Jumaat, 28 Februari 2014

Bulan dan Zuhrah Berdekatan?

Pada 26 Februari 2014, dimaklumkan bahawa planet Zuhrah akan berada dekat dengan bulan. Saya bangun awal dan bertolak dari rumah ke tempat kerja pada jam 6.10AM. Waktu tu keadaan tak berapa terang lagi. Dan saya memang tak tau fenomena Zuhrah berada dekat dengan bulan. Bila dongak ke atas, saya nampak bulan dan cahaya seperti bintang tapi tak berkelip begitu terang sekali. Hampir dengan diri masing-masing. Dah sampai office.... bukalah Facebook, barulah saya tau sebab ada kawan-kawan yang share story. 

Tapi gambar yang ni saya amik pada 27 Februari 2014. Sekali lagi saya mendongak ke langit, saya nampak bulan dan bintang bercahaya terang. Tak terlalu dekat antara satu sama lain. Tak seperti kelmarin. Saya pun amik gambar. Saya percaya yang bintang kecil itu adalah planet Zuhrah. Sebab kenapa? Planet Zuhrah atau pada mulanya dipanggil sebagai bintang Kejora adalah planet yang paling terang bila dilihat dari Bumi. Beza untuk mengetahui bahawa itu adalah planet atau bintang ialah.... bintang berkelip manakala planet tidak berkelip. Planet Zuhrah boleh dilihat dengan jelas pada waktu awal pagi (subuh) dan senja. Kalau nak tengok planet Marikh pun boleh juga. Cari cahaya yang tidak berkelip dan berwarna merah. 


Kalau nak yang lebih jelas, boleh download application planet finder dalam Android anda. Bukan sahaja boleh cari kedudukan planet, malah kedudukan buruj juga boleh dilihat dengan senang.


 Bulan
Zuhrah

P/S - Credit photo NASA

Khamis, 27 Februari 2014

Satay Sedap di Alam Mesra

Siapa peminat satay di sini? Mari nak promote.

Dulu suka lepak ngan kawan makan satay best di Alam Mesra. Memang sedap la. Order satay kambing, ayam, daging. Gerai satay tu dekat restoran Getaran Jiwa. Tapi sekarang restoran dah tukar ke restoran lain. Gerai satay tetap ada.

Tapi ada lagi satu gerai satay yang sedap berhampiran sana. Terletak berdekatan Tiara Tom Yam, Alam Mesra. Marvellous! Sungguh enak. Nasi himpit pun masak dengan sebati. Kuah kacang aroma lazat. Rasa pun lazat. Ada jual satay kambing.. ayam dan daging. Saya pun tak ingat berapa ntah harga secucuk tapi harga standard la. Daging satay tak terlalu nipis ataupun terlalu tebal. Jadi senang dikunyah dan makan pun puas hati. 

Rasa cam nak makan lagi


Rabu, 26 Februari 2014

Have A Nice Tea!

Tea lover ^^ Hehehe....

Orang yang kenal ngan saya mesti tau saya suka minum teh. Mana-mana pun teh. Paling favorite adalah teh dengan ais. 

Teh ada banyak khasiatnya. Dengan syarat, kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.  Jadi mesti ada stok teh sama ada di rumah atau di office. Masa tengah sejuk kena aircond ni best minum teh. Rasa segar saja badan. Kalau ingin mengetahui sejarah mengenai teh, boleh klik History of Tea.

Peppermint tea

Selasa, 25 Februari 2014

O_o Huah??

Hari ni macam banyak kali pula pening kepala. Dan tiba-tiba pandai rasa berat + tak dengar apa-apa. Apakah yang telah terjadi? Ngeeeennngggg....

Sebenarnya pening pasal kerja sahaja. Harap semuanya okay. Walaupun some orang kata duduk buat kerja dalam office tak penat, aircond ada.... tapi sebenarnya mental yang penat. Itulah namanya cari rezeki. Usaha tangga kejayaan. Dulu selalu minta duit ngan mum and dad. Sekarang bila dah besar, dah pandai cari duit sendiri baru rasa macam mana penatnya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Amin....

Tengah senaraikan jemputan..... takut ada yang termiss. Venue dah ada cuma tarikh berubah. Tak apa, yang penting semua berjalan lancar. Syukur alhamdulillah. Thanks to Hafiz, aunty and uncle kerana banyak membantu. ^^

Okay. Passport saya dah dijumpai. Phew! Jadi bolehlah travel. Cuma yang bikin bingung urusan di sebelah sana nanti. Lepas tu big boss terus datang. Betul-betul super busy Mac ni. Rasanya akan berterusan selama beberapa bulan lagi. Then akan amik long..... long vacation. Harap dapatlah. Haha.

Last night lepak makan di Grace Point sebab Hafiz jumpa ngan kawan dia. Tapi yang saya highlight kat sini adalah makanan di gerai Baba dan Nyonya tu memang best. Saya suka makan nasi putih ikan tenggiri goreng. Masakan sayur pun sedap terutama sayur manis campur telur. Kalau ada masa saya buat entry pasal makanan yang ni pula.

Tamat entry ni.

Isnin, 24 Februari 2014

Senyum :-)

Everyday adalah hari yang istimewa. ^^

Sweet Passion

Chicken Rice yang best!

Thank you Hafiz!

