Selasa, 14 Januari 2014

Akhirnya Dah Belikan Hadiah untuk Hafiz!!

Keadaan dah makin okay sebanyak 85%! Alhamdulillah..... ^^ Moga esok dah boleh bekerja dengan baik. Apa-apa pun.... selamat menyambut hari Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. (Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w).

Pada hari yang mulia ini, saya dan abang saya akhirnya telah mendapat jawapan apakah hadiah yang sesuai untuk Hafiz. Lama berfikir..... start dari pagi duduk lepak kat Sri Keningau, Putatan. Sambil tunggu tarpau siap... sambil tu la juga duduk bincang. Macam-macam dah fikir nak belikan apa, kenapa kena beli tu, harga yang sesuai, barang tu up-to-date atau akan menjadi obselete suatu hari nanti etc.

Balik rumah.... then jalan lagi ke bandar sebab nak survey hadiah. Mula-mula pergi Karamunsing. Ingat nak belikan gadgets tapi cam tak berbaloi sebab cepat obselete, turun harga dan Hafiz kata tak nak gadgets. Lepas tu bila fikir balik.... memang jam tangan juga the best present la. (Dah disenaraikan dalam list hadiah). Hafiz pun minat kumpul jam tangan. Jadi dengan sukacitanya saya dan abang saya pergi Centre Point nak pergi kedai jam tangan all time favorite, Fong Sang Yick. Kedai ni mula-mula sekali based kat Labuan. Lepas tu buka cawangan kat Kota Kinabalu di Centre Point, Suria Sabah dan 1Borneo. Kalau beli jam memang selalu pergi kedai ni sebab tauke dia kenal ngan daddy. Haha. :b

Okaylah sambung ceta. Then tiba-tiba... apasal tutup pula kedai nih. Hadoii... jadi pergi Suria Sabah pula. Cari kat sana tapi pilihan tak banyak kalau dibandingkan dengan kedai kat CP. Tapi tetap dapat pilih juga. Sebenarnya berkenan gila ngan satu jam tu tapi mungkin tak sesuai ngan Hafiz sebab jam tu kecil skit (unisex watch). Bagi saya lelaki cantik pakai jam besar :-) Akhirnya.... dapat juga jam tangan yang cool. Terus angkat la sebab pas tu nak kuar ngan Hafiz pula.

Hopefully Hafiz suka kat hadiah tu. I know he likes watch dan rasanya tu adalah hadiah yang sesuai untuk dia. Jam tu simple dan ada iras macam jam yang Hafiz bagi kat saya juga.

Mode - Happy! Yeah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!