Jumaat, 31 Januari 2014

Review : Kate by Kanebo - High Quality Cosmetic

Saya suka mekap tapi tak suka pakai mekap yang tebal. :-bTapi ada satu brand yang betul-betul saya minat, dengan harga yang berpatutan iaitu Kate by Kanebo. Made in Japan. Secara keseluruhannya saya memilih produk Japan kerana kualiti sentiasa dijaga. Even barangan dari kedai Daiso (kedai barangan Jepun dan semunya berharga RM5) juga begitu bagus.

Untuk eyeshadow Kate boleh dibeli dengan harga RM59.80, blusher Kate RM32+, compact powder RM66 plus case RM27. Eyeliner Kate berharga RM59. Foundation Kate RM59. Boleh dibeli di farmasi Guardians dan Watsons.

Jenama lain pun saya suka juga.Mascara Majolica Majorca (RM50+) adalah mascara terbaik saya pernah ada. Dan dari dulu hingga sekarang, favorite liquid eyeliner saya adalah Silky Girl (RM19.90).

P/S - Tak kira apa jenama mekap pun... yang penting sesuai dengan kulit kita ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!