahun. Bila-bila pun boleh bagi hadiah. So I decided to give something to Hafiz. I appreciate our relationship, I respect him. Jadi saya harap dia sukakan hadiah yang saya berikan. Happy happy happy!  :-)


By the way, saya juga dapat bunga yang cantik dan bermacam jenis. Ada lily, kekwa, carnation dan rose. Sampai rumah terus hiaskan ke dalam pasu. ^^ Ya. Saya sukakan bunga. Dan saya juga suka tanam bunga. Huhuhu....

Sebelum balik, kami berdua singgah makan di Lucy's Kitchen. Tak rasa nak makan nasi tapi nak makanan yang pelbagai. Jadi restoran ini adalah yang terbaik untuk lepak. Hari ni order chicken boxing and fish fingers. Hafiz makan lambchop. Wah!! Sedap. Servis pun bagus. Persekitaran juga selesa ^^ Saya cadangkan restoran ini kepada anda semua. Nak tau lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh klik ke link Lucy's Kitchen.





Makan Ikan Bakar di Keningau

Keningau kini sedang membangun dan banyak blok kedai baharu yang dibina. Kalau nak cari makan di Keningau ini mudah saja kerana ada pelbagai restoran yang boleh dikunjungi. Nak yang lagi best boleh try makan di gerai di Pasar Malam Keningau. Pasar ini dibuka pada setiap hari dan dalam tu ada jual sayur, buah-buahan, kuih muih dan bermacam-macam lagi.

Sana juga ada beberapa gerai makan. Pengunjung boleh membeli ikan bakar di pasar malam tu dan minta hantar ke tempat gerai yang anda sedang makan. Harga murah berbanding di Kota Kinabalu. Hari tu makan ikan belais RM12 dan kerapu RM8. Makan bersama lada, kicap dan limau memang menyelerakan. Ditambah lagi dengan sayur kampung dan sup.... lagi best.

Selain itu, penginapan hotel di Keningau juga murah dan selesa. Antara hotel di Keningau ialah:
  1. Hotel Juta
  2. Queen Hotel
  3. Perkasa Hotel Keningau
  4. Hillview Garden Resort
  5. Crown Hotel (087 338 555)
  6. Kristal Hotel (087 338 888)
  7. Paramount Hotel (087 333084)
  8. Tai Wah Hotel (332 092)

Ikan belais dan ikan kerapu panggang

Makan bersama sup bebola daging dan sayur pucuk ubi masak lemak

Review : Jia Duo Bao a.k.a Wong Lo Kat untuk Kesegaran Badan

Saya penggemar sof drink terutama Cola. Kebanyakkanya mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tak boleh minum selalu. ... Sebab tu saya pilih Cola Light kerana zero sugar dan rasa macam gas dia lebih dari yang biasa. :-b Tapi tak juga bagus minum soft drink terlalu banyak. Bahaya untuk kesihatan. Air putih itu perlu bagi mengelakkan dehydration.

Okaylah. Nak promote minuman herba Jia Duo Bao. Dulu dikenali sebagai Wong Lo Kat  (atau Wang Lao Ji dalam bahasa Mandarin) tapi sekarang dah tukar nama. Rasa tetap sama iaitu sedikit manis dan menyegarkan (Macam rasa Lo Han Guo). Minuman ini juga telah mendapat sijil halal oleh JAKIM. Harga dalam RM2.50 - RM2.70 dan boleh didapati di kedai runcit berhampiran. Kenapa nama boleh bertukar kepada Jia Duo Bao? Menurut dalam artikel Wikipedia, terdapat pertikaian berkenaan isu trademark. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link ini. 

Apa-apa pun, minuman ini tetap sedap dan sangat disukai ramai. Antara kebaikannya termasuk:
  •  Mengurangkan toksik dalam badan
  • Menyahtoksin buah pinggang, hati dan limpa
  • Mngurangkan sakit tekak
  • Membuang panas
  • Menggalakkan aliran Qi

Isnin, 17 Mac 2014

Sesi Terakhir Selepas Dua Minggu

Erhmmmm.... tengah tunggu flight jam 7 malam.... sambil makan sandwhich.

Phew. Akhirnya sesi hari ni adalah yang terakhir dan saya begitu terharu sekali. WoWoWo. Esok still ada komitmen yang besar but at least satu dah selesai. Rindu ngan suasana office. Mesti bertimbun tasks di atas meja nih. I think I need a short vacation. Maybe dalam hujung bulan. Nak pergi memancing, masak sepuas-puasnya dan main dengan kucing yang comel.

