Isnin, 24 Februari 2014

Kursus Pra-Perkahwinan untuk Kesejahteraan Hidup

Tanamkan niat di hati menghadiri kursus pra-perkahwinan bukan kerana sijil, tetapi untuk menimba ilmu pengetahuan. In Shaa Allah, ilmu tersebut diberkati.
-
-
-
-
-
-
Alhamdulillah..... betul-betul rasa perubahan selepas menghadiri kursus selama dua hari di Wisma Muis. Sebelum ni rasa lack of inspiration, kerja pun macam tak ada semangat nak buat... Bermula pada hari ini seperti dikurniakan semangat yang baru. Sebenarnya saya telahpun menghadiri kursus pra-perkahwinana. Sepatutnya venua asal adalah di Papar tapi dipindahkan ke Wisma Muis. 

Kepada pasangan yang bakal berkahwin di Sabah, anda boleh mendaftar kursus pra-perkahwinan di Mawaddah Management,  Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah. Bayaran untuk seorang adalah RM100 (termasuk minum pagi, makan tengahari, processing fee, alat tulis dan buku). Kursus diadakan selama dua hari pada Sabtu dan Ahad. Tarikh kursus akan ditentukan oleh pihak penganjur. Venue adalah di Wisma Muis atau Papar. Lepas hadir atau sebelum menghadiri kursus, anda juga perlu beli borang kebenaran kahwin, Tingkat 1, Wisma Muis. Harga borang RM5 sekeping.

Untuk pakaian, haruslah sopan. Lelaki berkemeja dan berseluar slack manakala perempuan memakai baju kurung dan bertudung. Dilarang sama sekali memakai jeans. Kursus pra-perkahwinan wajib dihadiri oleh pasangan yang bakal berkahwin. Masa itu emas. Pastikan datang awal seperti yang ditetapkan, kalau tak... kena hadir kursus sekali lagi. Pilihlah tempat duduk yang paling hadapan. ^^ Semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan dimanfaatkan.

Kursus ini bukan hanya dapat menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi memberi motivasi dan mengajar pasangan bagaimana untuk menghadapi hidup berumahtangga. Kursus ini betul-betul memberikan motivasi kepada saya dan juga peserta yang lain. Bukan sahaja mengajar tentang Akhlak dan Akidah, malah mengajar bagaimana untuk mengawal perbelanjaan dan keperluan hidup pasangan. Peserta juga boleh berkenalan dengan para peserta yang lain. :-)

Selamat menghadiri kursus perkahwinan. Semoga semuanya berjalan lancar.

22 ulasan:

  1. Boleh tanya tak , kursus pra kahwin dah implement ujian asas pengetahuan agama islam ke (dlm bentuk apa )?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni kursus yg sy hadir x perlu hadir apa2 ujian lagi. Hanya kursus selama 2 hari sahaja :-)

      Padam
  2. tym bulan puasa , adakah kursus kahwin? cuz skg tgh tggu my fiance balik cuti 21 ary bln nie. tp kmu ckp kursus nie cuma buat ary sbtu n ahad jak kn. so , sy tgk kalendar ary sbtu n ahad brsamaan ngan 28 n 29 ary bln , tym tuh kn dah start puasa , adakah kursus tym bln puasa nnty?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Tarikh ditetapkan oleh pihak penganjur kursus.
      Kalau kamu tinggal di area Kota Kinabalu boleh call terus ke Mawaddah Management di:

      No Telefon: 088-255272
      Mawaddah Management, Tingkat 1, Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.

      Selain area KK, boleh call terus ke pejabat JHEAINS. Maklumat lanjut boleh buka ke laman web mereka di http://www.jheains.sabah.gov.my/portalncr/

      Padam
  3. Salam nak tanya , kursus kahwin di buat sabtu ahad ? Wktu bkrja xda ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Biasanya dibuat pada Sabtu dan Ahad sahaja

      Padam
    2. Kursus anjuran Mawaddah Mangement (utk area KK) biasanya dibuat Sabtu Ahad. kalau daerah lain kena contac terus JAHEINS dan mungkin di hari lain pun ada juga. Sbb ada kenalan attend kursus pada hari bekerja

      Padam
  4. Assalammuallaikum..sy kaz dari kk..sy nak tanya mcm mana sy mau booking kursus pada bulan sept,blh kah hubungi sy d talian 0107717471

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam. Kalau area KK boleh contact terus ke Mawaddah Management iaitu syarikat yang dilantik oleh JAHEINS. No Telefon: 088-255272. Alamat:

      Mawaddah Management, Tingkat 1, Blok B Wisma MUIS Kota Kinabalu.

      Kalau mau datang sana terus lagi bagus. Boleh book terus dan bayar yuran RM100 seorang. Boleh pilih tarikh yang telah ditentukan oleh syarikat tersebut.

      Padam
  5. Assalammuallaikum..sy nur dr keningau,sy nk tanya..ada tak no fon jaheins lain selain no Telefon: 088-255272 ..sebab banyak Kali da sy call takde org jawap..2 minggu da sy Cuba call..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam. kalau dari keningau boleh contact terus Jaheins daerah Keningau. Boleh call di talian 087-331351 / 331352 atau Faks: 087-339957.

      Hanya daerah Kota Kinabalu yang menggunakan Mawaddah Management kalau mau amik kursus kahwin. Talian 088 255 272 tu adalah talian Mawaddah Management. X pasti pula kenapa x ada orang jawab....

      Harap membantu :-)

      Padam
  6. asslmwalaikum..sy md azhar(Kota Kinabalu),ingin brtnya..kursus ni khas tuk yg bakal brmhtngga...sekira sy blm tba msa mndrikn rmhtngga bole x sy mnghadiri kursus ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikumusalam Md Azhar. Saudara boleh menghadiri kursus pra perkahwinan walaupun belum berhasrat utk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. :-)

      Padam
  7. Assalamualaikum.. boleh tanya saja..kalau boleh seorang masuk belajar pekak.. saya nak belajar kursus kahwin..

    BalasPadam
  8. Slm,mo tanya baa klu mo isi borang kursus kwen tu baa..mo bawa apa tu arr??
    (Mksd sy tu gmbr psprt kaa etc:)

    #minta jasa baik puan@tuan =)

    BalasPadam
  9. Slm,mo tanya klu mo isi borang kursus kwen apa dokumen yg perlu bawa arr..(gmbr psprt etc:)

    Tolong2 lu org susah..Ty :-D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Bawa duit ja. RM10 untuk satu borang. Kalau beli borang di MUIS, kalau bole ready not kecil RM10 sebab hari tu ada juga orang lain mau beli borang tapi bayar guna RM50, dorang xda duit kecil mau tukar. Terpaksa pergi turun lagi tukar di kedai2 runcit. Duit kecil utk memudahkan ^^

      Padam
  10. Salam...tarikh kursus utk bulan Ogos, September, Oktober & November 2015.TQ

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum,sy ingin brtanya apaka syarat2 pemegang imm13 @pn borang2 yg dperlukn utk mnghadiri kursus pra prkhawinan ini??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumusalam wbt... tidak perlukan apa2 borang. Hanya daftar diri di pejabat dan pilih tarikh yg disenaraikan.

      :-)

      Padam
    2. Wa'alaikumusalam wbt... tidak perlukan apa2 borang. Hanya daftar diri di pejabat dan pilih tarikh yg disenaraikan.

      :-)

      Padam
  12. Diorang ni Jumaat cuti ka? Saya pigi sana tadi tutup pulak. Aduhai

    BalasPadam

Terima kasih!