Ahad, 19 Januari 2014

Review :Hada Labo Gokujyun Super Hyaluronic Acid Moisturizing Mask

Current skin product yang saya gunakan adalah Hada Labo. Setakat ni... produk Hada Labo sangat sesuai kepada saya dan bila menggunakannya, kulit terasa begitu lembut. Produk ini ada dijual di farmasi Guardian dan Watsons.

Kali ni saya nak memperkenalkan produk mask muka Hada Labo. Satu kotak mengandungi empat pek dan dijual dengan harga RM39.90. Yang ni saya tak beli. Saya dapat free sample sebab hari tu ada beli krim Hada Labo. Oleh kerana tiga hari berturut-turut saya begitu sibuk, saya pun mencari jalan untuk rehatkan diri.

Cara menggunakannya senang sahaja. Letakkan ke atas muka dan biarkan selama 15-20 minit. Lepas tu jangan basuh muka. Urutkan muka perlahan-lahan dan bawa berehat. Esok pagi bangun muka akan rasa sangat lembut!!

Ya. Saya syorkan produk ini!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!