Khamis, 23 Januari 2014

Alamak? Really? Around the Corner?

Kira punya kira... aiyoh.... Cepat pula masa berlalu. Prap!!!

Tahun ni ramai pula yang akan melangsungkan perkahwinan. My BFFs akan berkahwin juga, my colleague pun juga.... my beloved sister pun sama juga. Jadi saya pun rasa happy. Eyyyaiii!! ^^ Tahniah in advance. Tak sabar nak tengok masing-masing pakai baju cantik... pelamin yang wonderful.... dapat gift yang cute.... dan dapat rasa masakan orang. Eheheh.... (Dalam hati excited!!)

Tahun lepas pun ramai dah yang kahwin. Rasanya dah tiba masanya umur lingkungan macam saya ni berkahwin kot. Sebab tengok dari pemerhatian pun, rata-rata yang kahwin ni umur sebaya saya. 20-an la.... Tapi siapa tahu.... jodoh itu rahsia Allah.... ^^ Siapa sangka kawan yang duduk disebelah kita dulu tiba-tiba nak kahwin dah tak lama lagi. 

Sampai sekarang saya masih ingat pesanan my boss. Bila dah berkahwin, itulah bermulanya sebuah perjalanan hidup kita. Dalam imiginasi saya macam ni:

Bujang - - - - - - | Kahwin -----------------------------------------------------> kehidupan seterusnya

Maksud tu amat mendalam. Dan pada tafsiran saya, disanalah bermulanya tanggungjawab kita sebagai husband and wife. Bagi saya, berkahwin bukan untuk enjoy tetapi mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh itu, hargai pasangan kita sebaiknya. ^^

Okaylah.... berbalik kepada cerita. Macam mana saya nak hadir semua perkahwinan kawan-kawan saya ni. Sebab tarikh pun semua berdekatan tapi majlis di tempat yang berbeza. Jadi kena pilih mana satu nak hadir.... Harap-harap waktu yang terlibat tu adalah hari yang perfect (maksud dia tak ada komitmen lain. Hehe). 

Kalau seri bakal pengantin ni lain tau. Kadang-kadang kita dapat tengok wajah sentiasa ceria, bersemangat dan bersinar-sinar. Aura dalaman positif kot. Tak semestinya dekat-dekat nak kahwin baru kita dapat tengok, berbulan lagi sebelum kahwin pun dah terpancar kat muka. Happy la kalau tengok kawan-kawan dah nak kahwin.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!