Kursus Pra-Perkahwinan untuk Kesejahteraan Hidup

Tanamkan niat di hati menghadiri kursus pra-perkahwinan bukan kerana sijil, tetapi untuk menimba ilmu pengetahuan. In Shaa Allah, ilmu tersebut diberkati.
-
-
-
-
-
-
Alhamdulillah..... betul-betul rasa perubahan selepas menghadiri kursus selama dua hari di Wisma Muis. Sebelum ni rasa lack of inspiration, kerja pun macam tak ada semangat nak buat... Bermula pada hari ini seperti dikurniakan semangat yang baru. Sebenarnya saya telahpun menghadiri kursus pra-perkahwinana. Sepatutnya venua asal adalah di Papar tapi dipindahkan ke Wisma Muis. 

Kepada pasangan yang bakal berkahwin di Sabah, anda boleh mendaftar kursus pra-perkahwinan di Mawaddah Management,  Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah. Bayaran untuk seorang adalah RM100 (termasuk minum pagi, makan tengahari, processing fee, alat tulis dan buku). Kursus diadakan selama dua hari pada Sabtu dan Ahad. Tarikh kursus akan ditentukan oleh pihak penganjur. Venue adalah di Wisma Muis atau Papar. Lepas hadir atau sebelum menghadiri kursus, anda juga perlu beli borang kebenaran kahwin, Tingkat 1, Wisma Muis. Harga borang RM5 sekeping.

Untuk pakaian, haruslah sopan. Lelaki berkemeja dan berseluar slack manakala perempuan memakai baju kurung dan bertudung. Dilarang sama sekali memakai jeans. Kursus pra-perkahwinan wajib dihadiri oleh pasangan yang bakal berkahwin. Masa itu emas. Pastikan datang awal seperti yang ditetapkan, kalau tak... kena hadir kursus sekali lagi. Pilihlah tempat duduk yang paling hadapan. ^^ Semoga ilmu yang diperolehi diberkati dan dimanfaatkan.

Kursus ini bukan hanya dapat menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi memberi motivasi dan mengajar pasangan bagaimana untuk menghadapi hidup berumahtangga. Kursus ini betul-betul memberikan motivasi kepada saya dan juga peserta yang lain. Bukan sahaja mengajar tentang Akhlak dan Akidah, malah mengajar bagaimana untuk mengawal perbelanjaan dan keperluan hidup pasangan. Peserta juga boleh berkenalan dengan para peserta yang lain. :-)

Selamat menghadiri kursus perkahwinan. Semoga semuanya berjalan lancar.

Ahad, 23 Februari 2014

Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki oleh Zamri Mohamad

Hari ni kursus hari kedua dan Alhamdulillah.... semua berjalan dengan lancarnya. Jadi ingin mengucapkan thank you kepada Hafiz kerana sudi belanja buku ni. ^^ Hehe... sebenarnya kira nak beli sendiri sebab tak nak Hafiz tertengok tajuk buku tu pula, akhirnya kena panggil juga suh bayar sekali. :-b

Selain itu siapa yang nak beli baju-baju muslimah dan buku agama, boleh pergi ke Wisma Muis.

Jadi dapat beli buku ni dengan harga RM21 iaitu harga Semenanjung. Harga bagi Sabah & Sarawak sepatutnya RM24. Beli di Tamma, Wisma Muis.

Isi kandungan ringkas dan menarik. Setakat ni dah baca sampai ke tips ke 16. Moga dapat dipraktikkan sekarang mahupun selepas mempunyai ikatan yang sah nanti. Paling saya suka baca part cemburu buta. Sekali lagi... CEMBURU BUTA. Cemburu itu tandanya sayang, tapi cemburu buta memudaratkan pasangan dan juga diri sendiri. Jangan mudah berprasangka buruk terhadap pasangan. Fahami personalitinya.

Untuk lain-lain tips anda boleh beli buku ini. Dapatkan di kedai buku berhampiran.

Assalamualaikum!

Lovely February... Busy March

Wah. Awal pagi yang dingin. Dah pakai selimut, stoking, seluar panjang dan kipas dah perlahankan nombor 1 pun still sejuk lagi.

Berfikir bagaimana nak hias bilik saya ni... kira nak lekat wallpaper saja... tak perlu cat -_- masih berfikir... hrrmmm.....

Aiyoh! Bulan February dah nak habis. Sedihnya. Dah nak masuk bulan Mac dan akan menjadi super busy. Awal bulan.. errr outstation lima hari, lepas tu big bos datang satu minggu... etc. Isnin ni dah bertekad untuk mulakan rutin lama.... fitness!! Oh yeah. Aihhh. Mana saya letak passport saya. Dah lupa... aihhhh... -_- dah cari tapi tak jumpa.

Jadi minggu ni agak kurang rehat di rumah. Hari ni second day kursus dan harap after habis session, boleh bersuka ria sikit. Hehe. By the way ceramah yang disampaikan semuanya bagus dan amat bermanfaat.

Yesterday makan di Fish & Co. di Warisan Plaza. First time makan di sana. Sedap juga masakan dan penyampaian juga begitu kreatif... kami seakan-akan makan di dalam kuali (sebab pinggan tempat makanan tu berbentuk kuali). Haha. Saya pilih menu Grilled Boneless Chicken yang diserved bersama kuah mangga masam manis dan coselaw. Saya bukan peminat coselaw tapi yang ini memang enak. Perfect! Ada kismis lagi. Yum yum. Harga RM20.90. Cawangan Fish & Co. boleh adalah di 1Borneo dan Warisan Square.



Bila balik rumah siap sedia dah kucing semua menunggu dengan mata bersinar. Nak kata dah makan... dah. Mungkin hanya untuk bermanja-manja. Ada 2 ekor lagi anak kucing baru. Comel. Warna mix tapi bila tengok dah jadi macam warna coklat. Satu lagi perut dah besar. Tak lama lagi nak beranak dah. Kalau dapat baka kucing bulu tebal kan best. ^^ mesti saya gembira. Jadi menunggu berita baik saja. Sebenarnya tak kisah dapat baka apa cuma excited kalau kali ni dapat yang lain sikit. Hiiii.....

