Khamis, 30 Januari 2014

Hari-Hari Terakhir Bekerja Sebelum CNY

Hari ni kira busy juga walaupun excited nak bercuti esok. Tapi sebenarnya esok nak pergi office kejap. Hehehe.... dan seterusnya merayau-rayau pergi shopping complex. Rasa cam nak beli mekap :b Walaupun busy tapi tetap seronok buat kerja. Bila kerja tu siap... ringan rasa hati. Then buat next punya kerja lagi. Hihih...

Hari ni balik awal sedikit. Jam 6.00PM dah blah. Tanya Hafiz nak makan di mana. Yang penting bukan fastfood. Piu! Piu! Piu! Hehe. Masing-masing blur. Saya tanya Hafiz, Hafiz tanya saya balik. Nak makan apa ek? Tiba-tiba teringin nak makan di Prepeni Thai. Terus teringat masa belajar di Shah Alam dulu. Sana banyak gerai makanan Siam. Pernah termakan cili Thailand yang disangkakan sayur kailan!! Haiyoooo..... gila pedas.

Sedap juga makan di Prapeni Thai, Putatan. Kalau ikutkan tom yam bukan kegemaran saya tapi hari ni teringin hirup tom yam pula. Hahaha. :-b Apa la saya ni. Sekarang benda yang least favorite dah jadi favorite.
Okay set. Esok cuti. Yeah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!