Sabtu, 4 Januari 2014

Cara Nak Simpan Duit (Boleh Buat Duit Poket Hujung Bulan)

Dulu masa belum kerja... boleh minta duit ngan ibubapa. Sekarang dah kerja, terbalik pula. Kita yang bagi duit ngan mereka. Dapat gaji hati pun rasa gembira. Dapat gaji awal atau bonus, lagi la happy. Boleh makan yang best, isi minyak keta penuh.... belanja sakan. Tapi kena ingat simpan duit juga!

Ni saya nak kongsikan tips saya simpan duit walaupun tak seberapa sangat, tapi berguna juga la. Ada juga nak bikin belanja poket masa hujung bulan. 

Antara caranya adalah:
  1. Setiap kali gaji, simpan duit sikit kat dalam akaun lain. Contohnya RM200 sebulan.
  2. Beli tabung, lepas tu simpan kat office. Duit syiling leh masuk dalam tabung. Dah banyak boleh tukar ke duit kertas. Lepas tu simpan kat akaun walaupun harga RM30.
  3. Beli tabung lagi.... kali ni simpan kat rumah. Peruntukkan seminggu ada simpan duit kat dalam tabung. Contohnya simpan RM5 seminggu.
  4. Duit tu suruh kawan yang kita yang boleh dipercayai pegang bagi pihak kita. Nak rajin... boleh buat buku log keluar masuk duit. Contohnya... kita simpan duit RM10 seminggu, then catat dalam buku log. Dalam sebulan tu kita collect duit yang kita simpan kat kawan kita tu. Then masuk akaun yang satu algi (bukan akaun gaji)
  5. Beli emas. Set dalam setahun tu berapa kali kita nak beli emas tak kira rantai, cincin atau gelang. Boleh simpan. Manatau nanti harga naik apa macam.
Lain-lain tips:
  1. Jimatkan perbelanjaan. 
  2. Bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Jangan complaint kalau makanan yang orang masak tak sedap. Diam sahaja lebih baik. Berterima kasih kalau ada orang sudi belanja kita. Jangan cepat mengeluh dengan kerja yang kita disuruh buat. Dari sana la duit tu datang. Tak kerja... tak ada duit.
  3. The more we give... the more we get. Kita bagi orang tu RM10... In Shaa Allah kita akan dapat balik lebih dari itu.
Setakat ni tu saja la tips. Nanti kalau ada lain-lain lagi saya kongsikan. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!