Sabtu, 4 Januari 2014

Membeli Belah Sakan... Ngehehehe.....

Lepas jumpa my best badeh, saya dan mum terus terus plan pergi membeli belah. Hari ni agak traffic jam tapi no hal la. Mungkin orang nak pergi beli untuk Gong Xi Fa Cai. Lama juga bershopping. Ntah ke mana-mana dah kami berdua ni. Dari Putatan sampai ke Wisma Merdeka... sampai ke Sinsuran.... sampai ke Segama. Pas tu pusing balik ke Putatan tapi area lain pula. (Dari tengahari sampai la petang baru siap). Saya ni jarang shopping. Sebab tak minat kecuali kalau benda tu diperlukan. (Kalau shopping makanan suka la).

Kalau cakap pasal berbelanja.... saya agak boros juga. Tapi tengok belanja sebab apa. Kalau pasal makanan.... hehehe... jangan cerita la. Yang penting makan. Paling tak suka beli baju dan seluar. Malas nak pergi try. Ini la ni. Biasanya kalau saya shopping.... saya tak pilih lama. Nampak cantik, terus amik. Tak nak dah survey kedai lain... lepas tu jalan lagi ke kedai lain... then tengok lagi itu ini etc. Dah memang style saya. Tengok terus amik. Ikut perangai daddy kot. Sebab daddy pun macam tu juga. Bukan juga malas nak pilih tapi saya memang dah ada kualiti yang saya set dalam otak.. 

Ceta pasal baju.... orang yang boleh belikan baju untuk saya kena betul-betul tau citarasa saya. Saya suka T-shirt yang holy simple. Tak nak tangan ada renda, getah, berkilau la apa la. Suka yang.... kalau boleh plain saja. Yang ada corak pun okay tapi ada jenis yang saya suka dan ada yang tak. Hih. Ntah la. Malas nak explain lebih. Nanti bingung sendiri -_- Heh...

P/S - Hari ni belanja gila-gila punya banyak $_$

.....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!