Rabu, 15 Januari 2014

Jangan Salahkan Hujan

Hari yang cam best jatuh pada hari ni. Hujan yang tak stop dari kelmarin. Walaubagaimanapun... orang tetap berpusu-pusu turun mencari rezeki. Manakala yang muda turun mengejar ilmu. Cuaca yang redup adalah cuaca yang ditunggu-tunggu.

Hari ni ada kerja yang penting mesti diselesaikan.

Tidak semua mempunyai kenderaan. Kepada yang ada, bersyukurlah. Kepada yang tiada... kita tidak mengetahui rezeki masing-masing. Bila tengok orang berdiri tunggu bas, then hujan lebat pula... rasa berat saja hati. Lebih-lebih lagi orang tua dan kanak-kanak. Saya faham perasaan mereka kerana saya juga pernah begitu. It is not that easy. Terdedah kepada cuaca sejuk... mana lagi kereta tak sengaja langgar lopak...

Jangan mengeluh, jangan salahkan hujan. Hujan itu rahmat Illahi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!