Ahad, 26 Januari 2014

Cara Bungkus Jambu Air

Pokok jambu air di tepi rumah penuh ngan buah :-) Seronok juga ada aktiviti membungkus jambu ni.

Dulu ada seorang penjual pokok buah-buahan bagi tips bagaimana nak bungkus buah jambu. Jadi di sini saya kongsikan kepada anda pula.

Kalau nak bungkus, cari putik yang dah gugur bulu. Kalau tak gugur lagi, masih belum boleh bungkus. Nanti tak kembang pula. Lepas bungkus, bocorkan sikit di bawah plastik supaya air yang bertakung dapat mengalir dengan baik.

Kena betul-betul timing apabila membungkus jambu air. Kalau jambu tu dah kembang baru nak bungkus, peluang akan dapat jambu berulat atau buruk di dalam mungkin berlaku sebab serangga dah tebuk. Sebab tu putik yang dah gugur bulu paling sesuai kalau dibungkus kerana masa tu serangga tak kacau lagi. Nak pastikan jambu membesar dengan baik, boleh tengok jambu yang dibungkus tu dengan kerap. Kot ada air bertakung atau buah tak menjadi. Saiz pembungkus juga perlu dipilih dengan tepat untuk memberikan ruang kepada jambu membesar dengan baik.

Serangga perosak adalah masalah utama jambu menjadi rosak. Anda boleh menggunakan pelekat serangga perosak. Ada dijual di kedai dan supermarket. Harga dalam RM2. Bebas racun dan menggunakan bahan semulajadi.

Selamat mencuba ^^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!