Masih buar aktiviti menjahit manik. Seronok buat kerja begini. Yang seronok tu bila melihat hasil kerja tangan sendiri. Bayangkan mula-mula baju nampak kosong... tiba-tiba jadi cantik sebab ada banyak manik. Menjahit manik ni memerlukan kesabaran. Kadang-kadang benang tersimpul la, manik tertumpah la, jarum hilang la.... dan macam-macam lagi boleh terjadi. Untuk mengelakkan semua itu, kena berhati-hati setiap masa. Menjahit biar di tempat yang terang, luas dan selesa. 

Baiklah. Habis pasal manik. Ceta lain pula. Oh ya. Tadi sempat ceta ngan Prof TNCA. Ceta simple. How to get promoted to Professor, publications, the advantages of having strict and firm person in an organization, bridge between Labuan-Menumbok? etc.... seronok ceta. Dapat knowledge baharu. ^^ 

Oooo...... my career path still have a long way to go. Perhaps dalam next entry saya akan ceta berkenaan pengalaman saya bekerja dari tahun 2010 hingga sekarang. Not much. Tapi banyak pengalaman menarik....
End.

Jumaat, 14 Mac 2014

Perjalanan Yang Masih Jauh....

Umur saya masa saya menulis entry ni belum mencecah 27 tahun lagi. :-)

Sekarang outstation. Masih banyak tempat yang perlu ditujui. Tak stop since dari Jakarta hari tu. Kronologi dia macam begini dah:

KK-KL-Jakarta
Jakarta-KL-KK


KK-Labuan
Labuan-KK


KK-Ranau-Keningau-Sepulut
Sepulut-KK


KK-Papar
Papar-KK


KK-Sandakan
Sandakan-KK


Next one is Cambodia. See you there. ^^

Banyak tempat, kan? Kalau yang minat travel... tentu enjoy. Tapi tak sabar juga nak balik rumah. Lepas ni nak baring dan rehat. Rasa macam nak amik cuti seminggu. Tiada tempat yang paling selesa selain dari rumah sendiri. 

-
-
-
-
-

Kelmarin masa dalam keta, ada kawan saya PM dalam Facebook. Ceta hantu. Dia kata masa dia lalu jalan Kalabakan waktu malam nak balik KK, dia nampak ada dua ekor anjing tak ada kepala. Then ada muka orang di tepi tingkap. Yang lagi best ada satu keta stop di tepi jalan. Dalam keta tu ada orang tak ada kepala. Apa lagi..... blah terus la.


Itu ceta kelmarin.

Yalah....

Perjalanan hidup saya dalam dunia ini masih jauh lagi. Banyak lagi yang perlu diterokai. Walaubagaimanapun, terpulang kepada Yang Maha Kuasa. Jika umur panjang, teruskan perjuangan. :-)

Isnin, 10 Mac 2014

Sarapan Sebelum Terbang

Jadi hari ni saya akan fly sekali lagi atas urusan kerja. Sekarang tengah lepak di restoran dalam KKIA Terminal 1. Harap semuanya baik-baik saja. Masih menunggu berita kejadian kapal MAS yang hilang itu. MH370...

Semalam tidur agak lewat sebab excited menjahit manik. Akhirnya dibahagian tangan dah siap. ^^ Dan saya juga berharap baju ni muat di hari kejadian nanti. Apa tak.... everyday pun asyik ketawa dengar lawak Hafiz... happy. Then jadi kuat makan. Hahaha! :D Kalau gini bila nak kurus. Berat dah bertambah -_-

By the way.... bercakap tentang saiz wanita, rata-rata saya bertanya dengan kengkawan lelaki, semua kata tak minat ngan wanita kurus. Haiyoh. Jadi bagaimana pula dengan perempuan? Suka yang macam mana? Masing-masing ada citarasa sendiri.

Blur untuk beberapa minit kerana otak proses banyak maklumat......

Oh? O_o glup!

Ada announcement kapal terbang nak berlepas ke Hong Kong dan dengar macam announcer tu kata MH834. And then saya tengok tiket saya.... MH307.....1. Hehehe.... Terbalik number sahaja. 

Okaylah. Nak pergi cuba kerusi urut. Hehe

Ahad, 9 Mac 2014

Duduk Makan Rojak Buah dan Bla Bla Bla

Sekarang tengah duduk lepak solo makan rojak buah di Lucy's Kitchen at 88 marketplace, Kepayan. Actually tunggu Hafiz...

