Jumaat, 7 Februari 2014

Cerita 7 Februari 2014

Rasanya perlu sedikit inspirasi supaya minda terbuka balik untuk buat kerja dengan baik.... -_-

Hari ni kira nak pergi tengok wayang Robocop tapi tak jadi sebab masa tak sesuai. Lagipun esok kena bangun dan jalan awal sebab ada program amal di Binsulok, Membakut. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Okay. Saya dapat hadiah daripada Hafiz. Karya Khalid Salleh, 'Melayu Hilang di Dunia'. Ingat nak baca malam ni tapi postpone pergi esok sebab takut terleka baca buku terus tak ingat tido. By the way, thank you Hafiz :-)

Tadi pergi makan di Old Town. Tak pernah try minuman organic lagi. Jadi kali ni try. Spirulina + orange, harga RM6.30. Rasa masam-masam manis. Good la! Bagi yang ingin mengekalkam kesihatan, boleh pilih minuman tu. :-) Makanan pula pilih Old Town Chicken Rice (BBQ). Pun sedap juga.

-
-
-

Suka baca sejarah, kisah seram, biography, mitos dan lagenda, kisah non-fiction. Pendek kata... cerita yang ada fakta, pernah dibualkan orang dan mungkin pernah terjadi.

Baru-baru ni addicted baca artikel pasal pembunuhan kejam yang pernah berlaku. Misalnya Otaku Killers... pembunuh yang gemar membaca komik ganas dan mempunyai koleksi wayang bergenre thriller. Dan lagi.... pembunuh yang famos di London, Jack the Ripper. Juga.... Issey Igawa... iaitu seorang kanibal tetapi terlepas dengan hukuman undang-undang. Bagaimana pula dengan gadis Jepun yang diseksa selama 44 hari dan dibiarkan mati keseorangan selepas tahun baru? Junko Furota. Video pembunuhan John F. Kennedy yang menyayat hati. Yang paling menyedihkan jasad Canny Ong yang dibakar, Mona Fendy... seorang bomoh yang berkata 'aku takkan mati' sebelum beliau dihukum gantung..... etc. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala. Nak tengok gambar-gambar crime scenes boleh tengok dalam Pinterest. Dinasihatkan kepada yang kurang menggemari kisah seperti ini untuk tidak cuba menekan butang search. 

Heh. Lari cerita dah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!