Sabtu, 22 Februari 2014

Manusia...

Biar jahat mulut tapi hati baik. Tipulah! Orang yang baik takkan keluarkan kata-kata kesat..... Sekali imbas terbaca ayat tu dalam Facebook. Tak tau cam mana ayat yang sebenarnya tapi maksudnya macam itu la.

Ya.... orang yang baik takkan berani gelar orang lain dengan gelaran yang bukan-bukan. Tak berani tuduh orang lain dengan bermacam hal. Tak pernah terlintas di hati pun untuk menghalang persahabatan orang lain.... Tak berani merosakkan harta benda milik orang lain. Juga tak akan bersikap pura-pura.

Nak berubah. Nak mulakan hidup baru. Tapi dimana kebenarannya? Kenapa iri hati? Kenapa menyimpan dendam? Lama-lama nanti hati makin kotor... lepas tu berulat dan busuk. Sayangnya. Kalaulah bau busuk itu nyata, tentu tak ada siapa yang berani buat jahat.

Bersabar. Kerap kali dianggap hina, hanya mampu berdiam diri sahaja. Yalah.... kan dah kata.... bersabar. Jarak kesabaran itu tiada hadnya.

Jangan hanya memandang sebelah mata. Sudah terang lagi bersuluh. Hak manusia sehalus pembuluh. Bila ditarik jangan mengeluh. Jadi kenapa perlu berlagak? Lumrah manusia.... sentiasa ingin menang. Biarkan saja..... tak semua begitu.

Kening berkerut..... Kenapa ada pelanduk dua serupa? Kebetulan? Jangan nama sama dah la. Takut orang lain confuse. Tersilap cerita, buruk padahnya.

Pastikah apa yang dikatakan itu benar? Jangan kata diri sebenarnya bukan seperti ini... walhal apa yang ditonjolkan lain daripada statement yang dibuat. Ah! Semua karut! Kalau dah namanya muka bertalam, semua pun karut belaka!

Dah dapat semuanya, lepas ni agaknya nak apa? Kalau dah suka tunggu apa lagi. Tunggu di gertak, baru kelam kabut bagai nak rak. Sudahlah! Lakonan. Boleh masuk uji bakat filem. Moga berjaya. Senang kaya, boleh bergaya.

Dah dapat semuanya, tapi mana kehidupan baru? Bila nak habis? Asyik dilayan hati yang panas.... Ingatlah wahai diri. Pilihan itu sentiasa ada. Diri yang memilih untuk menjadikan cerita sedemikian rupa. Teruskanlah. Teruskan berbakti. Walaupun mungkin sia-sia... ataupun tidak.

Menangislah sepuas-puasnya.

Engkau hanya rangka dengan hati yang ranap.
.
.
.
.
.

Sekian
.
.
.
.

Jumaat, 21 Februari 2014

Cinta Saya dan Kamu - Bagaimana Cara Menjaga Hubungan Cinta?

1. Kawan Kamu adalah Kawan Saya
Salah satu cara menjaga hubungan adalah menganggap kawan si dia sebagai kawan kita juga. Kawan adalah penting. Lebih-lebih lagi bestfriend, kerana dengan bestfriend ni la mereka akan meluahkan segala masalah yang ada. Jika kita diajak keluar dan makan bersama rakan-rakannya, janganlah menolak dan jangan menganggap mereka sebagai "kacau daun". Cuba untuk mengenali mereka dan berbual-bual bersama mereka.

2. Saya Sokong Kamu! Tapi Kamu Kena Sokong Saya Juga!
Jika si dia mempunyai hobi seperti bermain bola sepak atau olahraga, tak salah kalau kita ikut serta untuk menyokong. Luangkan sedikit masa menemani dia dengan hobinya. Contohnya minggu ni kita dah teman dia tengok wayang kesukaannya, minggu hadapan pula giliran dia untuk temani kita menonton wayang mengikut citarasa kita.

3. Hari Ni Saya Belanja, Esok Kamu Pula Belanja
Soal belanja, jangan berkira.... Rezeki itu sentiasa ada. Kan seronok kalau hari ni, kita belanja pasangan dia.... esoknya pula, dia lagi belanja kita. Sensitiviti diperlukan. Buatlah cara bergilir-gilir supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pasangan.

4. Lucunya Kamu
Tak kira dalam kereta atau di mana sahaja, jangan abaikan pasangan kita. Jangan asyik dengan handphone sampai orang di sebelah pun kita tak peduli. Ia bukan sahaja akan merosakkan mood malah suasana bertukar menjadi bosan. Layanlah dia dengan sebaiknya kerana saat itu dikira sebagai kualiti perhubungan. Contohnya kalau dalam kereta, cerita sesuatu yang menggembirakan. Kalau boleh elakkan bercerita mengenai bebanan kerja kerana ia hanya akan membuatkan kita stress.

5. Saya Ada Something untuk Kamu
Tak salah untuk kita suddenly buat surprise kepada dia. Tak kira apa pun. Bagi bunga, coklat, kek atau tiba-tiba SMS "I Love You" kepada dia. Dia akan rasa dihargai. Percayalah.

Selamat mencuba ^^

Khamis, 20 Februari 2014

Kawan Selamanya : Ex 5C 2004

Tak kira di mana pun berada, kenangan tetap disimpan.

