Ahad, 16 Februari 2014

Siapa Simpati Dengan Mereka?


Awal tadi pagi saya pergi hantar my aunty ke terminal bas KK-MENUMBOK. Lepas tu pulang macam biasa lalu flyover Petagas. Tiba-tiba nampak ada benda bergerak-gerak di tepi jalan. Dari jauh tak nampak, sekali tengok anjing tengah terkapar-kapar. Hati terus rasa lain tengok anjing tu berdarah. Jalan depan sikit lagi, ada lagi seekor anjing mati kena langgar (mungkin kawan dia). Pilu hati saya.... kenapa la orang sanggup langgar macam tu saja. Awal pagi macam tu mana ada banyak kereta. Kenapa langgar juga. Tak boleh elak kah? Kenapa dah nampak anjing tengah lintas jalan pun bawa laju juga. Kenapa tak ada rasa kasihan dengan binatang? Hanya Allah yang tahu.

Saya sebenarnya fobia kalau tengok binatang sakit. Sebab di rumah banyak kucing, jadi banyak juga yang dah mati. Biasanya saya yang akan jadi penjaga kucing sakit. Sama ada jadi sihat atau tak, semua di tangan Tuhan. Kalau kucing sihat kembali, saya gembira. Tapi kalau rasa tak ada harapan, tu la saat yang paling buat saya sedih.... Sebab kalau dah hantar pergi klinik kena ada penjagaan susulan. Tak semestinya dah hantar klinik, kucing terus baik. Walaubagaimanapun kena jaga juga sampailah dia dah tak ada lagi. Bila dah jadi macam tu balik-balik, tu yang buat saya fobia tengok binatang sakit. Sebab takut tak boleh diselamatkan.....

Oleh kerana saya begitu takut tengok benda begitu, pernah sekali tu saya rasa macam nak pengsan dalam kereta. Malam tu saya balik kerja. Tiba-tiba keta depan saya tu mengelak pergi kanan. Rupanya ada anjing putih kena langgar. Saya pun terus elak juga. Terkejut punya pasal terus jadi semput. Yang buat saya rasa kesian, saya dengar suara anjing tu bunyi sakit. Fikiran dah melayang, 'anjing tu tak mati lagi? Saya ada terlanggar juga dia kah? etc'. Saya called kawan saya. Kawan saya suruh stop tepi jalan amik.nafas. masa tu tangan saya dah ketar-ketar. Pening semacam sebab terkejut. Aihhh.... betul-betul tak leh blah.

Saya sokong SPCA....!

Kita sebagai manusia, yang punya fikiran dan perasaan. Bila tertengok gambar binatang kena seksa, tak sanggup dah. Dalam Facebook terus klik 'hide from my timeline'. Manusia jenis apa yang tidak berhati perut? Atau mereka-mereka ini belum terkena balasan lagi. Berdosanya..... mereka hanya fikir hidup di dunia, keseronokan menyeksa binatang... tetapi di akhirat nanti apa akan terjadi.

Kalaulah saya ada peluang, saya nak cadangkan untuk ketatkan undang-undang pasal binatang di Malaysia. Macam di USA. Apalah perasaan pelancong yang datang ke negara kita dan tengok ada binatang kena langgar dan dibiarkan macam tu saja di tengah jalan...

Adakah kita semakin hari semakin kejam? Mengapa? Manusia sesama manusia pun dilakukan sedemikian hal, apatah dengan lagi binatang.

Dulu masih ingat lagi suka main basikal ngan kawan. Tiba-tiba dengar bunyi kucing mengiaw. Cari.... tak juga jumpa. Sekali tengok ada orang bungkus kucing tu masuk dalam plastik, then buang masuk bakau. Cuma plastik tu tersangkut di akar pokok bakau, jadi kucing tu masih boleh bernafas. Kejamnya......!! So kawan saya yang sorang ni agak berani juga masuk bakau dan amik plastik tu. Lalu dikeluarkan kucing. Bawa balik rumah kawan dan bagi minum susu. Then ada kawan sorang lagi amik bawa balik jaga. Masih ada yang berhati mulia. :-)

Sedarlah wahai manusia. Pilihan di tangan kita. Jangan menyesal di kemudian hari. Tuhan itu Maha Adil.

2 ulasan:

  1. Aku memang tak tahan kalau bab2 tengok binatang terseksa ni. Tak kisahlah binatang jenis apa. Kalau sengaja diseksa, tu yg aku tak tahan tu.

    BalasPadam

Terima kasih!