Sabtu, 25 Januari 2014

Sejuknya!!

Sekarang bukan sahaja kat Kundasang, di rumah saya.... di office etc pun sejuk! Baru-baru ni Kota Kinabalu asyik hujan. Tu yang sejuk betul. Mana lagi fenomena cuaca sejuk akibat tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin sejuk dari China dan Siberia. Kalau dulu di rumah saya pasang kipas kuat sikit, sekarang tak pasang kipas dah nak tido. Tengok TV pun kesejukan di ruang tamu. Nasib baik ada stok selimut empuk. Jadi tengok TV sambil berselimut. Lepas tu dah kena pakai selipar kat dalam rumah sebab lantai sejuk. 

Urat hijau di kaki saya pun dah bertambah banyak. Aiyooo.... apa tidak, di office lagi la sejuk macam dalam freezer. Kadang-kadang sampai rasa kesejukan tu menyengat di kulit. Jadi saya bawa stoking untuk perlindungan. Ni okay lagi. Saya tengok bos saya lagi advance. Dah pakai jaket tebal, lepas tu pakai kopiah lagi atas kepala untuk elak sejuk. Beliau kata pas ni nak bawa topi bulu yang macam orang Russia selalu pakai tu. Oleh kerana control aircond adalah centralized, jadi susah sikit nak adjust. Kalau tolak ke kiri.... nanti lama-lama jadi panas. Kalau tolak ke kanan.... terlalu sejuk. Kalau bagi kat tengah-tengah, tetap sejuk! Lagipun seram nak pergi ke belakang office tu sebab ada 'wowow'.

Sebenarnya best juga makan aiskrim di waktu cuaca sejuk ni. Atau minum air yang sejuk. Yalah. Tak leh la tiap kali pun follow the rules. Hehe... ada sorang kawan saya memang terrer buat aiskrim. Kadang-kadang jealous juga tengok. Jadi lepas ni saya nak belajar buat aiskrim pula. ^^

Kami berdua makan aiskrim! Yeah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!