Saya amik SPM pada tahun 2004. Dulu masuk kelas 5 Cerdas, kelas paling kuat main, kelas yang paling kuat buat lawak dan paling nakal. Haha. Sampai cikgu pun ada yang fed-up ngan kami. Lastly masa result SPM keluar, kami juga antara yang teramai menyumbangkan keputusan yang cemerlang ^^ (Haha. Promote kelas sendiri dulu).

Itu dulu. :-)

Sekarang semua dah dewasa, masing-masing ada kerja.... ada yang dah kahwin dan ada anak. Ada yang jadi pegawai dan ada yang buat bisnes sendiri. Keep in touch macam tu saja di dalam Facebook. Sampailah salah seorang dari kami create group 5C 2004, memang gila-gila aktif group ni. Mana number yang saya tak ada pun dah jadi ada. Seronok kalau ingat kembali kenangan masa sekolah dulu.

Ntah. Ceta pasal koperasi la.... gelaran-gelaran pelik la.... adui.... banyak ceta. Lepas tu mesti tanya siapa dah kahwin... siapa belum.... dah berapa orang anak bla bla bla. Walaupun ada lagi yang tak add dalam group... tak apa. Akan dicari number sampai dapat. Siapa tak rindu ngan kawan-kawan sekelas dulu. Mesti excited gila kalau jumpa nanti.

Nanti kira nak buat reunion. :-)

Gambar kenangan sekolah dulu. Hehehehehe.... muka budak!!

Sama-sama :-)

Ada perlawanan bola sepak diantara PPUMS dan Istana. TYT juga hadir untuk menonton perlawanan tersebut.

Mula-mula saya tak join tengok bola. Ingat nak pergi tengok wayang tapi tak jadi juga sebab masa tak sesuai. Ada yang terlalu awal dan lewat. Jadi melepak sekejap di office bercerita dengan kawan. Dah puas sembang, baru blah pergi 1Borneo. Baru teringat kena pergi belikan selipar untuk Hafiz.

Saya ni jahat juga. Saya kata ngan Hafiz nak belikan selipar warna pink. Pergi la masuk kedai..... tak ada pula warna pink. Citt!!! Tak jadi kenakan la. Haha! Dah jam 9.00 malam, pusing balik pergi UMS nak tengok dah habis perlawanan atau tak. Rupanya tak siap lagi. Konon duduk la di stadium ingat nak melihat ke-terrer-an Hafiz main bola. Baru 1-2 minit.... lah..... dah habis main. 

Pas tu kami blah. Sebelum balik ada satu perkara kena buat..... makan! Singgah makan kejap baru go straight to home orang kata. Haha.

That's all. :-)

Dah habis da......

Selasa, 18 Februari 2014

101 Resepi Menggunakan Pemanggang Ajaib - Resepi Yang Ringkas tapi Menyelerakan

Teringat gambar makanan yang Hafiz masak hari tu. Macam sedap pula.

Di rumah ada pemanggang ajaib. Biasanya pemanggang tu digunakan untuk panggang ikan.... sosej atau ayam sahaja. Kebetulan hari tu jalan ke 1Borneo, masuk kedai buku Harris. Mula-mula tak tau nak pilih mana satu.... antara buku ni atau buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Oleh kerana mesti pilih antara satu, jadi saya pilih ni la. Lagipun harga murah sedikit banding yang satu lagi. Hehehe....

Buku resepi ini boleh didapati di kedai buku berhampiran. Kalau beli di Harris, harga RM25. Buku resepi ini juga available di kedai buku yang lain.

Agak mudah untuk mencuba resepi dalam buku ini kerana bahan yang digunakan tidak begitu banyak. Sesuai untuk individu yang ingin belajar memask. ^^Lagipun pemanggang ajaib tu memang the best la. Bagus, mudah digunakan dan senang dicuci. Ada juga resepi dalam buku ni yang tak perlu guna pemanggang ajaib pun boleh buat juga, cuma lebih mudah jika menggunakannya.

Setakat ni dah ada beberapa koleksi resepi ^^ Lepas ni nak try masakan luar negara pula. Yeah! 

Ahad, 16 Februari 2014

Sokong! Sokong!

Halamak.... cantiknya warna rambut Gyaru... -_-

Gyaru

Hari ni adalah penutupan Sukan Staff UMS. Saya hadir sebab nak sokong Hafiz main basketball. Urrgghhh! Banyak dah dia dapat medal. Campur bola keranjang, dapat tiga medal. Cittt!!! Tak aci'.

Best juga tengok mereka ni berlawan. Dari pagi 8.30AM sampai jam 10.30AM... saya duduk menonton perlawanan. Lepas tu baru blah kejap ke 1Borneo. Ingat nak cari tudung dan long dress untuk majlis tapi tak jadi. Hal gini kena bawa kawan juga untuk komen. Kalau tak nanti lain jadinya.

Saya ni agak boros berbelanja. Tak boleh pegang duit banyak di tangan. Mesti nak belanja.... tapi belanja tu bukan untuk saya seorang. Hari ni beli buku resepi.... junkies... kuih-muih.... peralatan rumah... kelmarin dah shopping baju dua helai... makanan.... kelmarin-kelmarin lagi la teruk... beli barang makanan RM100+ semuanya... malam tu ada jalan kejap pun sama juga.... etc... malas la ceta! Arggghhh.... Sebab tu kalau ada duit mesti masukkan terus dalam akaun satu lagi, masuk tabung dan suruh Hafiz simpankan. Tapi kira boros kah tu kalau saya berbelanja bukan untuk saya seorang? Ahhhh!!! Boros la tu sebab duit keluar juga. 
-
-
-
-
-
Berbalik kepada ceta sukan. Dah tu saya blah balik ke UMS selepas penat pusing di 1B. Singgah Kampung E beli plum green tea dan mango green tea. Sekarang dah jarang minum milky tea. Dulu selalu beli tapi sejak minuman tu rasa terlalu manis... tukar selera ke green tea lagi baik. Red tea pun sedap tapi kalau terlalu banyak tea boleh jadi pahit. 

