Khamis, 23 Januari 2014

Review : Hada Labo Super Hyaluronic Acid Lip Moisturizer

Oleh kerana saya adalah kipas susah mati Hada Labo, maka saya akan terus iklankan produk ni.

Kali ni nak promote lip moisturizer Hada Labo. Selain produk Sebamed, produk ni juga bagus untuk merawat bibir merekah mahupun melembapkan bibir anda. Tanpa bau dan warna. Sesetengah individu tak berapa gemarkan lip balm yang ada bau contohnya bau strawberry.... cherry... cocoa butter etc. Saya okay juga tapi lagi best kalau tak ada bau apa-apa. By the way saya dah try guna lipbalm Hada Labo dan setakat ni sesuai untuk saya. Harga RM19.90 dan boleh didapati di farmasi Watsons atau Guardians.

Yalah.... kadang-kadang ada lipbalm yang tak sesuai dengan kita. Kalau guna, bibir jadi merekah... kering atau bengkak. Tapi yang ni okay kepada saya. Lipbalm ni mengandungi SPF15 untuk melindungi bibir daripada sinaran UV. ^^

No color. Cuma warna natural bibir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!