Ahad, 19 Januari 2014

Bersuka Ria dan Rehatkan Minda - Part 2

Selepas melawat Desa Cattle.... then pergi ke War Memorial pula. Nora dan Sufri saja yang masuk, kami berdua pula sibuk membeli sayuran. Mum pesan kalau dapat nanas murah kat Kundasang, nak minta kirim sebab kat KK jual mahal sekarang. RM4 sekilo. Kat Kundasang murah sikit saja, RM3 sekilo. Tapi pergi beli juga sebab my mum nak. Selain tu beli sayur asparagus (RM10 - RM15 seikat), cendawan tiram (RM10 sebungkus besar), kubis manis... sayur bawang... baby kailan etc (boleh pilih 3 bungkus sayur berlainan dengan harga RM10. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan harga di KK jauh lebih murah tapi saja nak beli kat Kundasang.... LaLaLa...

Dah tu singgah makan kat kedai famos kat sana sebab ada sayap ayam panggang paling best. Sebelum pulang ke KK, singgah dulu kat Kinabalu Park. Keadaan agak berkabus masa tu sebab hujan turun. Lagipun dah lewat. Lepas tu baru pulang.... singgah ke pekan Tamparuli sekejap nak bagi tunjuk Sufri jambatan paling terkenal tu. Tapi sayangnya Jambatan Tamparuli yang original dah tak ada dan kena tukar jambatan baru. Kedudukan juga dah berubah. Last sekali singgah kat pekan Tuaran dan selamat sampai ke Kota Kinabalu. ^^

Soto ayam dan sayap ayam panggang (Yang ada cucuk lidi tu bukan saya punya.. hehe)

Jalan berkabus + hujan
Map ke Gunung Kinabalu
Kalau nak mulakan pendakian... kena start dari sini
 Galeri pameran di Kinabalu National Park

2 ulasan:

Terima kasih!