Gempar dengan kejadian pesawat MAS Boeing yang suddenly hilang dari radar. Kebanyakan siaran TV memaparkan berita yang sama. Begitu juga siaran radio. I just hope they are all safe. :-(

Actually tadi terpikat ngan satu orang wanita ni. Bukan tepikat jatuh cinta... tapi terpikat ngan personalitinya. Tengahari tadi makan di Sri Keningau. Then terpandang seorang wanita yang berjubah dan tudung labuh. Not just that. Dia juga memakai purdah. So muka dia tak berapa nampak.Bila dia tiba di meja makan, dia turunkan purdah tu. Saya tengok, MasyaAllah... she is so beautiful. Flawless skin, fair dan nampak bersopan santun. So I asked Hafiz if one day can I be like her? Sebenarnya saya jealous dan terfikir.... kenapalah dari dulu saya tak macam tu. Women with hijab are so beautiful dan lebih terpelihara. 

Hari ni dah uruskan beberapa perkara untuk persiapan majlis nanti. I intend to add on manik dan labuchi di baju saya to make it shining-shining la. I love sewing tapi lebih kepada menjahit manik. My mum pandai buat baju. And I learn from her. Walaupun buat tukang belut memang fail berabis, at least I still know how to pasang manik.

Yesterday mama anda abah Hafiz datang. Jadi lepas ni boleh dah proceed banyak perkara. I am so grateful sebab semuanya berjalan dengan lancar. ^^ We are one step ahead and hoping for bright bright wonderful days to come.

Yeap. Tomorrow dah fly ke Labuan. Bit dup dap dup dap juga sebab kes kapal terbang hilang. Harap semuanya akan okay. Plus... 17th March also akan fly juga. Phew!!!

What a beautiful world. Suddenly terfikir ceta hidup zaman dulu....
.
.
Yeah. I never regret of my life. Whatever or whomever never happy with me is not my business. Saya tak hidup untuk menggembirakan orang seperti begitu. They called us dengan pelbagai nama.... well who cares. They just reflect theyselves actually. Why? Are they just so immature? I hope people like that hilang dari mata pandangan saya. Go away.... far far away. Calling people with such name tentunya orang yang kurang kasih sayang dan bukan seorang yang tahu untuk hormati orang lain. Become a beautiful people not just wearing pretty clothes, makeup atau talking sweet... but beautiful comes from the inside. 

Tiada seorang pun sempurna dalam hidup ini. Mesti ada cacat dan cela. Adakah ketidaksempurnaan itu membuatkan kita menjadi seorang yang kuat? Atau hanya seorang yang sama seperti di masa lampau? 
That's it...

Trip to Jakarta - Part 5

Tiba masanya rombongan kami pulang ke tanah air..... (2hb-6hb Mac 2014)

Walaupun dah kena cari dan menyebabkan telefon tak henti berbunyi, ia langsung tak merosakkan mood saya. Beg dah penuh dengan souvenirs untuk keluarga dan kawan-kawan. Tentunya excited nak pulang ke rumah. :-)

Awal pagi dah gerak ke airport sebab flight jam 11 lebih. So gerak dalam 730AM. Keadaan cuaca agak berjerebu. Kadang-kala membuatkan tekak terasa sedih. Rasa rindu pula ngan Indonesia dan teringin nak pergi lagi. Makan dan barang-barang murah berbanding Malaysia. Still ada simpan duit rupiah, untuk kenangan dan mungkin boleh digunakan pada masa akan datang. Tak la banyak sangat. Cuma beberapa puluh ribu rupiah.

Masa si airport sempat makan puff yang sungguh sedap. Satu puff berharga rupiah 10,000 hingga 11,000. Saya amik sardine puff. Dan ada yang amik curry puff, durian puff dan pastel puff.

Rombongan kami naik MAS. Jadi kena transit to Kuala Lumpur terlebih dahulu. Memang kena keluar kejap beli bun Gardenia. Itu kiriman dari orang, perlu tunaikan juga. Hehehe...

That's all. Welcome back to Sabah :-)

I love Jakarta

Orang nak pergi kerja

Jerebu

Muka ntah apa-apa

Trip to Jakarta - Part 4

Hari ke-empat kami di Jakarta.... ada program kunjungan ke SMA Deponegoro dan SMA Muhammadiyah. Budak-budak kat sana semua baik-baik. Dengar cakap cikgu. Hehehe.... lagipun semuanya supporting. Di sekitar SMA ada banyak kucing. Mana tempat kunjungan kami confirm ada miaws. Apa lagi... excited la tengok.

