Khamis, 6 Februari 2014

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 2

Saya pun tak tau la, tapi kalau sesiapa yang tak biasa tinggal di rumah saya, kadang-kadang menakutkan juga. Ni ada sedikit cerita seram terkumpul yang berlaku di rumah saya... Sebelum ni dah pernah tulis pasal Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 1. Klik link ini kalau nak tau ceta dengan lebih lanjut.


1. Pagar Terbuka Sendiri, Anjing Berbunyi Tapak Kaki Kuda
Hari tu masa abang saya nak kahwin.... kami sibuk buat preparation. Adik saya ni liat sikit. Tengah malam baru nak pasang kain di khemah. Saya malas nak layan jadi saya tak join sama. Dia pergi ngan aunty saja. Tiba-tiba mereka berdua ni lari masuk balik dalam rumah. Saya dah nak naik atas tido dah time tu. Adik tanya, saya yang buka pintu pagar ke? Saya cakap tak. (pintu pagar automatik. Kena tekan button kalau nak buka). Tapi yang peliknya pagar tu tak buka semua. Buka separuh saja. Mereka pun keluar balik pasang kain khemah buat tak tau apa-apa. Bukan sekali tau... Dua kali pagar tu terbuka. Tiba-tiba dengar bunyi tapak kaki kuda berlari. Mencari juga bunyi tapak kaki yang kuat tu. Rupanya ada anjing berlari di tepi jalan. Tapi yang hairannya apasal bunyi kuat semacam macam tapi kaki kuda? Pendek ceta... terus masuk rumah. Dah masuk rumah, aunty sempat tengok kat tingkap cek apa sebenarnya yang berlaku. Then ada benda putih pula lalu. Apa lagi.... Esok sambung menghias.

2. Bunyi Tapak Kaki Siapakah itu?
Kali ni ceta banyak pasal bunyi tapak kaki pula. Berlaku selepas hari pertunangan saya. Malam tu semua pun dah penat. Santai duduk di ruang tamu sambil ceta. Abang saya ni turun tangga dari atas sebab dia nak pergi jalan. Jadi aunty saya sangka dia turun ngan wife dia. Sebab dengar banyak bunyi tapak kaki. Aunty saya ni pun bercakap la dari bawah "baik-baik turun...." (sebab isteri abang saya pregnant). Tapi dah abang saya turun, tak ada pula isteri dia ikut sama. Aunty saya ni hairan dan tanya mana isteri. Abang saya kata isteri tak ada. Sambut Gong Xi Fa Cai ngan sepupu (isteri abang saya Sino Kadazan). Tu yang abang saya nak keluar sebab nak amik isteri dia. Aunty jadi bingung. Dia kata dia dengar bunyi tapak kaki lain ikut turun cuma bunyi tu kuat macam orang pakai kasut. Bukan aunty saya saja yang dengar, cousin and aunty sorang lagi pun dengar juga. Tapi saya dan mum tak dengar apa. Semua pun hairan....

3. Kepala Nak Masuk Rumah
Ni lagi seram. Memang di rumah saya tu selalu dengar benda mengengsot di atas atap. Then dengar bunyi pasir atau batu berguguran. Tapi kami biasanya buat tak tau saja. Jiran kata kalau bunyi tu ada penanggalan lalu. Tapi iyalah.... manatau burung ke apa ke.... Hari tu jiran ada ceta yang dia nampak kepala orang tinjau di tingkap bilik dia. Yang hairannya bilik dia kat tingkat atas. Agak menakutkan juga ada kepala boleh sampai then mengendap di tingkap.

Kali ni berlaku di rumah saya pula. Malam tu lebih kurang jam 1.30AM. Orang semua dah tidur. Tiba-tiba adik saya terbangun sebab ada benda bising di tingkap. (Tingkap pasang pagar dan net). Dia buat tak tau saja dan harap benda tu blah. Lama-lama makin kuat dan makin laju dia mengasakkan diri nak masuk. Jadi adik saya terus pusing tengok tingkap. Tak jelas sebab ada langsir tutup. Tapi nampak bayangan. Ada benda bulat warna hitam macam bentuk kepala nak masuk dalam tingkap. Memang seram. Adik saya dah rasa lain then dia azan. Lepas tu benda tu perlahan-lahan berundur dan dengar bunyi mengengsot sebelum dia blah. Esok pagi tengok tak ada kesan apa-apa melekat di tingkap. Kot ada rambut ke, darah ke, lendir ke tapi tak ada....

P/S - Bunyi mengengsot tu dikatakan perut yang menyeret di tingkap. Bunyi pasir dan batu gugur dipercayai mungkin benda-benda yang terlekat di perut dia lalu tergugur. Biasanya pada malam tertentu atau kekerapan berlaku pada malam Jumaat, anjing liar di kawasan tempat tinggal saya selalu melolong. Kejadian berlaku seawal jam 10PM hingga jam 3AM.

Apa yang lebih menghairankan, kengkadang ada bangau hitam bertenggek di atap rumah saya. Bukan waktu siang. Hanya bertenggek waktu Maghrib atau tengah malam. Bentuk bangau tu besar dan lebar. Selalunya seekor atau dua ekor sahaja. Adakah bangau tu yang nak masuk dalam rumah dan mewujudkan bunyi engsot? Hanya Allah s.w.t yang tahu. Hindarkan dari perkara ini berlaku lagi. Allah hu alaam....

2 ulasan:

Terima kasih!