Then, saya termiss cabutan bertuah. Datuk Pendaftar dah habis berucap baru saya datang. Tahniah kepada UMSKAL sebab menang pada kali ni dan bolot banyak cabutan bertuah. Apa-apa pun Twin Tower still the best. Hehehe....Ngam pula terjumpa kawan saya satu PLKN dulu. Dia kerja di UMSKAL, kebetulan turun KK juga sebab sukan staff. Jadi sembang la sekejap. Terus jemput datang majlis. In Shaa Allah datang katanya. 


Siapa Simpati Dengan Mereka?


Awal tadi pagi saya pergi hantar my aunty ke terminal bas KK-MENUMBOK. Lepas tu pulang macam biasa lalu flyover Petagas. Tiba-tiba nampak ada benda bergerak-gerak di tepi jalan. Dari jauh tak nampak, sekali tengok anjing tengah terkapar-kapar. Hati terus rasa lain tengok anjing tu berdarah. Jalan depan sikit lagi, ada lagi seekor anjing mati kena langgar (mungkin kawan dia). Pilu hati saya.... kenapa la orang sanggup langgar macam tu saja. Awal pagi macam tu mana ada banyak kereta. Kenapa langgar juga. Tak boleh elak kah? Kenapa dah nampak anjing tengah lintas jalan pun bawa laju juga. Kenapa tak ada rasa kasihan dengan binatang? Hanya Allah yang tahu.

Saya sebenarnya fobia kalau tengok binatang sakit. Sebab di rumah banyak kucing, jadi banyak juga yang dah mati. Biasanya saya yang akan jadi penjaga kucing sakit. Sama ada jadi sihat atau tak, semua di tangan Tuhan. Kalau kucing sihat kembali, saya gembira. Tapi kalau rasa tak ada harapan, tu la saat yang paling buat saya sedih.... Sebab kalau dah hantar pergi klinik kena ada penjagaan susulan. Tak semestinya dah hantar klinik, kucing terus baik. Walaubagaimanapun kena jaga juga sampailah dia dah tak ada lagi. Bila dah jadi macam tu balik-balik, tu yang buat saya fobia tengok binatang sakit. Sebab takut tak boleh diselamatkan.....

Oleh kerana saya begitu takut tengok benda begitu, pernah sekali tu saya rasa macam nak pengsan dalam kereta. Malam tu saya balik kerja. Tiba-tiba keta depan saya tu mengelak pergi kanan. Rupanya ada anjing putih kena langgar. Saya pun terus elak juga. Terkejut punya pasal terus jadi semput. Yang buat saya rasa kesian, saya dengar suara anjing tu bunyi sakit. Fikiran dah melayang, 'anjing tu tak mati lagi? Saya ada terlanggar juga dia kah? etc'. Saya called kawan saya. Kawan saya suruh stop tepi jalan amik.nafas. masa tu tangan saya dah ketar-ketar. Pening semacam sebab terkejut. Aihhh.... betul-betul tak leh blah.

Saya sokong SPCA....!

Kita sebagai manusia, yang punya fikiran dan perasaan. Bila tertengok gambar binatang kena seksa, tak sanggup dah. Dalam Facebook terus klik 'hide from my timeline'. Manusia jenis apa yang tidak berhati perut? Atau mereka-mereka ini belum terkena balasan lagi. Berdosanya..... mereka hanya fikir hidup di dunia, keseronokan menyeksa binatang... tetapi di akhirat nanti apa akan terjadi.

Kalaulah saya ada peluang, saya nak cadangkan untuk ketatkan undang-undang pasal binatang di Malaysia. Macam di USA. Apalah perasaan pelancong yang datang ke negara kita dan tengok ada binatang kena langgar dan dibiarkan macam tu saja di tengah jalan...

Adakah kita semakin hari semakin kejam? Mengapa? Manusia sesama manusia pun dilakukan sedemikian hal, apatah dengan lagi binatang.

Dulu masih ingat lagi suka main basikal ngan kawan. Tiba-tiba dengar bunyi kucing mengiaw. Cari.... tak juga jumpa. Sekali tengok ada orang bungkus kucing tu masuk dalam plastik, then buang masuk bakau. Cuma plastik tu tersangkut di akar pokok bakau, jadi kucing tu masih boleh bernafas. Kejamnya......!! So kawan saya yang sorang ni agak berani juga masuk bakau dan amik plastik tu. Lalu dikeluarkan kucing. Bawa balik rumah kawan dan bagi minum susu. Then ada kawan sorang lagi amik bawa balik jaga. Masih ada yang berhati mulia. :-)

Sedarlah wahai manusia. Pilihan di tangan kita. Jangan menyesal di kemudian hari. Tuhan itu Maha Adil.

Sabtu, 15 Februari 2014

15 Februari 2014 yang Meriah

Hari Sabtu yang menggembirakan. Yeahhh.....!!