Hrmmmm.... Yang menjadi masalah utama kami ada handphone kalau dah waktu petang mula la habis batery. Nak cas tak dapat sebab plug di sana lain dari Malaysia. Kena beli charger supporter lagi. Powerbank saya pun ada masalah. Pandai sot! Arghhh! Bila dah sampai hotel, berebut cas handphone sebab ada satu saja plug yang sesuai digunakan. Dinasihatkan untuk beli travel plug supaya tak terjadi apa-apa masalah. Boleh pula saya terlupa bawa plug saya. -_-

Petang tu dah habis program jalan ke Cempaka Mas sebab yang lain tak sempat shopping lagi. Saya dah enough, cuma window shopping saja. Ingat nak beli kasut kahwin tapi tak jadi. Di Sabah ada satu kasut saya berkenan sangat. Stick to the plan. Sempat makan A&W sebab di Sabah dah tak ada restoran tu. Rindu nak minum rootbeer dalam bekas yang besar dan akhirnya.... hajat dah tercapai!

Dah siap pusing... jalan-jalan..... balik tido.

Masjid dalam SMA Deponegoro

Selamat datang! :-)

Warung Nasi Ampera

Di SMA Muhammadiyah

Miaws! :-3

Jumaat, 7 Mac 2014

Trip to Jakarta - Part 3

Hari ketiga ada program kunjungan ke SMA Labschool Rawamangun dan Universiti Negeri Jakarta. Seronok jugalah bertemu orang-orang kat sana. Dapat rasa kuih-muih Indonesia. Tak banyak beza dengan kuih Malaysia cuma saiznya lebih comel. Dan orang Indonesia juga sukakan pedas. Ada certain kuih yang dimakan bersama cili padi hijau. Mula-mula tak berani makan tapi bila lagi nak try kan? Sedap juga. :-)

Dah habis program... kira nak pergi jalan-jalan ke shopping mall. Tak ingat apa nama complex tu tapi semuanya barangan berjenama. Ala-ala 1Borneo. Oleh kerana dah disetkan masa tiga jam untuk berada di complex tu dan saya pun tak tau nak beli apa, lastly tengok wayang. Banyak wayang hantu pula yang ditayangkan masa tu. Tak nak tengok wayang hantu, then tengok wayang Street Society. Wayang Indonesia. Pelakon memang cantik + handsome. Jalan ceta pun best.

Dah puas tengok movie, blah balik. Mata dah ngantuk. Yalah. Kalau di Malaysia jam 10pm, kat Jakarta baru jam 9pm. Tapi no hal la tu. Hehehe.... mesti nak enjoy di negeri orang. ;-)

Tugu di Universitas Negeri Jakarta

Kedai runcit di area Rawamangun

Tengah meeting

Muka penat -_-


Street Society

Kuih muih yang comel dan lazat

Trip to Jakarta - Part 2

Okay. Pada hari kedua pula tak ada program apa-apa. Sepatutnya ada perjumpaan dengan satu universiti tapi lastly tak jadi. Jadi awal pagi lagi dah turun ke Tanah Abang, favorite shopping mall untuk beli barang dengan harga yang murah. Tempat tu besar dan ada beribu kedai kecil menjual barang seperti baju, tudung, kasut, souvenirs, kain dan lain-lain. Paling kurang kalau nak shopping sana memerlukan masa selama tiga jam. Itu masa minimum! Sebab tak tau mana satu yang nak dipilih.... mata pun jadi rambang. Kepala asyik tengok kedai sebelah kiri dan kanan.

Hari tu cuaca cerah sekali. Jalan macet bangat. Padahal tempat yang nak dituju tak la jauh. Susah nak cari traffic light kecuali di jalan raya besar. Orang sana drive ikut kepala sendiri tapi masih bertimbang rasa. Tak ada marah-marah kalau keta lain cross the line. Hon keta tu dah jadi budaya mereka. Kalau tempat kita.... baru kena hon skit dah marah ek. 

Makanan di Jakarta sedap. Dah siap pergi membeli belah.... terus rehat di hotel. Oleh kerana malas nak turun balik beli makanan, jadi pesan makanan hotel saja. My colleague makan Mee Goreng Jawa dan saya makan Nasi Goreng Istimewa. Sedap. Sebelum tu masa first day ada try makan mi goreng tapi rasanya macam kon lou mee. Juga dah rasa martabak manis (kalau di sini dipanggil kuih bulan). Tapi campurannya berbeza sedikit sebab ada letak cheese dan coklat. Okay la. Rasanya saya sampai ke Jakarta asyik makan saja. Bila la nak kurus kalau gini. Malam pula makan di Garuda. Nasi padang. 

Setakat ni semua baik-baik saja di Jakarta. ^^

View of Jakarta

Macet!

Tanah Abang. Yeah

Nasi goreng Istimewa. Served dengan keropok goreng, satay, ayam, acar dan udang

Restoran Garuda - Masakan Padang

Nasi goreng Gila?