Sabtu, 25 Januari 2014

Panas Dalam Kuali - Masak untuk Makan Malam

Yeaaahhh..... Hari ni masak lagi ^o^ Sebab hari ni adalah hari Sabtu.

Semangat berkobar-kobar untuk masak kerana dah beli bahan mentah di pasar. Jadi petang tu start turun ke dapur untuk sediakan bahan dan seterusnya.... masak!!

Just nak kongsi saja masakan saya pada hari ni. Ni adalah untuk makan malam.

Sambal cili kicap. Dicampurkan dengan bawang bombay, cili thailand, kicap manis, kicap masin dan limau kasturi

Sup sayur masin dicampur dengan ayam, tomato dan sedikit cendawan tiram

Ayam goreng kunyit bawang putih. (Walaupun kali ni tak berapa cantik)

Sayur Lembiding (sayur kampung) masak berkuah dengan paste udang kering. Nama saintifik bagi sayur ini ialah Stenoclaena palustris, sejenis tumbuhan paku pakis

Sesiapa nak resepi.... boleh minta ngan saya ^^

2 ulasan:

  1. Hi Yna...bole share tu resipi sambal cili kicap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Ivy. Boleh.

      Bahan-bahannya

      - Cili padi yang dipotong2. (kalau nak pedas bole potong cili banyak ckit)
      - Kicap manis. Boleh juga kalau nak tambahkan sedikit kicap masin
      - 1 biji limau
      - Bawang merah atau bawang bombay yang dihiris nipis

      campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan.

      :-)

      Padam

Terima kasih!