Selasa, 21 Januari 2014

Jejak Kaki ------> Makan, Makan, Makan

Ingatkan berat badan dah naik tapi kenapa semua orang kat Sekolah Perubatan kata saya kurus berbanding dulu. Adakah dulu muka saya begitu chubby?? Ohhh tidak.... Inilah yang terjadi kepada diri saya. Kalau saya tak senyum, muka saya biasa. Kalau saya senyum atau ketawa, muka nampak bulat.

Rindu pula berjumpa dengan bebudak Razit dan Zira. Dulu jumpa di Tawau siap lepak makan mi goreng best (plus tauhu), minum Teh O Ais. Lain kali kalau ke Tawau nak pergi makan lagi kat sana. Hrmmmm.... cam best pula la mi goreng tu. Aiseh!!! Dah try masak cam gitu tapi tak jadi. -_- Lagipun harga juga berpatutan. Jadi no wonder la ramai orang kat sana.

In Shaa Allah tahun ni kalau saya ada rezeki saya berpeluang ke Pulau Pinang. Hooorayyy! Sebelum ni dah jejakkan kaki ke seluruh Malaysia kecuali Penang, Perlis dan Perak. Hajat nak around satu Malaysia tak kesampaian, maka akan disampaikan dalam tahun ni juga, In Shaa Allah. ^^ Teringin nak tengok tempat yang fullview pasal makanan (dah bayangkan makanan yang banyak depan mata). Yeahh.... Pasembur, laksa Penang etc...!!!

Oh ya. My BFF akan melangsungkan perkahwinan dalam beberapa bulan lagi. Rasa macam nak pergi tapi kena tengok keadaan juga sebab tempat adalah di Johor. (Kena tengok tiket murah) Kalau tak sempat pergi yang ni, boleh pergi majlis resepsi kat Ranau. Lagipun tak juga berapa jauh sangat, jadi rasanya okay kot. Nak tengok my bff pakai baju Dusun. Ngehehehe...... 

Sekarang ni teringat pula nak makan Mi Kolok di Sarawak. Tak pasti Kon Lou mee yang terkenal kat Sabah adalah sama ngan Mi Kolok. But the taste is so yummy dan my sister pernah kata dia makan sampai dua mangkuk sebab sedap punya pasal. Tiga tahun saya berada di Sarawak dan mi kolok adalah antara makanan paling best kat sana. Banyak kenangan saya masa kat Sarawak dulu. Adeiii.... Ingat lagi van kat sana ada iklan bateri Eveready. Jadi ada bateri besar (bateri palsu la) diletakkan atas atap van tu. Cam lucu pun ada. Nak cari balik gambar tu dalam laptop.

Dulu pernah juga pergi Kelantan dan Terengganu. Sayangnya nak upload gambar pun segan sebab masa tu tak pakai tudung lagi. Jadi saya tak jadi upload.... Makanan kat sana sedap juga. Paling saya ingat kat Terengganu keropok lekor dia tak macam di sini. Sana tebal dan lebih rasa ikan. Lagi yang best adalah ikan goreng tepung. Waaaaa.... memang yummy la! Masa kat Kelantan pula sempat ke Rantau Panjang (Sempadan Thailand - Malaysia) pergi membeli belah barangan dengan harga yang murah. Jadi.... masa tu ada juga yang tersilap kata saya ni orang Siam. 0_o oooh?

Kalau cerita ke luar negara pula tak banyak sangat. Pernah pergi beberapa tempat saja. In Shaa Allah kalau ada rezeki akan ke Australia. Dalam niat nak letak tahun depan. Tu pun tak pasti lagi. Sejak insiden tak jadi pergi Aussie pasal kejadian rusuhan dulu... terus dah malas nak pergi travel. Bayangkan esoknya nak bertolak dah... tiba-tiba my dad punya cuti kena mansuh sebab takut rusuhan berlaku di Sabah. Tak ingat la apa nama rusuhan tu tapi memang rusuhan la. Masa tu rasa holly..... Arrgghh!!! Kalau tak saya dah jalan ke Goldcoast, Melbourne, Brisbane dan Sydney. Akhirnya duit Dollar tu saya tukar balik kepada duit Malaysia dan saya begitu geram... saya habiskan kesemuanya. Total dalam RM1k dibelanjakan. 

Kalau tengok my colleague jalan ke Aussie, New Zealand, Thailand, Finland, Macau bagai.... saya tak kisah sangat. Sebab kalau ke oversea ni penat wooo... Terutama kalau pasal kerja.... Aiyooo.... kepenatan berganda. Kalau hajat nak pergi berjalan-jalan, sediakan duit yang mencukupi. Jadi kesimpulannya nak travel ke luar negara.... simpan duit, rajin google di mana tempat menarik... sesuai... ada makanan halal, pastikan dalam keadaan sihat dan ready for plan B sekiranya berlaku apa-apa masalah.  

Okay la. Hafiz dah sampai. Nanti ceta lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!