My adek dah selamat melangsungkan pertunangan semalam (14 Februari 2014) bersamaan hari Jumaat. Walaupun saya nak amik cuti tapi rasa tak sedap hati sebab masih ada kerja yang tak siap, akhirnya saya minta kebenaran boss balik awal skit. Jam 3.30PM dah balik. Majlis mula after Maghrib. Sempat juga la tolong mummy. Straight to the point tak ada rehat. Nanti saya create satu page pasal pertunangan adek saya.
Jadi hari ni saya and Hafiz outing sama-sama sebab nak uruskan hal majlis kami berdua. Alhamdulillah semua okay dan berjalan lancar ^^ Happy sangat. Dalam kereta asyik ceta ntah apa-apa buat lawak. Ceria sikit. Hihi. 

Mula-mula makan di Sri Keningau di Putatan. Restoran favorite ni. Tu makan tengahari. Petang pergi makan di Pancake House. Sebenarnya nak makan Daing Na Bangus tapi tak jadi sebab ingat nak dinner di rumah. Ada beli cendawan tiram jadi teringin suruh mummy masak. Akhirnya makan pancake dan Hafiz makan wafel. Yummy!! Plus kami berdua makan taco!! Macamana la nak kurus ni. Asyik gembira... kuat makan!

Esok pagi nak hantar my beloved aunty ke terminal. Then pergi UMS teman Hafiz tournament basketball. ^^ So kena rehat awal tapi nampaknya sekarang dah dekat jam 12AM. Dah lewat... ~

Okaylah. Rasanya dah ngantuk. ^^ hhuuuaaaaa ~

Jumaat, 14 Februari 2014

Penipu Perniagaan Online..... Sila Berhati-Hati

Perniagaan secara online diwujudkan untuk menyenangkan individu berjual beli. Tapi sekarang ni dah makin banyak berlaku penipuan dan antara yang popular adalah di laman web Mudah.My. Mula-mula saya tak tau until kawan saya dah terkena dengan Sang Penipu ini. Ini bukan sahaja menjejaskan reputasi website malah menjejaskan perniagaan orang lain yang jujur. 
-
-
-
-
-
Macam ni cetanya.... Kawan saya nak beli Samsung Note secondhand. Harga RM900. Tapi orang tu suruh bank-in RM200 terlebih dahulu sebagai deposit dan selebihnya selepas barang sampai. Kawan saya ada call orang tu dan dia kata orang tu bercakap macam style orang baik-baik. Lembut saja....

Dah kawan saya bank-in, dia pun SMS kata "saya dah bank-in". Lepas tu orang tu boleh kata "awak dah kena tipu". Apa lagi... kawan saya marah la. Dia pergi sumpah orang tu dalam SMS. Orang tu boleh kata "whatever...". Memang tak boleh blah la. Itu cerita beberapa hari lalu yang dia kena tipu. Then baru dia bagitau saya. So kami berdua pun tengok la orang tu masih buat iklan atau tidak dalam Mudah.My. Dah jumpa link dia.... saya pun pura-pura jadi customer nak beli Note dia. Macam ni conversation tu:

SAYA : Salam. Samsung galaxy note masih availble? (11:06am)
PENIPU : Masih ada (11:50am)
PENIPU : Berminat?? (12:07am)
SAYA : Mcm brminat. Harga bole nego? (12:10pm)
PENIPU : Hrga kurng rm 790 (12:13pm)
SAYA : Mcm mana bole sy tgk brg tu. Bole jumpa d mana (12:15pm)
----------------------------------------------------------------------

Lepas tu dia tak balas dah. Mungkin sebab saya nak jumpa dia bersama barangan tu sekali dan bukan buat bayaran melalui bank-in. Then saya buka link dia dalam website Mudah.My. Saya klik button "Contact Advertiser" tapi tiba-tiba iklan tu dah kena remove. Haiiiiihhh.... cepatnya. Dah kantoi ke? Sebab tu cepat-cepat remove iklan? Saya tak puas hati then saya tekan butang refresh, memang iklan tu dah tak ada dah. Tapi saya percaya orang kaki penipu ni tak akan berhenti begitu saja. Malah akan gunakan nama lain untuk meneruskan sindiket. 

Kenapalah ada orang yang sanggup menipu duit orang lain? Mereka tak takutkah balasan atau bala akan diturunkan kepada mereka nanti? Duit haram akan mengalir ke dalam darah daging dan akan kekal haram hingga ke generasi yang akan datang. Yang paling menyedihkan sehingga ada yang sanggup menipu dengan menggunakan agama serta berani mengangkat sumpah. 

Semoga kita dijauhi oleh golongan ini dan semoga mereka sedar dan bertaubat.

Makan di Prapeni Thai Restaurant, Putatan

Oleh kerana semalam memang langsung tak ada idea nak makan di mana, akhirnya makan di Prapeni Thai. Terus saya teringat kembali kenangan masa belajar dulu... selalu makan di gerai masakan Kelantan - Siam. 

Restoran ni lokasinya di Putatan, berhampiran jalan selepas railway sebelum perabot Matahari. Makanan ada pelbagai jenis seperti ayam kicap / lemon / taucu etc, ikan tiga rasa / kukus etc (harga ikut timbangan), sayur kangkung / cendawan / capcai (sayur campur) etc... sup tomyam dan pelbagai lagi. Harga pun berpatutan. Environment juga selesa dan bersih serta makanan begitu enak sekali. Kalau ada peluang, boleh tengok keretapi lalu depan mata sebab dekat ngan railway sahaja.  

Ayam masak lada kering ( Tak ingat harga tapi dalam RM5+), sayur baby kailan sos tiram (RM4.50) small size. 

