Jumaat, 3 Januari 2014

Moshi-Moshi.... Aishiteru :-)

"Hello.... I Love You!"

Entry ini mengandungi ceta kosong... :-b

Januari adalah bulan yang busy rupanya. Tak sangka betul. Walaupun busy, hati tetap gembira buat kerja. Stress tu ada juga tapi tak banyak. Syukur alhamdulillah....

Esok adalah hari Sabtu. Dah janji nak jumpa ngan my bestfriend. Jumpa kejap pun jadi la. ^^ Kira terus nak pergi membeli barang-barang kereta + cuci kereta etc.(Itupun kalau larat).

Baru-baru ni asyik makan soto ayam. Tak nak dah makan nasi. Ntah la. Ni la ni penyakit saya. Tadi pun makan ngan Hafiz, menu sama juga. Tapi tak apa la. Kalau dapat capai KPI turun beberapa kilo dalam masa sebulan ni.... kira tercapai hajat la. Yeaaahha!

Sebenarnya tadi tengok-tengok rumah kat Taman Fuliwa. Nampak interesting juga rumah-rumah di sana tu. Tapi ada satu lagi rumah kat KKIP. Memang berkenan sangat. Rumah design moden. Kalau tengok macam rumah masa depan pun ada. Harga RM500K. -_-

Hari ni happy happy happy sebab Hafiz baru balik dari Tawau. Dia ni kadang-kadang outstation. Sibuk sangat. Sabtu pun kerja juga urus students aktiviti ko-kum. Cuma sekarang dah start exam.... syukur la boleh rehat sikit. Itu la kalau outstation risau juga. Harap semuanya selamat dan berada dalam keadaan sihat. Jadi paling best.... moshi-moshi sebentar. :-) Tak ada juga la. Saja nak tanya khabar. Cakap sekejap pun jadi la. 
Tahun ni rasa macam nak pergi melancong. Pasport pun dah renew... rugi kalau tak guna. In Shaa Allah kalau tak ada halangan baik pergi jalan-jalan ke negara orang. Ada juga nak dikongsikan dalam blog saya ni. 

Suka kumpul klip yang kiut miut macam dalam gambar. Dulu masa interview... ex boss bagi satu point lebih sebab guna klip bentuk kucing (klip besi tu). Ngeheheh.. akhirnya saya masuk Canselori juga. Banyak dah yang takda sebab bagi ngan kawan-kawan lain. Boleh didapati di kedai Kaison dengan harga bermula dari RM1.90 / pek. Memang suka sangat pergi Kaison sebab barang kat sana semua cantik, comel, harga berpatutan. Barang-barang untuk hias kediaman pun boleh beli kat sana. Ada banyak pilihan yang menarik.

Nanti kalau ada masa nak hias bilik... memandangkan bilik saya kira luas juga, jadi berfikir berapa lama nak habiskan cat nih. Mana lagi nak pindah barang-barang. Haiyoh! 

Okaylah. Chup kat sini dulu :-b

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!