Sabtu, 25 Januari 2014

Pancake House, 1Borneo

Oleh kerana semua staff UMS sibuk dengan Karnival Sukan UMS ke-14.... dan saya pula tak join apa-apa, jadi hari ni saya hangout dengan mum ke 1Borneo. Hajat sebenar nak beli barang-barang untuk majlis tapi singgah sekejap berjalan-jalan.

Kali ni saya bawa mum makan di Pancake House. Restoran ini terkenal ngan pancake yang pelbagai perisa. Dan juga masakan Filipina. (Asal-usul Pancake House adalah daripada Filipina). Sebenarnya saya nak makan Daing Na Bangus (Milkfish Marinated in Vinegar and Garlic) tapi sayangnya menu tu not available la pula. Jadi saya tukar ke Beef Tapa. Harga RM15.90. Sedap juga daging tu, rasa cam daging kicap tapi dagingnya manis dan lembut. Sebenarnya ia adalah daging yang yang diperap dengan garam dan rempah. Nasi pula adalah nasi halia. Dan acar tu adalah campuran mangga, tomato dan bawang dalam cuka. Mum pula makan spaghetti dan mum juga kata sedap!

Sesiapa nak makan di Pancake House, boleh datang ke 1Borneo dan berada di tingkat paling bawah, berhadapan dengan Restoran Homes dan booth Hot & Roll. ^^

Beef Tapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!