Sayur kangkung masak belacan (RM4.50) small size

Ikan masak kukus halia RM36 untuk 400gram. (100gram = RM9.00)


Sekarang famos betul drama Ariana Rose di TV3. Jadi di restoran ni pun pasang drama yang sama juga. Kadang-kadang saya tengok juga drama nih kalau sempat sampai rumah awal. Pernah tengok 2-3 episod saja. Hehe... 

Sebenarnya suka nama Ariana sebab minat ngan penyanyi Ariana Grande. Cantik sangat! First time tau dia masa keluar dalam video clip Greyson Chance - Unfriend You. Masa tu rambut dia warna merah lagi. Dulu ada bagitau Hafiz yang saya suka nama Ariana. Jadi nama tu kami simpan... manatau la suatu hari nanti ada anak perempuan, boleh bagi nama Ariana. Haha XD Sampai la lepas majlis tunang hari tu, saya tukar nama Facebook dari Yna Akie (Luna) -----> Yna Ariana. Mesti orang ingat saya pok famos nama Ariana Rose ni. Haha. Tapi tak apa la sebab memang wayang Ariana Rose tengah hangat di TV sekarang. 

Then.... Razit ada suggest nama Ariana Luna. Luna means bulan. Suka nama Luna! Ntah... sebab terlampau minat Astronomi kot. Berkenan sangat nama Ariana Luna tapi tak tau apa maksudnya kalau dalam Islam..... Nanti cek la. Hih. :-3

Khamis, 13 Februari 2014

Lepak Till Midnight at Lucy's Kitchen

Phew. Malam ni hujan lebat. Driving main agak saja. Akhirnya urusan selesai juga. Thanks to my adek tolong temankan saya. 

Sebenarnya budak ni dah lama suruh saya pergi Lucy's Kitchen. Dia kata Lai Chi Kang di sana best. Tangguh punya tangguh niat, malam ni saya singgah juga ke restoran tersebut bersama adek.

Restoran ni ada dua cawangan. Satu di Metrotown Kolombong dan satu lagi di 88 Market Place, Kepayan. Menu yang dihidangkan begitu ceria seperti durian crepe, mango crepe, nasi lemak, rojak buah dan bermacam-macam lagi.

Jadi kami order sikit saja sebab hajat nak lepak sekejap. Cuci tekak.... Then saya saya terbayang nak minum air minuman warna biru. Cari dalam menu.... ha! Dapat. Order blue soda RM4.90, Oreo Shake RM7+, rojak buah dan Lai Chi Kang. Harga berpatutan, suasana juga selesa. Thumbs up!

Rojak buah

Soda

Lai Chi Kang

Oreo

Selasa, 11 Februari 2014

Ordinary Tuesday....

Hari ni adalah hari Selasa. Semuanya berjalan seperti biasa. Pagi tadi ada Perhimpunan Ketua Menteri Sabah Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri. Ucapan CM begitu bersahaja tetapi penuh erti dan nasihat. 

Masa tu la ramai orang mencari saya. Booking appoinment, nak tukar keta, jemput datang meeting petang.... lepas tu saya terus jadi bingung tak bingung. Haha. Ucapan CM pun ada yang saya termiss. Argghh!!

Petang tu ada meeting. Lepas meeting.... jadi slacker sekejap sebab dah dekat jam 5. Haha. Ceta  ngan Kak Nurul. Saya suka tanya soalan yang ntah apa-apa tapi sebenarnya soalan yang ntah apa-apa tu la berguna untuk kita. Soalan kali ni adalah tentang proses pengebumian dan proses melahirkan anak. Ntah apa-apa ek? Tapi seronok dengar dari orang yang ada experience ni. 

Tadi petang juga dapat surprise dari somebadeh. Yeah. Thank you. Tiba-tiba ada hadiah atas meja. Ribuan terima kasih sekali lagi ^^ Best tau kalau dapat hadiah dari seseorang. Rasa dihargai dan ada juga orang yang ingat kat kita. 

Dot.

Thank you bagi hadiah ^^

Perhimpunan bersama CM 

BFF, I Got Mine ^^

Bestfriend(s)..... Kawan yang kita boleh percaya, sehati sejiwa, satu kepala otak, pendek cerita... dia adalah kita.... dan kita adalah kita. 

Semua orang ada BFF masing-masing. Saya pun ada juga. ^^ Kami berkongsi masalah bersama-sama (masalah cinta, masalah kesihatan, segala masalah), always on each other's side (means kalau saya tak suka ngan orang tu... dia pun tak suka juga. Haha! XD. Kalau dia tak suka, saya pun tak suka juga), satu kepala (sama-sama gila, suka main game, suka makan etc), saling membantu (dia susah, saya tolong... saya susah, dia tolong) dan lain-lain kriteria lagi. 

Bestfriend tak perlu dicari tapi akan datang sendiri. Semuanya mengikut ketentuan Tuhan. Kita ditakdirkan untuk bertemu dengan seseorang. Sama ada dia akan datang dan pergi, atau datang dan stay..... itu takdir masing-masing. Jika ia sesuatu yang baik, hargai dan jagalah ia sebaiknya. Jika ia sesuatu yang kurang baik, anggaplah ia sebagai pengajaran. Pilihan itu sentiasa ada.

Tak semestinya kalau dah lama kenal baru boleh jadi bestfriend. Nope. Kiraan dapat ditentukan dari sejauh mana keserasian itu terjalin. Orang yang baru kenal beberapa bulan pun dah boleh jadi bestfriend maaa.... Aiyooo.... pernah berlaku dengan saya. Itu la saya tau. Sejak mula lagi masing-masing rasa macam dah lama kenal. :-) Deja vu? 

