Rabu, 22 Januari 2014

Mi Goreng Segera dalam Cawan Jenama Mamee : User Friendly

Sekarang mi goreng segera pun dah ada dalam cup. Rasanya enak dan sama sahaja seperti mi goreng segera dalam bungkusan biasa tu. Harga boleh dapat dalam  RM1.70 dan dijual di supermarket dan stesen minyak. Hari tu kebetulan pergi isi minyak kat Shell King Fisher. Jadi masuk dalam kedai tu untuk membeli snek. Kan best dapat mengunyah sambil buat kerja. Terus nampak mi goreng Mamee. Jadi pergi beli terus la. 

Ni antara produk yang user friendly. Sebab kenapa? Sebab kalau nak tapis air selepas mi kembang, tak perlu lagi tahan guna garfu (ada kes dengan mi sekali keluar pernah berlaku!). Hanya tutupkan sahaja guna penutup khas (ada lubang-lubang kecil untuk keluarkan air). Sangat mudah. Bukan saja mudah... malah rasanya juga enak. Kalau malas nak turun beli makanan, makanlah mi segera. ^^ (Jangan makan terlalu banyak. Jaga kesihatan juga)..

Untuk lebih lanjut, sila tengok gambar-gambar di bawah.

Penutup khas untuk keluarkan air




1 ulasan:

Terima kasih!