Rabu, 8 Januari 2014

Kurang Selera Makan.... Ini Penyakit Saya

Actually sekarang ni saya mengalami krisis kurang selera makan. Walaupun tak teruk... tapi dah start balik tabiat tak nak makan saya ni. Dulu pernah kurus (tapi tak sampai lagi tahap anorexia) sampai ramai yang terkejut. Mungkin dah set dalam otak, "malas makan... malas makan... malas makan..." ni yang jadi betul-betul malas makan.

Pagi kadang-kadang lapar... kadang-kadang tak. Kalau ada teman baru saya pergi makan. Tak ada kawan.... malas nak turun. Nasib baik ada Dilmah Tea yang bewarna-warni, jadi tu la breakfast saya di pagi hari. Kalau skip breakfast, tengahari saya makan tapi biasanya tak nak makan nasi. Kalau skip breakfast dan lunch, malam baru saya makan. Tengok la keadaan. Subjektif. Rasa lapar betul baru makan.

Hari ni okay sikit. Pagi tadi saya makan mi goreng. Thanx to my friend temankan saya. Tengahari ni saya minum Brilliant Breakfast Tea dan Milo Ais (yang Prof belanja :-b) dan sebiji pulut panggang si Tasha bagi. Heheh... Malam ni Hafiz janji nak makan sama-sama. Hooray.... today saya tak skip makan. (Only for today)

But.. Ntah la saya ni kuat imaginasi atau apa... tapi bila saya bayangkan nasi, terus saya jadi kenyang. Then tak nak dah makan. Aiyoyo..... Betul-betul pengaruh minda la. Tadi pagi pun ada juga nasi goreng tapi tak tau la... memang tak ada selera. Nak kata diet... memang hari tu janji nak berlawan ngan Hafiz, siapa cepat turun berat badan... dia yang menang. Tapi ni bukan sebab nak menang. Memang feeling nak menikmati makanan tu kurang. Hari tu pergi Sushi King, makan empat ketul sushi dan hirup Hamaguri soup saja. Yare-yare... Nante koto da! ( Oh boy! What a disaster)

Lari tajuk sikit...

Eheh.... saya suka berbahasa Jepun, walaupun tak la berapa pandai sangat tapi saya bersemangat untuk mempelajari this language. Dulu time belajar memang gila manga / anime terutama Gensomaden Saiyuki, Gatekeepers, Ayashi No Ceres, Naruto, Sailormoon, Dragon Ball, Dr. Slump, Hana Yori Dango,  Ranma 1/2, Paradise Kiss, Rave etc... terlalu banyak!! I even have my own comics! (Komik yang saya lukis sendiri). Lepas tu siap ada kamus Jepun... then belajar cakap Jepun ngan seorang lecturer kat Sekolah Perubatan... aiyai.... cuma sekarang dah kurang sikit study bahasa.. (rasa rugi juga). Ada beberapa lagi bahasa asing lain yang saya dah pelajari termasuk Arabic, Perancis, Cina dan Bahasa Inggeris. Tidak expert sangat tapi boleh la...... Hanya sebagai hobi mempelajari bahasa baru...... ^^