Ahad, 19 Januari 2014

Bersuka Ria dan Rehatkan Minda - Part 1

Lepas makan seafood kat Kampung Nelayan, esoknya pula pergi jalan ke tempat menarik sekitar Sabah. 

Mula-mula sekali ke Rumah Terbalik di Tuaran. Tapi saya dan Hafiz tak join. Kami duduk lepak kat Mango Garden (restoran sebelah Rumah Terbalik). Untuk makluman, restoran ini adalah pilihan Jalan-Jalan Cari Makan TV3! Saya makan nasi lemak (harga RM15.50), Hafiz makan mee Tuaran (RM12). Sambil tunggu Nora dan Sufri, kami berdua story-story sakan dulu.

Tak lama lepas tu, straight to the point pergi Kundasang. Cuaca pun okay....kadang-kadang hujan renyai, then cerah balik. Mendung la. Cuma sayang tak dapat tengok Mt. Kinabalu sebab dilitupi kabus. 

Tempat yang mula-mula dilawati di Kundasang adalah Desa Cattle. Admission fee RM4 untuk dewasa, kanak-kanak RM3. Ramai juga orang dan kebanyakannya adalah pelancong dari Semenanjung. Sampai kat sana, dalam fikiran saya nak beli fresh milk dan makan aiskrim. Eyahhh!! Berjaya juga. Saya makan aiskrim coklat, Hafiz makan aiskrim vanilla + coklat. Harga RM5 secawan. Susu segar pula RM5.30 sekotak tapi perisa coklat cepat betul habis :-( Huuuu......

Sempat singgah tengok kambing dan anak lembu. Pelancong boleh bagi makan kat kambing-kambing di sana. Satu ikat rumput RM1 dan nak bagi minum susu RM1.50 sebotol. (Rindu suasana tu sebab dulu kat kampung ada pelihara kambing). ^^

 Aiskrim

 Suka bunga lili!


 Bagi makan rumput dengan kambing-kambing di sana. Seronok!

 Ohhh yeahhh! Style gini tak nak ikut?

 Beautiful view

 Relax in the car

Borong!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!