Jumaat, 3 Januari 2014

Shawl Warna Jingga yang Best

Hari Jumaat mempunyai waktu rehat yang panjang sebab yang lelaki nak pergi solat Jumaat. (Waktu rehat 11.30AM - 2.00PM) Saya selalu tak pergi mana-mana sebab malas nak berjalan. Dan waktu ni la juga aircond gila-gila sejuk + kalau waktu hujan = freeze!!

( Thank you to iPiccy kerana saya berjaya membuatkan muka saya jadi glow macam ni ). Haha...

Hari ni sengaja nak pakai warna oren sebab ada beli tudung baru. Beli kat kedai tudung di 1Place Mall. Sana ada banyak jual tudung dengan harga yang murah, cantik dan banyak yang new arrival. Suka juga dengan shawl glitter tapi segan nak pakai pergi kerja. Rasanya lebih sesuai pakai ke majlis kot. Pattern ni pula saya tak tau apa nama tapi takda mahal sangat. Kain lembut dan licin.

Tips.... Tips.... Tips.....
  1. Kalau pakai kain tudung yang licin.... kena pakai anak tudung dulu kat dalam. Baru senang pasang tudung. 
  2. Elakkan pasang pin / jarum terlalu banyak kat tudung sebab tak cantik dan tak berapa kemas.
  3. Kalau baju dah banyak corak, elakkan pakai tudung yang sama banyak corak sebab nanti nampak terlalu semak.
-
-
-
-

Tengahari ni tak ada makan apa-apa. Minum milo saja. (Habit tak nak makan dah start....). Sebenarnya tadi pagi ada juga makan sikit. Kira makan tengahari terus la tu. Haha! 

Okaylah. Nak sambung kerja balik. Dah jam 2 petang. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!