Rabu, 1 Januari 2014

Happy 20th Anniversary UMS

1 Januari 2014, hati yang begitu indah sekali. Terbangun masa betul-betul bunyi azan Subuh. Terus call Hafiz suruh bangun juga. ^o^ HoHoHo!

Sebenarnya UMS ada sambutan ke 20 tahun dan bermula seawal jam 7 pagi. Oleh kerana saya urusetia bahagian makanan, kena datang awal dari tu. Sempat lagi masak mi goreng udang untuk sarapan pagi sebelum turun kerja. Jadi kami berdua makan dalam keta sambil drive. Hihih....

Sampai UMS dalam jam 6.40AM... terus atur semua kerja. Syukur semuanya berjalan lancar. Makanan pun cukup... minuman pun cukup. Acara bermula dengan Zumba Gold, penanaman pokok di empat zon, gimik berbasikal dan peletakan batu asas bagi menara jam. Syukur sekali lagi sebab cuaca mendung. Tak juga panas sangat. Memang perfect la.

Kebetulan hari ni juga birthday Datuk VC dan ada surprise 3 biji kek untuk Datuk.

Walaubagaimanapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan event ni. Kepada krew urusetia, anda semua memang hebat dan supporting. Kepada para hadirin yang hadir, tahniah diucapkan sebab walaupun cuti.... still boleh bagi komitmen untuk hadir ke majlis ini.

Thank you everybadeh!! UMS dah 20 tahun!






Credit photo : Leo


Credit photo : Leo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!