Isnin, 20 Januari 2014

Sumber Ayu Lulur Mandi - Untuk Kulit Lebih Lembut

Antara cara untuk menjadikan kulit lebih mulus, gebu dan terasa halus adalah dengan menggunakan lulur mandi. Favorite brand saya setakat ini adalah Sumber Ayu. Boleh didapati di kedai-kedai menjual produk penjagaan diri wanita. Dan untuk harga yang lebih murah, boleh cari di Parkson 1Borneo dan Signature Karamunsing. Boleh dapat dengan harga RM4.50+ sahaja.

Biasanya saya akan menggunakan lulur mandi sekali seminggu. Produk ini digunakan untuk membuang kulit mati dan menjadikan kulit lebih halus (traditional body scrub). Cara menggunakannya senang sahaja. Semasa mandi, gosokkan lulur mandi di seluruh badan dan biarkan selama 10 - 15 minit, kemudian jiruskan air seperti biasa. Tak perlu guna sabun masa tu pun tak apa kerana lulur mandi cukup untuk membersihkan badan. Kulit juga akan menjadi begitu wangi!

Ada banyak lagi brand lain dengan harga yang berbeza. Pilih mana satu ikut citarasa anda. Tapi saya tetap akan memilih Sumber Ayu.

Selamat mencuba ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!