Walau apa pun terjadi, kawan akan tetap menjadi kawan selamanya. ^^

Bestfriend dengan bestfriend ni memang tak ada dah control ayu. Cakap main hambur. Haha. Alangkah gembiranya dapat berkumpul bersama rakan-rakan semua. Amik gambar dengan odd pose, bercerita sampai tengah malam, BBQ dan gelak ketawa tanpa henti. ^^ Aihhhh.... rindu pula video saya ngan bffs saya. Betul-betul kenangan yang tak dapat dilupakan. Bercerita sakan sambil makan biskut kering. Lepas tu pelihara kucing kelabu nama Shing-Shing yang paling disayangi. Sekarang kawan saya seorang dah kahwin dan ada sorang puteri. Yang dua orang lagi bakal berkahwin tahun ni. Happy sehappynya. ;-)

Isnin, 10 Februari 2014

Prestige Gold Lipstick - Fuchsia Love by Nutrimetics

Produk Nutrimetics memang bagus. Saya selalu beli lipstick jenama ni sebab sesuai dengan bibir saya. Paling suka guna Magix Lip Color. Dah pernah promote di page yang lalu. Kalau nak tengok, boleh klik link ini. Walaupun harganya murah, hanya RM19.90, tetap kualiti tetap dijaga. Ada pilihan warna yang menarik, kalau minum air tak ada kesan tertinggal di gelas dan sesuai untuk bibir sensitif.

Kali ni nak try jenama yang sama tetapi jenis gincu yang berlainan. Prestige Gold Lipstick yang diformulasikan dengan minyak lavender untuk mengekalkan kelembapan bibir. Ada banyak pilihan warna tapi saya beli Fuchsia Love dengan harga RM30, (diskaun 10%) Boleh didapati di kedai Tupperware atau agent yang menjual produk tersebut. Gincu ni lembut dan senang digunakan. Warnanya juga menyerlah dan menarik.  

Saya suka juga gincu yang warna terang ni. Sekarang dah ada dua warna Fuschia, satu dari produk ini dan satu lagi daripada SimplySiti. Kalau nak tengok entry gincu Fushia SimplySiti boleh klik link ini.

Ni tak pakai gincu

Ni dah pakai gincu Fuchsia Love

Ahad, 9 Februari 2014

Bersihkan Habuk Dengan Tisu Basah

Saya enjoy buat kerja rumah seperti memasak dan mengemas rumah. Dan benda yang paling best selain tu adalah membersihkan rumah. Kenapa enjoy? Enjoy dengan hasil selepas tu. Huaaaahhhh!!! Alangkah seronoknya tengok rumah kemas, bersih, tersusun dan tiada habuk!

Sebenarnya saya sensitif dengan habuk. Tengah lap habuk confirm hidung akan gatal dan bersin. Lepas tu rasa tak selesa dan mula hidung tersumbat dan berair. -_- Otak pun rasa kusut tengok tempat serabai. Jadi tempat perlu kerap dibersihkan.

Oleh kerana saya malas nak pergi amik kain, then basahkan kain tu lagi.... lepas tu kena perah.... baru boleh lap tempat yang perlu dibersihkan.... jadi cara yang paling senang adalah menggunakan tisu basah. Saya tak guna banyak. Guna dalam dua keping pun cukup untuk bersihkan meja mekap, barang-barang yang berhabuk dan lantai yang ada kotoran atau stain. Habuk melekat dengan senang dan lepas tu boleh buang tisu yang kotor direct ke tong sampah.

Banyak kegunaan tisu basah ni sebenarnya. Nak lap habuk di dalam kereta seperti di dashboard, dekat gear atau steering pun boleh guna tisu basah sahaja. :-) Sambil tunggu traffic light hijau, boleh lap sekejap. At least kereta tak berhabuk.

P/S - Sesuai digunakan untuk membersih kotoran yang tak terlalu berat. Kalau tempat yang penuh kotoran kena guna cara manual - vacum cleaner, mop, sapu dan bulu pembersih.

Tisu basah

Amik sekeping pun cukup

Piggy bank saya. Berhabuk! 

Dah tak ada habuk

P/S - Piggy bank ni saya beli di Shah Alam. Dah lama tapi saya berjaya bawa balik Sabah dan digunakan sampai sekarang. ^^ Sayang dengan tabung ni sebab banyak berbakti dengan saya. Hihih

Program Amal Jabatan Canselori Bersama Persatuan Masyarakat Brunei Sabah di Binsulok, Membakut - My Perspective

Pada 8hb Februari 2014, Jabatan Canselori dengan jayanya telah mengadakan program amal di Kampung Binsulok, Membakut. Program ini juga dibuat dengan kerjasama Persatuan Masyarakat Brunei Sabah.

Syabas diucapkan kepada team Jabatan Canselori, team landskap dan team pembersihan kerana berjaya melaksanakan kerja-kerja permbersihan, pertukangan dan macam-macam lagi. Thank you juga kepada penduduk kampung yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Saya ditugaskan sebagai AJK Makanan... jadi deal dengan makanan saja la. Seronok juga program ni. Yang paling best dapat makan ikan kayu panggang yang fresh + bubuk goreng. (udang yang kecil tu). Semua pun berkurapak Brunei then saya try juga speaking. Hehehe. Ntah betul atau tak, hentam saja. 

Walaupun pada mulanya ada masalah berlaku dengan lori peralatan kami, tapi ia tak menghalang semangat kami untuk melakukan kerja-kerja amal ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan di masa akan datang. :-)





Selamat berjuang Mr. Mangga Wani :-)

Kenangan Bersama Miaw

Using DSLR camera capturing my beloved miaws. Old pictures.... but they are still my favourites. :-)